Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

SUMBER AYU DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!


~ Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat~

Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.




Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai .
·         

  • ·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis



  • ·         Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.


  • ·         ·Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

PERSONALITI SI PEMAKAI JAM TANGAN 


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hye selamat malam semua .. Okay malam nie Yana nak reveal personaliti seseorang berdasarkan cara tangan mana mereka mengenakan jam tangan .. Sebelum itu Yana nak bagi tau yang Yana pakai jam di tangan kiri .. Sapa geng Yana ?? Komen cepat . Hehehe .. 

PERSONALITI SI PEMAKAI JAM DI TANGAN KANAN


(gambar sekadar hiasan , jangan pertikaikan =P)

  • Seorang yang keras kepala .
  • Seorang yang kuat memberontak .
  • Tidak suka diarah .
  • Seorang yang setia .
  • Hati kering (tidak kisah akan kata-kata orang kepada dia)
  • Garang , tapi manja dengan yang tersayang .
  • Suka menyendiri apabila aa masalah .
  • Pendiam , tapi bila dah rapat mengalahkan mulut murai =)
  • Seorang yang pantang dicabar

PERSONALITI SI PEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI .


(gambar sekadar hiasan , jangan pertikaikan =P)
  • Hatinya lembut . 
  • Anginnya cepat panas dan cepat sejuk .
  • Suka membuat lawak bodoh .
  • Dia juga suka tersenyum walau apa pun masalah yang dia hadapi .
  • Pantang dicabar ,
  • Fikirannya sangat sukar difaham oleh orang lain .
  • Bila marah , barang disekelilingnya akan dihancurkan .
  • Hanya akan marah pada orang yang buat hal dengannya .

Haa .. Sekian sahaja "pemberitahuannya" . Hehehe .. Betul ataau tak tu , tepuk dada tanyalah selera . Lagipun , benda nie just for fun mungkin ada betulnya , mungkin juga tidak . Bagi Yana , selaku pemakai jam di tangan kiri . Yana akui semua kenyataan di atas adalah betul .. Yana memang cepat marah , dan cepat jugak sejuknya . Yang part  hancurkan barang tu pun betul jugak . Hahaha ..
Sekian sahaja yaa .. Terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa membaca entri Yana nie yaa .. Selamat malam ~







Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger