Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Hilangkan Cela dengan Acne Soothing Cleansing Cream dan Lingkaran Gelap Bawah Mata dengan Micrite 3D All Use Eye Cream daripada Swissvita All Young

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii .. Okay sepertimana yang kita semua tahu wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan .. Semakin kita berusia semakin banyak juga perlu dijaga .. Jadi hari nie Yana nak kongsikan info │Hilangkan Cela dengan Acne Soothing Cleansing Cream dan Lingkaran Gelap Bawah Mata dengan Micrite 3D All Use Eye Cream Daripada Swissvita All Young ..


Okay , kalau  tak silap  Yana pada dua minggu lepas atau seminggu yang lepas Yana ada terima dua produk daripada Swissvita All Young iaitu Acne Soothing Cleansing Cream dan Micrite 3D Eye Cream .. Yana akan ceritakan mengenai Acne Soothing terlebih dahulu ..


Yana yakin semua wanita dekat luar sana pasti akan merasa leceh dengan kehadiran jerawat di wajah awak semua kan ? Kehadiran jerawat pasti membuat awak semua tidak yakin untuk tampil cantik .. Hm , di sini yana ada jalan penyelesaian yang tepat untuk mereka yang mengalami masalah jerawat .. Acne Soothing Cleansing Cream merupakan penyelesaian yang terbaik untuk awak .. Hm , berapa lama masa yang diperlukan ya untuk menghilangkan jerawat di wajah ? Kesannya boleh dirasai seawal 7 hari selepas 14 kali penggunaan .. Kenapa Yana cakap 14 kali ? Bacalah sampai habis ya ..


Okay , Yana  cakap selepas 14 kali penggunaan sebab Acne Soothing Cleansing Cream nie cara kena guna dua kali sehari siang dan malam .. Seminggu ada 7 hari dua kali guna 2 kali makanya jadilah selepas 14 kali penggunaan barulah nampak kesannya .. Hm , mungkin awak tertanya-tanya .. Selamat tak kalau nak guna produk ini ? Okay , jawapan dia SELAMAT Yana sendiri dah cuba dekat kulit wajah Yana dan alhamdulillah tiada sebarang masalah .. Sebelum Yana lupa , Yana nak cakap yang Acne Soothing Cleansing Cream nie free paraben , Mi dan MCI tau ..  So , awak bolehlah gunakan tanpa was-was .. Oh ya , free fragrance juga jadi bau dia tidaklah wangi  seperti pencuci muka yang mengandungi bahan kimia =) Cara penggunan picit sedikit di atas tapak tangan cuci muka seperti awak semua selalu buat dan bilas dengan air bersih .. Harganya ? RM 80 sahaja ..


Okay sekarang Yana nak kongsikan mengenai satu lagi produk yang Yana terima daripada Swissvita iaitu Micrite 3D All Use Eye Cream .. Fungsi Micrite 3D All Use Eye Cream nie untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata dan menghilangkan garis-garis halus di bawah mata .. Selain itu , Micrite 3D All Use Eye Cream ini juga dapat mengembalikan keanjalan kulit wajah awak .. 


Yana nak bagitau yang produk nie juga selamat diguakan dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit .. Produk ini juga free paraben , non greasy , fragrance free , alcohol free dan water based Yana sendiri dah cuba produk nie Yana suka sebab bila pakai 3D Micrite All Use Eye Cream bawah mata Yana rasa sejuk dan segar Yana harap tak lama lagi masalah lingkarang gelap bawah mata Yana akan hilang..  Cara nak guna ? Sapu bawah mata awak tu sampailah diserap masuk ke dalam kulit dan harganya pula hanyalah RM 115 ..


Hm mesti awak semua tertanya-tanya kan macam mana nak beli produk yang Yana dapat nie ? Cara dia senang klik dekat SINI atau awak boleh beli dekat apps Hermo dekat situ pun ada jual produk daripada Swissvita .. Ehh sebelum Yana lupa ada promosi istimewa tau untuk online purchase boleh dapat diskaun sebanyak RM10 dengan menggunakan kod SWA10 tanpa minimum purchase ..


Tengok Yana betul-betul  dah cuba , awak bila lagi ? Cepatlah sementara masih ada promosi .. Produk daripada Swissvita All young nie memang terbaikkkk ! =)

Jadikan Produk KITSUI Sebagai Makanan Tambahan Untuk Kekal Sihat dan Jelita

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii .. Okay hari nie kita jumpa lagi dekat sini .. Yana nak kongsikan dengan awakk semua mengenai dua produk KITSUI yang Yana terima pada mingu lepas Stemcell MixBerries dan Generation 2 Collagen .. Jemput baca entri │Jadikan KITSUI Sebagai Makanan Tambahan Untuk Kekal Sihat dan Jelita ..


minuman kesihatan no 1 malaysia , kitsui malaysia , kitsui

Hm , ada lagi ka antara pembaca blog Yana yang masih tidak tahu  mengenai produk KITSUI ? Okay  jangan risau sebab Yana akan ceritakan mengenai produk KITSUI terlebih dahulu .. Produk KITSUI telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai produk kesihatan dan kecantikkan dan merupakan Pemenang Jenama Kesihatan Super Asia Pasifik .. Yana sebenarnya takmau cerita banyak sangat mengenai KITSUI sebab awak semua boleh baca di laman web KITSUI .. Okay ,, mungkin ada antara rakan-rakan Yana ada nampak posting Yana dekat Instgram dan Facebook yang Yana ada terima dua produk daripada KITSUI iaitu Stemcell MixBerries dan Generation 2 Collagen .. Yana nak ceritakan mengenai Stemcell MixBerries terlebih dahulu dan followed by Generation 2 Collagen ..


minuman kesihatan no 1 malaysia , kitsui malaysia , kitsui

Haa , inilah dua produk yang Yana terima minggu lepas dan Yana dah cuba kedua-duanya .. Tapi , Yana lebih gemar dengan Stemcell Mixberries .. Nak tau apa kelebihan Stemcell MixBerries ? Jom baca selanjutnya ..


gambar kredit : FB Page KITSUI Malaysia

KITSUI STEMCELL MIXBERRIES diformulakan daripada campuran buah beri. Hasil daripada campuran beri ini dapat mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata, kulit kering dan boleh melindungi kulit dari sinaran UV ..


KELEBIHAN STEMCELL MIXBERRIES
  • Anti Oxidant Semula Jadi
  • Melindungi daripada sinaran UV
  • Mengatasi pembentukan garis-garis halus
  • Menghilankan kerutan , kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata
  • Menjadikan kulit lebih lembab
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Membantu pertumbuhan sel baru
  • Mampu meneutralkan kulit yang nipis atau terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari yang lama 

RAMUAN YANG TERDAPAT DALAM STEMCELL MIXBERRIES
Elderberry
  • Melindungi sel-sel stem epidermis kulit daripada tekanan UV
  • Kelewatan penuaan sel-sel penting
  • Perlawanan foto-penuaan
  • Untuk kulit kelihatan penting dan sihat
Kranberi
  • Kesihatan jantung lebih baik
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Menggalakkan kesihatan kulit
  • Membantu masalah pencernaan
  • Meningkatkan kesihatan selular
Raspberry
  • Merangsang Sistem-Imun
  • Memberi kesan untuk Anti-Penuaan
  • Lebih bertenaga
  • Peredaran darah yang lebih baik
Blueberry
  • Meningkatkan Fungsi Mental
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat & bintik hitam
  • Membaiki lingkungan gelap bawah mata, penglihatan dan tekstur kulit
Anggur Merah
  • Anggur mengandungi antioksidan kuat yang dikenali sebagai polifenol, yang boleh melambatkan atau mencegah pelbagai jenis kanser, termasuk esophageal, paru-paru, mulut, pharynx, endometrium, pankreas, prostat dan kolon. Resveratrol yang terdapat dalam wain merah terkenal dengan kesihatan jantung ialah sejenis polifenol yang terdapat dalam kulit anggur merah.
Anggur hitam
  • Salah satu kesan yang baik memakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti blackcurrants adalah untuk antioksidan terhadap keadaan seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit-penyakit degeneratif penuaan. Sebatian antioksidan utama di dalam blackcurrants ialah phenolics (termasuk flavonoid dan antosianin) dan vitamin C.
  • Warna ungu/ hitam blackcurrants menunjukkan kehadiran antosianin, yang mempunyai aktiviti antioksidan yang sangat istimewa serta meningkatkan kualiti kesihatan yang lain.
Strawberi

  • Sifat-sifat antioksidan dalam strawberi juga boleh membantu untuk mencegah katarak dan kabur mata dimana boleh menyebabkan buta pada usia tua. Mata kita memerlukan vitamin C untuk melindungi daripada terdedah kepada radikal bebas dari sinaran UV matahari yang terik, yang boleh merosakkan protein dalam kanta. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kornea dan retina mata itu.

gambar kredit : FB Page KITSUI Malaysia

GENERATION 2 COLLAGEN merupakan penyelesaian bagi masalah kulit, masalah otot, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi ..

KELEBIHAN GENERATION 2 COLLAGEN
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga keanjalan, kelenturan serta kehalusan kulit
  • Mengatasi masalah "stretch mark".
  • Mengatasi masalah kulit berminyak.
  • Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.
  • Mengatasi masalah kedutan halus.
  • Mengatasi masalah kulit kering.
  • Menghilangkan parut jerawat.
  • Menegangkan serta gebukan kulit wajah. 
  • Menambahkan tenaga ( mudah bangun pagi ).
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Melembapkan kulit wajah.
  • Mencantikkan rambut dan kuku.
Ps: tidak disyorkan untuk mereka yang ada alahan terhadap makanan laut.
RAMUAN
  • Astaxanthin
  • Ekstrak campuran beri
  • Acacia Gam/Gum arabic
  • Hydrolized Collagen
  • Perisa lemon
minuman kesihatan no 1 malaysia , kitsui malaysia , kitsui

CARA PENGGUNAANNYA:
Tambah 1 paket (15 gram) dalam 150ml air biasa atau air suam. Goncang dan minum dengan segera. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk hasil yang terbaik.
1 paket sehari, minum sebelum tidur..
minuman kesihatan no 1 malaysia , kitsui malaysia , kitsui

PENGAMBILAN AIR YANG DICADANGKAN:
  • Boleh bancuhkan/goncangkan dalam air suam atau air biasa.
  • Boleh juga bancuhkan/goncangkan dalam air sejuk tetapi perlu pastikan betul-betul larut dulu sebelum minum.
  • Elakkan pengambilan dengan air panas.
Jom tengok video ringkas  yang Yana sedikan mengenai cara bancuhan dan khasiat dua produk KITSUI yang Yana terima nie .. =)




Hm , kalau awak semua nak tahu dalam banyak-banyak supplement yang Yana pernah consume produk KITSUI merupakan yang terbaik dan paling sedap Yana pernah minum  .. Yana baru seminggu menggunakan produk nie dan Yana suka kulit Yana rasa lembut dan anjal .. Ha , kalau awak semua nak stay cantik dan sihat cubalah mana-mana produk kesihatan daripada KITSUI nie ..

minuman kesihatan no 1 malaysia , kitsui malaysia , kitsui

Kitsui adalah #1 Jenama Terunggul Di Hati Pengguna .. Harga cuma RM38.80 (di watsons & guardian) RM36 (dengan HQ termasuk postage) sekotak untuk 15 sachets sahaja. Boleh terus beli secara online dengan HQ Kitsui dan penghantaran secara PERCUMA .. Selain itu, boleh juga didapat di Guardian, Watson dan Lazada. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.kitsui.com.my
Facebook : www.facebook.com/KitsuiMy
Instagram : @kitsuimalaysia

Pengalaman Menghadiri PIWE 2018 Flash Mob 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Baru-baru nie Yana dan beberapa rakan blogger yang lain ada ke flash mob PIWE 2018 .. Kami ke sana pada jam 10.30 pagi .. Yana duk cakap mengenai PIWE 2018 , tahu tak apa itu PIWE 2018 ? Kalau awak semua nak tahu apa itu PIWE 2018 jemput baca entri │Pengalaman Menghadiri PIWE 2018 Flash Mob 


Sebelum Yana kongsikan dengan lebih lanjut mengenai PIWE 2018 moleklah sekiranya Yana huraikan apa itu PIWE 2018 sebab Yana yakin ramai di kalangan rakan-rakan melayu masih tidak tahu apa itu PIWE 2018 .. Ekspo Perkahwinan Antarabangsa Pulau Pinang 2018 atau lebih dikenali sebagai PIWE 2018 adalah ekspo perkahwinan pertama di Pulau Pinang yang dilancarkan untuk meningkatkan dan mempromosikan pelancongan perkahwinan di Pulau Pinang ..


picture credit to : PIWE 2018 FB Page

PIWE telah dilancarkan dengan harapan Pulau Pinang akan menjadi salah satu destinasi perkahwinan yang top bukan sahaja di Asia malah di antarabangsa .. Apa yang membuat PIWE berbeza ialah ia ekspo perkahwinan pertama buat masa ini .. Okay , Yana rasa dah cukup kot huraian Yana mengenai PIWE 2018 kan ? Jom , Yana nak kongsikan pengalaman Yana dan beberapa rakan blogger yang lain sepanjang hari kami berada di sana ..


Sebenarnya kan , pada hari tersebut kelapan-lapan pengatin ini diarak mengelilingi Pulau Pinang tak semua tempat lah cuma beberapa tempat yang menjadi tarikan di Pulau Pinang .. Lokasi pertama bermula di Peranakan Mansion .. Di samping blogger terdapat puluhan atau mungkin ratusan jurugambar yang turut memeriahkan PIWE 2018 flash mob ..


Pengantin naik beca ? Haha ! Jarang-jarang kan kita tengok , Yana nampak depan mata Yana sendiri semasa Yana berada di sana .. Mata ini tak berkedip melihat kecantikkan pengantin-pengantin dengan busana pengatin masing-masing .. Lepas tu mulalah nak berangan bilalah Yana dapat rasa pakai cantik macam nie .. Ehh .. Mereka nie dibawa ke Ocean Street atau Lebuh Pantai tempat di mana sedang berlakunya PIWE 2018 flash mob ..


Suka benar Yana tengok mereka semua nie , dah lah cantik-cantik belaka busana pengantin yang dikenakan pun apa kurangnya .. Hm , masa PIWE 2018 bukan sahaja ada pengantin ada juga booth yang dibuka di sana bersempena dengan PIWE 2018


Ini antara booth yang sempat Yana snap semasa berada di sana .. Sebenarnya , terdapat banyak lagi booth yang menjual makanan , pakaian , aksesori dan lain-lain .. Booth di atas merupakan salah satu daripadanya .. Okay seterusnya Yana cuma nak kongsikan beberapa gambar dan sedikit lagi info mengenai PIWE 2018 ..


PERANAKAN MANSION 

picture credit to : PIWE 2018 FB Page



CHEW JETTY

picture credit to : Bryan Lim ( PIWE 2018 FB Page)



PADANG KOTA LAMA

picture credit to : PIWE 2018 FB Page


Tadaaa ! Sempat juga kami bertiga bergambar dengan pengantin masa dekat sana .. Jangan tertipu eh , mereka bukan kahwin betul-betul .. Okay Yana nak beritahu bahawa PIWE 2018 akan diadakan tak lama lagi pada 16-18 Mac 2018 bertempat di Setia SPICE Convention Centre .. Jadi kepada bakal pengantin di luar sana jangan lupa ya untuk menghadiri Penang International Wedding Expo event yang bakal diadakan tak lama lagi .. Untuk keterangan lanjut boleh layari :

Website : www.piwe.com.my
Hubungi : +6016-416-0038
Instagram: PIWE2018
FB Page: Penang International Wedding Expo

Balm Bayi Tasneem Naturel Kit Bayi Semulajadi Sehangat Usapan Ibu  .

ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Lama kan kita tidak bersiaran .. Hari nie Yana nak memperkenalkan satu produk bayi yang baru Yana cuba .. Yana cuba ? Produk bayi ? Haa , janganlah nak hairan sangat .. Kalau nak tau dengan lebih terperinci mengenai produk nie jemput baca entri │Balm Bayi Tasneem Naturel Kit Bayi Semulajadi Sehangat Usapan Ibu ..  


Mesti ramai yang nak tahu apa yang istimewa sangat dengan Balm Bayi Tasneem Naturel nie ? Balm bayi Tasneem Naturel , merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil .. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi .. Selain daripada itu , untuk pengetahuan awak semua .. Balm bayi Tasneem Naturel ini bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya seperti paraben , SLS , dan bahan perwarna , balm bayi Tasneem ini diperakui selamat dan telah mendapat kelulusan daripada KKM .. Jadi Ibu bapa dekat luar sana awak semua boleh gunakan balm bayi Tasneem Naturel nie tanpa was-was ..


Balm bayi Tasneem Naturel didatangkan dengan 4 bauan yang berbeza dan setiap bauan tu mempunyai fungsi yang berbeza CF Rub , Calm Time , Sleep Time dan Tummy Time .. Ramai yang bertanya adakah balm bayi Tasneem Naturel nie hanya sesuai digunakan kepadaa bayi dan anak kecil sahaja ? Jawapannya TIDAK .. Balm bayi Tasneem Naturel BOLEH dgunakan oleh seisi keluarga ...

CF RUB 


CF Rub dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam , batuk dan selsema .. Bahan-bahan seperti eucalypttus oil , cypress , tea tree dan lemon akan membantu melegakan pernafasan , mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan anak anda ..

Cara penggunaan : sapu balm ini di tapak kaki , dada , tekak dan tulang belakang ..

CALM TIME


Calm Time pula berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil .. Calm Time , diadun khas dengan menggunakan minyak pati tulen seperti lavender , bergamot , frankinsense dan marjoram .. Balm ini dapat membantu anak kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria .. 

Cara penggunaan : sapu balm Calm Time di tapak kaki , nadi , belakang telinga dan tulang belakang ..

SLEEP TIME


Sepertimana yang kita sedia maklum ada sesetengah bayi yang mengalami masalah untuk tidur , pengusaha Balm bayi Tasneem Naturel prihatin akan masalah nie maka terhasil lah Sleep Time .. Sleep Time yang berfungsi untuk membantu anak anda supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria .. 

Cara penggunaan : sapu di tulang belakang , tapak kaki , nadi , belakang telinga serta pergelangan tangan ..

TUMMY TIME


Balm Tummy merupakan balm yang paling digemari oleh ibu-ibu sebab balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon .. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut da menyapu balm ini ke perut bayi kerana balm ini boleh melegakan perut kembung , sembelit dan dapat membuang angin yang berlebihan .. 

Cara penggunaan : sapukan balm ini di tapak kaki dan perut .. Untuk sapuan di bahagian perut , ibu bapa disarankan untuk membuat urutan seperti urutan " I LOVE YOU" bagi memastikan si manja lebih selesa ..



Last but not least , Yana nak bagi tau balm bayi Tasneem Naturel nie sangat menjimatkan sebab ia boleh bertahan selama 3 bulan .. Selain saiz nya yang kecil yang boleh memudahkan ia dibawa ke mana sahaja balm bayi Tasneem Naturel juga mempunyai bau yang wangi dan yang paling penting balm ini tak panas , tak melekit dan tidak pedih .. Balm ini dibuat di kilang OEM yang bertaraf GMP (good manufacturing practises) harga balm nie sangat berpatutan .. Untuk keterangan lanjut awak boleh layari :

laman web : TASNEEM NATUREL 
Facebook : Tasneem Naturel HQ
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger