Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

5 CARA TAWAN HATI IBU MERTUAMU .




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Sihatkah anda ? Sepertimana yang kita sedia maklum , sekarang dah mula cuti sekolah .. Sapa taw kalau cuti sekolah sinonim dengan apa ? Yaaa , betul kenduri kahwin .. Hehehe .. Kepada bakal-bakal pengantin kat luar sana tu dah berjaya ke memenangi hati ibu mertuamu ? Hahaha .. Kenapa Yana pilih ibu bukan bapa mertua ? Sebab , bagi Yana , hati seorang ibu mertua susah nak ditawani .. Jom Yana nak kongsi serba sedikit mengenai cara-cara memenangi hati ibu mertua ..

1. IBU MERTUA WANITA YANG MELAHIRKAN & MEMBESARKAN SUAMI ANDA .

Haa , tolong ingat akan perkara nie di fikiran anda . Jadi , wajarlah sekiranya dia masih ingin terlibat dalam kehidupan suami anda .. Sama seperti anda yang bergelar ibu yang selalu ingin menjaga dan melindungi si kecil .. Sememangnya , ibu mertua tidak berhak mengatur hingga detail dalam cara pengurusan rumah tangga anda dan suami tetapi setidak-tidaknya anda boleh memahami alasan disebalik tindakannya .. Dalam paa masa yang sama , anda boleh mencari cara terbaik untuk mengatasi keadaan ini tanpa rasa sakit hati ..

2. CARI MINAT ATAU HOBI YANG SAMA .

Persamaan minat atau hobi dengan ibu mertua boleh mendekatkan diri anda dengannnya .. Sebbagai contoh , sekiranya ibu mertua minat memasak dan anda juga menyukainya maka tak salah kalau anda mengajak ibu mertua menghadiri kursus masakan bersama ..  Sekiranya terasa kekok untuk pergi berdua , ajaklah teman atau saudara lain untuk menyertainya ..




3. DENGARKAN NASIHAT IBU MERTUA .

Dengar sini ya wahai bakal-bakal menantu sekalian , daripada anda memalingkan muka hingga menyentap hati ibu mertua atau berpura-pura melayani anak sewaktu dia menyampaikan nasihat apa kata anda dengar saja apa hemdak diperkatakannya .. Tiada ruginya anda mengangguk dan memberi perhatian seketika untuk mengambil hatinya .. Mungkin dengan cara ini , dia akan rasa lebih dihargai .. =)

4. BUAT IBU MERTUA RASA PENTING DAN DIPERLUKAN .

Semua wanita mahu dilayan sebegini , cara layanan sedemikian akan membuatkan diri rasa dikasihi dan diberi perhatian oleh orang sekeliling .. Namun , ada tidak perlulah melakukannya pada setiap masa kepada ibu mertua anda .. Cukuplahpada hari-hari istimewanya . 

5. ZIARAHLAH SELALU .

Bertanya khabar di hujung talian telefon setiap minggu tidak cukup untuk menjadi menantu yang baik sekiranya hanya pulang menjenguk ibu mertua setahun dua kali .. Lagi pula , persahabatan akan jadi lebih erat sekiranya sering bertemu .. Mungkin pada awalnya agak sukar bagi anda berbuat demikian tapi lama kelamaam percayalah , anda akan terbiasa .. =) Malah , anda akan berasa makin selesa dan gembira apabila pulang ke kampung suami ..Dah balik kampung tu , jangan ler nak bawak balik diri jer cik akak , bawalah buah tangan untuk ibu mertuamu tu .. Kata nak tawan hati dia kan , kreatif la sikit .. Hehehe =P




Nahhh .. cukup tak tips-tips yang Yana kongsikan tu ?? Apa Yana dah kahwin belum ?? Semestinyaaaaaa .. Belum hehehe .. Tapi tak salah kan berkongsi benda baik , tak semestinya nak kena tunggu Yana dah kahwin baru boleh bagi tips nie .. Jadi , mohonlah baca dan hadamkan ... Terima kasih pada yang sudi membaca tuu =P ♥ ♥           






HILANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA DENGAN AMEENA KSK III


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai .. Yana tahu pasti ramai wanita yang dekat luar sana mengalami masalah macam mana yang Yana hadapi sekarang .. Lingkaran hitam pada bawah mata .. Yaa , susahkan nak hilangkan eyebag nie sebenarnya ?? Dah cuba letak timun , tomato setiap kali sebelum tidur pada bawah mata tetap tak berkesan .. Jom Yana kenalkan anda dengan AMEENA KSK III , Yana dalam tempoh percubaan .. Alhamdulilah , adalah nampak sedikit perbezaannnya , nanti Yana akan kongsi result sepenuhnya ya .. =))



PENGENALAN

AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula negara Jepun & Malaysia , bertaraf antarabangsa . Kandungan bahan unik berkualiti semulajadi yang menggabungkan ramuan yang sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki yang lapisan umur 18  tahun ke atas . Keistimewaan bagi dalaman & luaran khas untuk kulit bawah mata menjadi urat pembuluh darah saliran kulit bawah mata kembali aktif , tona sekata , cerah , lembap , licin , bersih dan gebu serta berseri ..



ANTARA MASALAH YANG SERING DIHADAPI 

  • LEBAM (DARK CIRCLE)
- kurang tidur dan usahakan untuk tidur sebelum jam 11 malam selama 6-8 jam sehari .

  • GARIS HALUS 
- kemunculan kedutan ini adalah tanda pertama pernuaan . Ia berlaku akibat pendedahan pada sinar matahari , sejarah kedutan awal dan kurang tidur .

  • SEMBAP ( EYEBAG)
- terjadi kerana kekurangan waktu tidur , solekan tebal yang tidak dicuci , sinaran UV , petanda 
penyakit mata panda dan dari genetik keturunan ..



KEBAIKKAN AMEENA KSK III

Apa ?? Anda mengalami antara masalah seperti yang di atas tu ? Dengan adanya AMEENA KSK III in shaa allah masalah anda akan dapat diselesaikan dengan kadar segera .. =) 

Kini tercipta inovasi  baru teknologi KSK III terkini dari Jepun KSK III - BIOMIST khas untuk lebam bawah mata .. Dengan adanya  ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR  yang kini mampu meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangi bayangan mata yang nampak jelas
•Menolong di dalam menegangkan kawasan sekeliling mata. 
•Menghilangkan bulatan hitam dibawah mata. 
•Melembap dan mengurangkan kesan lebam kulit di sekeliling mata. 
•Menenangkan kawasan kulit bawah mata. 
•Mengurangkan rasa letih pada kulit bwh mata. 
•Menjadikan kulit mata lebih segar & sihat 
•Menghilangkan garis-garis kulit bwh menjadi licin ,halus sekitar mata.



Erm .. Jom Yana nak cerita sedikit sebanyak mengenai lebam bawah mata  nie .. Info jugak untuk anda yang menghadapi masalah macam nie =))
6 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata.
1. Keturunan Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.
 2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.
3 . Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara. 
4. Pertambahan Usia atau Penuaan Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun. 
5. Alergik atau Alahan Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat. 
6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam. 4 .


Tips Petua orang lama atasi Lebam Bawah Mata
1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan 2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif) 3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda. 4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh seperti si sini (klik untuk info seterusnya) 
Tips Paling mudah Nak merawat ramai yang guna jenis Biomist Lebam Bawah Mata .
Mampu jika ia dirawat , pengawalan tenaga , Energy Cystal Skin Activator , Ameena saja mempunyai Jenis Water Base , membuat kulit bawah mata yang sangat nipis jadi sesuai direhatkan dengan formulasi baru ini dan Produk ini jenis Biomist sangat cair seperti air bahan yang berkualiti halus mampu meresap menyegar aktifkan kulit Lebam Bawah Mata .

Okay tak penerangan Yana mengenai masalah lebam pada bawah mata nie ? Hehehe .. Tak terinngin ke anda-anda untuk mencuba produk nie ? Kalau teringin bagi tahu la yer .. Yana boleh arrange kan cara untuk dapatkannya ataupun boleh contact nombor yang akan Yana bagi diakhir entri nie ye .. In shaa allah harga mampu milik =)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :- 
EYDA = 019-508-1433
·        




CARA MENGENAL PASTI MINYAK ASMA ORIGINAL & KEBAIKKANNYA


ASSALAMMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Malam nie Yana nak kongsi sikit tips untuk mengenali Minyak Asma Yang Original vs Tiruan .. Bahaya sebenarnya bila hal ini terjadi , hal ini demikian kerana berkemungkinan besar kualiti minyak tiruan tidak setanding dengan yang asli .. Okay , Yana pon tak mahu berceloteh panjang lebar .. Jom , Yana ceritakan apakah perbezaannya ..

ANTARA CIRI-CIRI PRODUK TIRUAN : -


  • Jika ada yang mendakwa Minyak Herba Asma Mujarab ini di bawah keluaran syarikat SDN. BHD. Maka ianya adalah produk tiruan & bukan dari ramuan rahsia tradisional Pakcik!
  • Gunakan tanpa was-was , kandungan bahan-bahan yang halal dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
  • Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mendapat produk yang tidak asli.
(sumber daripada https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma )



KEBAIKKAN MINYAK ASMA MUJARAB .

  • Mencairkan kahak yang terperangkap yang menyebabkan lelah.
  • Mengeluarkan kahak yang mengganggu sistem pernafasan.
  • Memberi kelegaan kepada sistem pernafasan.
  • Membantu mencegah gigitan serangga berbisa.
  • Mengatasi masalah sakit gigi.
  • Atasi masalah senggugut.
  • Masalah sakit urat.
  • Masalah luka.
  • Mengatasi kembung perut.
  • Mampu hilangkan stress.
In shaa allah , Minyak Asma Mujarab nie merupakan salah satu ikhtiar untuk melegakan antara sakit-sakit di atas ..

Cara Penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab Homemade Original 

Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab adalah seperti berikut :

- Batuk dan lelah 

: Sapu di tapak kaki,labu,betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk serta bawah dagu.

- Selsema

: Sapu sedikit di dalam hidung,atas hidung hingga ke ubun ubun

- Demam

: Sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi

- Sakit gigi

: Sapu pada gigi yang sakit dan juga pipi

- Kembung perut dan sembelit 

: Sapu di perut,pinggang serta tapak kaki dan labu betis

- Luka pembedahan

: Lap.kering bahagian luka dan sapu minyak di atasnya.

- Sengatan berbisa,benjol,lebam dan sakit urat 

: Sapu di tempat sepatutnya...

- Migrain:

: Sapu keliling dahi, tengkuk dan leher. 

- Bisul

: Sapu pada tempat bisul

- Sakit pinggang dan lenguh lenguh 

: Sapu ditempat yang lenguh dan sakit..

- Cirit birit

: Sapu di bahagian bawah perut.

- Senggugut

: Sapu ketika datang haid dan ketika sakit di bahagian bawah perut.

Okay , Yana rasa cukup setakat ini Yana kongsikan serba sedikit info mengenai Minyak Asma Mujarab nie .. Untuk keterangan lanjut sila refer sumber di bawah ya .. =)

Laman sesawang Minyak Asma Mujarab : http://herbaasma.com/

Facebook Minyak Asma Mujarab : https://www.facebook.com/PenawarSemputLelahDanAsma






CLARUS Instant Reyouth Spray




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , hari nie Yana nak share satu produk kecantikkan yang terbaru untuk awak-awak yang nak cantik tu .. Sapa yang tak mahu kelihatan cantik kan ? Untuk produk nie Yana sendiri dah cuba .. Alhamdulilah , ianya selamat digunakan .. Jadi boleh lah digunakan tanpa was-was ya ... =) Sebelum Yana terlupa , produk nie diberi nama CLARUS Instant Reyouth Spray .. Sebenarnya , Yana agak berjaga-jaga sekiranya Yana nak apply apa-apa produk kecantikkan pada kulit wajah Yana , sebab kulit Yana nie boleh dikategorikan agak sensitif , salah sikit saja maka menjelmalah jerawat nanti .. Sekali lagi Yana ulang dengan produk kecantikkan CLARUS Instant Reyouth Spray ianya selamat digunakan .. =) Kulit wajah pon terasa lembab sentiasa .. Jom Yana ulaskan lebih lanjut mengenai produk ini ..



INTENSE ESSENCE / LIFTING SPRAY

Mencari rahsia kecantikkan kulit untuk memadamkan ketidaksempurnaan dan mengekalkan keremajaan kulit? Jawapannya mungkin berada pada pengalaman anda sendiri dan penawar unik kami yang terbaharu! Dengan kelembutan yang kaya tanpa minyak ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit, meresap sepenuhnya untuk menyubur, melembab dan memberi nafas baru  pada kulit anda. Ia memberi sepenuh kelembapan dan membawakan tenaga  keremajaan pada kulit anda yang halus. Ia dengan pantas menyubur dan mencantikkan kulit anda, membuatkan kulit anda lembut, gebu, licin, tegang, muda dan berseri-seri!. Ia juga memberikan :-

* peningkatan nyata pada permukaan kulit
*mengurangkan/menghalang tanda-tanda penuaan
* mengawal paras kekeringan kulit
* mengembalikan keselesaan kulit
* menawan kecergasan kulit remaja
* menyerlahkan kulit yang lebih lembut / remaja dan berseri
* untuk kegunaan seharian


Tidak semua usaha kita sebagai kaum wanita untuk menyerlahkan kecantikkan adalah baik untuk kita. Ada produk mendedahkan kita pada bahaya kecacatan kulit yang teruk dan mungkin juga bahaya kanser didalam keinginan kita untuk mendapatkan kulit yang cantik. Formulasi tanpa 7 bahan yang membahayakan:

1. TIADA Parabens / Methylisothiazolinone MIT)
2, TIADA Silikon
3. TIADA Pewarna
4. TIADA Alcohol
5. TIADA Minyak galian
6. TIADA Bahan Lanolin
7. TIADA Bahan-bahan haiwan

Apa ?? Cara penggunaannya ??  Hee ... Sekejap ye Yana bagi tahu .. Sangat-sangat senang , tak perlu susah-susah .. Sembur pada muka 1 atau 2 kali dan biarkan ia kering. Guna pada waktu pagi dan petang sebagai amalan penjagaan kulit. Untuk Kegunaan luaran sahaja. Tengok ?? Kan Yana dah kata senang saja , cuma perlu sembur dan biarkan ia kering dan tengok saja kesannya ..

5 Kandungan Utama :

1. Caesalpinia Spinosa Gum
2. Sea Salt
3. Vitis Vinifera Grape Juice Extract
4. Aqua/Flyceein/Caesalpinia Spinos a Gum
5. Propanediol / Water and Vitos Vinifera Grape Juice extract.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia adalah bahan dwi-aksi anti-penuaan yang dirumuskan bagi mengembalikan keremajaan kulit melalui:
  • Fungsi Anti-kedut
  • Efek melembutkan Kedutan / garis halus kelihatan berkurangan
  • Merangsang pengeluaran kolegen-1
  • Melindungi dari Penuaan
  • Melindungi tunjang stemsel dari kerosakkan
  • Melindungi  rangkaian keanjalan dari kerosakkan
  • Mampu mengawal penuaan dan kedut.
  • Anti-penuaan dari tanda-tanda awal 
  • kedutan (25-35 tahun) menerusi kedutan mendalam (60 tahun dan kulit yang terlalu matang)
  • Melindungi mitochondrial DNA dari kerosakkan
  • Melindungi asid hyaluronic dari menurun



Kandungan bahan-bahan aktif

1. Caesalpinia Spinosa Gum

Pendekatan terbaharu bagi mendapatkan bahan aktif yang dapat memberi kesan segera kerana proses menegang bersatu dengan aktiviti anti-penuaan melalui peningkatan terbukti peningkatan kolagen sintesis yang mempunyai efek anti-kedut.


2. Sea Salt

Air yang mengalir ke dalam lautan teluk Mexico berasal dari arus pantai French Brittany yang bersih dan tidak tercemar. Arus teluk yang  tulen ini kaya dengan galian semulajadi, terbentuk oleh 96 jenis ( daripada jantung gugusan pulau-pulau Brehat) Galian-galian ini terkenal kerana kebolehan membaik-pulih, menyuburkan, melembutkan dan mempunyai khasiat galian.

Apakah punca-punca kulit yang sensitif?

Salah satu punca ialah kekurangan bahan-bahan galian. Kulit yang sensitif membuat anda merasa kurang selesa dan jengkel, gatal, kemerahan dan kekeringan.
Air garam Teluk ini mengandungi kuasa mencerna dan mengembalikan bahan galian serta mengawal immunoprotection. Ia mempunyai efek menyegarkan dan melembutkan pada kulit. Ia adalah bahan aktif yang dapat mengatasi kejengkelan kulit, ketidaksempurnaan kulit dan kulit yang terlalu sensitif. Ia boleh mengaktifkan sel-sel dan berguna untuk sistem pernafasan kulit serta dapat mengurangkan alahan.


Active Ingredient 3 : 

Propanediol and Water and Vitos Vinifera Grape Juice extract.
Menghalang penuaan dan merawat kedut dari kemunculan kedut pertama lagi (25-35 tahun) sehingga kedutan yang ketara (60 tahun keatas)

Grape Juice Extract & the French Paradox

French Paradox adalah rujukan pada rahsia orang-orang Perancis sentiasa sihat dan menikmati usia yang lebih panjang.
Keaktifan ini diperolehi dari proses  enzymatic bioconversion dari resveratrol. Proses ini diinspirasikan dengan reaksi yang wujud dalam keadaan alami, dimangkin dengan cendawan, Botrytis ciñerea.

Vitis Vinifera Grape Juice Extract

Anggur mengandungi polyphenol atau phytochemical  seperti resveratrol bagi meningkatkan pelbagai jenis kesihatan. Dipercayai anggur ada kaitan dengan panjang usia, dan juga melambangkan keremajaan.

Kesan : Anti penuaan / kelembapan - sesuai untuk semua jenis kulit.

1. Mengurangkan tanda-tanda awal kedutan, mengubati kedut : Membantu mengurangkan tanda-tanda awal penuaan kulit : kendur  dan kedut.
Dengan pengunaan setiap hari, ramuan pengaktifan kulit  Vitis Vinifera Grape Juice Extract yang di reka khas menentang tanda-tanda awal penuaan dengan cara yang unik lantas menghasilkan kesan  mengekang penuaan kulit dan kesan  efektif mengurangkan tanda-tanda penuaan.

2. Melembapkan kulit
Perwajaan kulit bergantung pada kandungan air.  Kandungan air yang seimbang membantu membuat kulit menjadi rata, lembut dan anjal. Jika kulit kering, ia akan menjadi bersisik, kasar dan merekah. Pengaktifan Vitis Vinifera Grape Juice ekstrak ini dapat melindungi kulit daripada kekeringan dan segera meningkatkan kelembapan kulit. Ia juga mengawal kekeringan kulit untuk jangka masa panjang serta memberi wajah yang lebih sihat.

3. Menyerlahkan dan menyerikan kulit semulajadi.
Keseragaman kulit mengurang mengikut usia, tekanan dan pencemaran. Kulit yang kelihatan muram dan kering akan kelihatan lebih tua dari umur sebenar.  Itulah sebabnya mengapa kulit tidak sekata warna tona nya. Kelembapan wajah tanda keremajaan kulit. Pengaktifan Vitis Vinifera Grape Juice extract ini menyediakan efek anti penuaan dan kelembapan yang luar biasa.



Active Ingredient 1 - Bahan-bahan aktif 1:

INCI Name : Aqua/Flyceein/Caesalpinia Spinos a Gum

Efek ketegangan kulit yang serta-merta meningkatkan wajah kulit dengan ketara. Ianya mengurangkan kedut serta memberi keselesaan dan kelembutan.
Galactomannan mengandungi bahan aktif yang menyerap di permukaan kulit untuk menjadikan ia satu lapisan yang berterusan. Ia memberikan efek peningkatan segera, dan berpanjangan untuk pelepasan dan kemudian penyerapan oligosaccharides.
Di samping itu ia menyatukan efek peningkatan dengan aktiviti anti-penuaan sambil meningkatkan sintesis kolagen.

Bahan-bahan aktif ini mampu meningkatkan ketegangan dengan serta-merta pada kulit lantas menghasilkan wajah yang lembut dan berseri. Haa .. Tidak kah awak-awak tu terpanggil untuk mencuba CLARUS Instant Reyouth Spray .. Sebelum Yana akhiri entri Yana nie jom kita layan short video kat bawah nie .. Sebelum tu video nie Yana nak kreditkan ke kak Saidila =)



Untuk semua keterangan lebih lanjut mengenai Produk CLARUS Instant Reyouth Spray :-
  • IG : @clarus_clarityplus
  • Hotline : +6018 2824468, +6018 2824479, +6018 2824495






JUALAN  “Online Revolution” Lazada

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Hai semua .. Ada yang tak perasan 2-3 hari nie kebanyakkan blogger ada update mengenai jualan 11.11 ?? Tahukah apa tu sebenarnya ?? Itu sebenarnya jualan secara besar besaran bersempena dengan sambutan hari bujang / single's day .. Jom Yana ceritakan serba sedikit mengenai jualan nie ..



Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.




Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.

Sebelum Yana lupa , bersempena dengan jualan nie , Lazada ada bagi Parcel of Joy kepada blogger yang terpilih .. Dari apa yang Yana nampak , hampir semua blogger yang Yana kenal dapat Parcel of Joy daripada Lazada .. Okay nie antara isi yang ada dalam Parcel of Joy  Yana punya .. 



JUS QALBI AL EHSAN KAYA DENGAN VITAMIN C



ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Selamat malam Yana ucapkan .. Ada tak yang perasan baru-baru nie Yana ada terima produk kesihatan JUS QALBI AL EHSAN .. Lepas Yana post gambar Yana dengan Jus Qalbi , ada yang tanya apa fungsi Jus Qalbi .. Okay , malam nie Yana cerita apakah kebaikkan mengamalkan Jus Qalbi .. =)

Sebelum Yana ulas dengan lebih lanjut mengenai Jus Qalbi .. Seeloknya Yana bagi tau dulu antara ramuan yang terdapat dalam Jus Qalbi Al Ehsan nie .. Untuk pengetahuan semua Jus Qalbi merupakan formulasi 5 bahan semulajadi yang terpilih .. Antaranya ialah , bawang putih , halia , lemon , cuka epal dan madu asli .. Jus Qalbi sememangnya 100% menggunakan bahan semulajadi .. Dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan .. 


Jus Qalbi mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangkan risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung ,stroke' , sakit dada , darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan .. Selain itu , Jus Qalbi juga merupakan minuman supplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan vitamin C yang baik untuk KECANTIKKAN KULIT serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman .. Sebelum Yana terlupa , Jus Qalbi memang terbukti berupaya untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam tubuh badan .. Haa , pada mereka yang sering mengamalkan permakanan tidak sihat tu , apa kata anda cuba amalkan minum Jus Qalbi , in shaa allah ia mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan anda .. Dengan izin Allah ye =))



Akhir kata daripada Yana , Jus Qalbi sedap diminum begitu saja serta sangat lazat dan berkhasiat dicampurkan sebagai perisa dalam minuman hariann isi keluarga .. 
"NIKMATI KELAZATAN , ALAMI KEAJAIBAN"


MEMANJAKAN DERIA ANDA DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK 


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥ 

Selamat malam kesayangan Yana semua .. Hehe .. Malam nie entri mengenai losyen Nivea pula ye .. Kalau ada yang perasan , minggu lepas Yana ada terima dua produk losyen daripada Nivea dengan dua bauan berbeza .. Jadi malam nie Yana nak kongsi serba sedikit mengenai losyen nie .. =)

Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.

Sebagai contoh , Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.



Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.
Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.
Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.

“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”
Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.



Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.
Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan.

“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan –  ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah. “Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.”
Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda.



Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda 

– NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.   

SINGLES DAY 





Hai semua !! Adakah anda tahu mengenai Singles Day ?? Adakah anda tahu apa itu Singles Day ?? Okay , sini Yana bagi tau apa itu Singles Day .. Singles Day atau Guanggun Jie adalah satu festival yang menarik yang sering diraikan oleh golongan muda yang berbangsa Cina .. Festival ini adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa mereka bangga menjadi bujang atau single .. Okay , kembali pada topic utama kita .. Tujuan Yana menulis entri ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua mengenai jualan besar-besaran yang akan diadakan pada 11.11 nanti bersempena dengan Hari Bujang ataupun Singles Day .. Jom baca artikel di bawah untuk informasi lebih lanjut =)

 

Sekiranya anda tidak tahu tentang kewujudan sambutan hari istimewa yang khas untuk orang yang masih bujang atau single di seluruh dunia, anda bakal mengetahui lebih banyak mengenai sambutan ini. Sambutan sale atau jualan mega khas ini selalunya disambut meriah dengan membeli belah secara online selama 1 hari kerana setiap tahun pada 11 November, tentu ada acara jualan secara besar besaran di setiap laman web e-commerce seluruh dunia!

 

Sambutan ini mungkin masih baru atau kurang diketahui orang ramai di Malaysia tapi sebenarnya acara jualan murah ini bermulanya dari negara China di mana masyarakat Cina menyambut 11.11 yang bermaksud seorang atau satu satu. Setelah sekian lama, sambutan Singles Day ini semakin mendapat perhatian daripada laman web online shopping secara meluas dan global.


Tapi, kalau bukan bujang atau single, adakah masih boleh sambut ? Mesti boleh ! Jualan murah ini adalah acara untuk semua status walaupun ia dinamakan Singles Day. Sekiranya anda sudah berkahwin atau mempunyai teman, ambil peluang untuk menikmati potongan harga rendah dan membeli belah dengan banyak walaupun hanya untuk sehari ! Tidak semestinya perlu single untuk menyambut acara ini. Jadi nikmatilah semua tawaran yang disediakan untuk membeli belah secara online pada 11 November ini !

 

Tunggu apa lagi? Jom layari  Singles Day online deals sekarang dan dapatkan tawaran serta potongan harga eksklusif !





SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE




ASSALAMMUALAIKM WBT ♥

Haii semuaaa .. Pasti ramai yang dah tahu kan mengenai SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE .. Baru-baru nie Yana ada received dua wangian yang berbeza daripada Syahirah .. Bagi Yana bau dia sangat-sangat wangi dan memang memenuhi citarasa Yana .. Kalau ada yang berminat boleh dapatkannya di pasaran , tapi sebelum tu jom baca sedikit sebanyak info mengenai produk wangian Syahirah ini =)

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.

Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:








1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.



2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.



3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.



4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.


Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • KENAPA PERLU HADIR KURSUS KAHWIN
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger