ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Top 4 Muslimah Wear
Hai semua . Yana pasti ramai dalam
kalangan kawan-kawan Yana merupakan penggemar fesyen kan ? Pastinya Si Penggemar
fesyen sudah sedia maklum dengan perkembangan trend fesyen yang semakin
berkembang dari semasa ke semasa. Tidak keterlaluan rasanya untuk Yana mengatakan
bahawa trend fesyen Muslimah atau Muslimah wear merupakan trend fesyen yang
paling mendapat perhatian pada masa kini bukan sahaja di negara-negara Islam,
malah di seluruh dunia. Ini dapat dilihat apabila jenama antarabangsa terkemuka
D&G juga turut mengeluarkan koleksi pakaian Muslimah bagi pasaran global.
Oleh itu, untuk entri kali ini jom kita lihat apakah top 4 Muslimah wear yang paling digemari dan menjadi
pilihan majoriti penggemar fesyen Muslimah tempatan mahupun antarabangsa;
Long Cardigans
Long cardigans telah menjadi salah satu basic essential hampir semua wanita
berhijab yang menggemari penampilan moden. Koleksi long cardigans ini sesuai
digayakan sebagai outerwear pakaian
kasual dan juga boleh dipakai untuk ke pejabat. 2 in 1!
Blouse Muslimah
Pilihan kegemaran yang kedua adalah
koleksi blouse Muslimah yang
versatile dan praktikal. Ia boleh digayakan dengan pemakaian jeans untuk
penampilan kasual, dipadankan dengan slack
pants untuk ke pejabat dan juga sejak akhir-akhir ini menjadi pilihan ramai
wanita ketika sambutan Hari Raya.
Dress Muslimah
Selain blouse Muslimah, koleksi dress
Muslimah juga sering menjadi alternatif ramai wanita berhijab untuk tampil
moden dan sopan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa.
Maxi Skirts
Jika dahulu ramai wanita tertarik
dengan pemakaian palazzo pants, kini mereka beralih perhatian kepada koleksi maxi skirts
yang selesa seperti berikut.
Wah menarik dan cantik bukan koleksi
pakaian muslimah ataupun muslimah wear nie
? Apa yang ditunggu lagi tu ? Cepatlah dapatkannya hanya di Zalora .
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
DALAM RAMAI-RAMAI . KENAPA AKU ?
“Cats are intended to teach us that not everything in nature has a purpose.”
Selamat malam semua . Apa benda lah yang Yana nak bebelkan ya ? Siap dengan gambar kucing bagai .. Hehehe .. Sebenarnya kan , Yana nak kongsi , kenapa kucing pilih kita ? Pernahkan bila kat kedai makan tu , tiba-tiba saja kita disapa oleh kucing yang sedang meminta makanan .. Haa , apa reaksi ampa ? Halau kucing tu atau bagi sedikit makanan tu ?

Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

Okay , sekian sahaja . Sebenarnya , entri nie bukanlah nukilan daripada hati Yana , Yana ada terbaca dan terasa nak share mengenai nie dengan kawan-kawan semua . Setiap yang berlaku bersebab . Begitu juga dengan kehadiran kucing dalam kehidupan kita . =) Selamat malam semua ..