Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Illuminate your life with ZTE Blade V7 Lite !


Hye guys . Are you looking for a new smartphone for yourself or for someone special ?? Worry no more! I'm here to help you. A brand new smartphone, ZTE Blade V7 Lite is what you need! What's so special about this phone ? Well, let me tell you all about ZTE Blade V7 Lite .


1st thing 1st , for giiirls I'm pretty sure you would love this , ZTE Blade V7 Lite is equipped with 8mp secondary camera that would definitely gives the best results ! So, for those selfie lovers out there you can take as much as selfie you want and still get the best shot! Nonetheless, what a phone without a proper space for that lovely pictures! ZTE Blade V7 Lite comes with a 16 GB internal space with TWO Sim card slots and you can include microSD card up to 128 GB! AWESOME!



Other extra features include fingerprint sensor (that would definitely keep those nosey people away), accelerometer, Android OS, v6.0 (Marshmallow) and more! It is available in silver colour that will definitely gives you that sophisticated looks



ZTE Blade V7 Lite is worth your money. So, worry no more~ ! Don't wait any longer, grab your chance now! 

Just click the link below and experience the wonder!

http://invl.co/22e


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Sebab Wajib Beli Casio Watches



Assalammualaikum . Jam tangan bukan sahaja berfungsi sebagai penunjuk masa semata-mata akan tetapi jam tangan juga merupakan salah satu aksesori untuk lelaki dan wanita . Terdapat pelbagai jenama jam tangan yang terdapat di pasaran sekarang , Casio menjadi pilihan hati Yana ..

Sebelum Yana bercerita dengan lebih lanjut , teringin Yana nak bertanya ada tak di kalangan kawan-kawan Yana merupakan penggemar nombor 1 jenama jam tangan Casio ? Di sini Yana nak berkongsi sedikit beberapa informasi mengenai Casio . Casio berasal daripada negara matahari terbit iaitu Jepun , telah ditubuhkan sejak tahun 1946 . Bermula dengan pengeluaran kalkulator dan barangan elektronik yang lain Casio kemudian mengeluarkan koleksi jam tangan khas untuk lelaki dan wanita .
Sepertimana yang kita sedia maklum , Casio masih kukuh di dalam pasaran dan koleksi
Casio watches ini boleh anda temui di serata dunia serta boleh dibeli secara online .



Di bawah adalah sebab-sebab mengapa jam tangan Casio harus anda miliki :-

  1. Koleksi jam tangan Casio ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan dan mudah berbanding jenama antarabangsa yang lain . Dalam erti kata lain , sesiapa sahaja mampu untuk memiliki jam tangan keluaran jenama ini .
  2. Casio sentiasa komited dalam penghasilan setiap koleksi jam tangan yang dihasilkan . Oleh itu , anda tidak perlu bimbang mengenai kualiti jam tangan Casio kerana ia amat tahan lasak dan berkualiti tinggi .
  3. Casio juga amat peka dengan trend terkini dan oleh itu , anda boleh menemukan aneka pilihan jam tangan dengan rekaan yang cukup menarik dan pastinya menepati citarasa anda .
  4. Jam tangan dengan pelbagai kegunaaan . Apa yang menarik , jam tangan Casio ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi berguna dan memudahkan lagi aktiviti harian anda .
  5. Evergreen ! Koleksi jam tangan Casio sememangnya evergreen dan tak lapuk dek zaman !



Menarik bukan koleksi jam tangan Casio ? Apa tunggu lagi cepat-cepat lah beli secara online di ZALORA .
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Cara Untuk Menangani Si Mulut Murai .



Hai semua .. Selamat malam .. Sebelum nak tidur tu , meh baca entri Yana sat .. Mesti ada kan di kalangan kawan-kawan Yana nie pernah berhadapan dengan orang yang tak boleh berhenti bercakap ... Suka ka ?? Sejujurnya , Yana tak suka orang macam nie ... Nak bercakap tu bagi Yana takdak masalah , tapi pastikanlah jangan melampau sangat sampai mengjengkelkan orang lain .. Yana nie tipikal orang yang tak banyak sangat bercakap .. Bila Yana rasa nak diam , sepatah kata pun Yana malas nak keluarkan . Jadi , bila ada nya hamba Allah yang macam nie tatkala Yana malas nak berbicara , dia memang mengundang pink hulk .

Bolehkah nak tangani orang yang macam nie  ? Bagaimana caranya ? Jom Yana nak kongsikan apa yang Yana taw untuk sesiapa yang sudi meluangkan masa membaca entri Yana nie ...

1. Berikan Alasan .
- Sebaik-baiknya berikan alasan supaya dapat mengakhiri sesuatu perbualan tu .. Sekiranya mampu , berikanlah alasan dengan berhemah . Walaupun pada ketika puncak kemarahan Tuhan saja yang tahu . Tolong , jaga hati dia sama .. Hehe .. Dia pun tak berniat untuk menaikkan kemarahan anda .. 

2. Tukar Topik .
- Haa , cara nie pun boleh jugaklah .. Cuba cari topik yang dia tak banyak tahu  . Jadi , dengan cara itu dapatlah anda menghentikan perbualan tu dengan sedikit demi sedikit ..

3. Ya atau Tidak .
- Hee cara nie nampak macam kejam sikit . Yana selalu buat . 10 patah dia cakap , Yana akan balas dengan "haa" / "dak" . Lama-lama dia akan diam dengan sendirinya .. Tak percaya ??? Cubalah . Hehe ..

4 . Tunjukkan Rasa Tak Berminat .
- Okay , nie pun Yana buat jugak .. Bagaimana ?? Bila dia cakap Yana akan buat tak dengar atau buat-buat tak tahu . Mula tu dia akan keep repeat la untuk tarik perhatian Yana , lama-lama dia penat , dia akan diam . Hee ..

5. Pura-pura Kesuntukkan Masa .
- Hm .. Kena drama banyak kan untuk atasi orang yang macam nie .. Nie pun salah satu caranya lah , buat satu situasi yang menampakkan anda sedang mengejar masa atau anda sedang ditunggu sesiapa . Kalau Yana kan , Yana akan bukak handphone , ambil nada dering Yana , lepas tu pura-pura ada orang call buat nampak macam sangat-sangat penting then make a move . Senangkan . =P



6.  Mula Bermain dengan Handphone .
- Salah satu cara  yang Yana selalu praktikkan juga . Yana akan menyibukkan diri dengan telefon bimbit , bila dia tanya , Yana akan tanya dia semula . Lama-lama dia akan bosan lalu ... Diam . Hee ..

7. Jujur
- Kalau anda seseorang yang suka berterus terang , maka bagitahu dia bahawa dia seorang yang sangat talkative dan anda agak rimas . Mungkin dia akan terasa tapi itu yang terbaik daripada nak kena berlakon bagai . Hehehe ..

8. Suruh Dia Berhenti .
- Dalam nada bergurau , suruh dia berhenti . Contoh , "weh , sian ang kan mesti penat dari tadi cakap tak berhenti , jom aku belanja ayaq." Contoh laa .. Ikut kreativiti masing-masing . Pastikan dia tak terasa . Bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung , tepung tak selerak , rambut tak putus.

Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam nie .. Sekiranya ada sebarang kesilapan sepanjang Yana menulis moleklah lemparkan komen yang murni dan membina di ruangan komen . Yana tahu ada yang komen dan belum sempat Yana balas . In shaa allah , Yana cuba balas secepat mungkin . Terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah jemu membaca dan memberikan komen di setiap entri Yana .. Sayang awak semua .. ♥




ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

LIRIK DENTING OST ADA APA DENGAN CINTA 2 (AADC2)




Denting yang berbunyi dari dinding kamarkuSadarkan diriku dari lamunan panjang'Kan kurasa malam kini semakin larutKu masih terjaga
Sayang, kau di manaAku ingin bersama'Kan kuputus semua untuk tepiskan rinduMungkinkah kau di sana merasa yang samaSeperti dinginku di malam ini
Rintik gerimis mengundangKekasih di malam iniKita menari dalam rindu yang indahSepi kurasa hatikuSaat ini oh sayangkuJika kau di sini Aku tenang ..


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

WANITA TAK CUKUP TIDUR CENDERUNG JADI PEMARAH



Hai .. Selamat malam semua .. Okay kali nie , Yana nak kongsi info yang wanita nie kalau dia tak cukup tidur dia akan moody keesokkan harinya .. Tak percaya ?? Jom , buat eksperimen . Hehehe .. Pada mulanya Yana sendiri pun tak sangka . Selepas dikaji , bila Yana mendapat tidur yang cukup berbanding tidur yang tak cukup keputusannya sangat berbeza . Apabila Yana tak cukup tidur memang Yana akan hangin satu badan manakala kalau cukup kerja bertimbun kat opis pun Yana buat dengan senyuman . Hee ..

Sebenarnya , Yana pun google ja info nie , untuk ketahui dengan lebih lanjut  sila teruskan membaca ..



Penyelidik dari Amerika Syarikat berkata ,

" otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari."

Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati , wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah . Namun keadaan tersebut tidak akan terjadi pada lelaki yang tidak cukup tidur .

(sumber : http://hanasuva.com/)

FAKTA: Wanita yang Kurang Tidur Akan Mengalami Sakit-Sakit Badan dan Kerap Marah.



Dr Michael Breus , seorang pakar tidur , percaya sesetengah wanita yang kurang tidur akan diserang radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur .

Tambahnya lagi , wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas .

Jadi , jelas terbuktilah dekat sini bahawa tidur  yang tidak mencukupi mempengaruhi emosi seseorang wanita . Hehe .. Jadi , wanita , nak cantik kena cukup tidur ya .. Kalau dah selalu marah-marah macam mana nak cantik ? Nanti cepat tua . Hee .. Tapi lain pula bagi orang lelaki ya , sebab Yana pernah nampak pepatah Inggeris yang berbunyi .. " a hungry man , is an angry man" .

Sekian sahaja perkongsian Yana pada malam nie , sekiranya ada sebarang kesilapan , mohon betulkan di ruangan komen dengan komen yang murni dan berhemah ya . Terima kasih . Assalammualaikum ♥
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

REVIEW: ADA APA DENGAN CINTA 2



Selamat malam semua .. Seperti yang Yana janjikan , Yana nak buat juga review pasai filem AADC 2 yang menjadi sebutan semua orang nie .. Bagi Yana , filem nie okay , daripada 5 bintang Yana bagi 4 , sebab kalau bagi 5 macam sempurna sangat . Hehe .. Persepsi pertama  Yana masa tengok filem nie okay laa ..  Lama-lama , okay , Yana rasa yang diri Yana sebahagian dalam filem tu .. Watak apa Yana pegang ?? Haruslah Cinta . Hee .. ^_^


Cerita Ada Apa Dengan Cinta nie , kalau yang mengikuti kisahnya sejak filem pertama tu mesti akan rasa teruja nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 . Begitu juga dengan Yana , memang rasa teruja tu ada . Permulaan jalan cerita yang sangat menarik bagi Yana . Di mana Cinta dan sahabat-sahabatnya kembali bersatu setelah sekian lama . Kepada yang tengok filem yang pertama mesti tau kan yang Rangga telah berhijrah ke New york dan meninggalkan Cinta di Jakarta , kemudian cerita tu berhenti dekat situ . AADC 2 merupakan sambungannya . 


AADC 2 bukan sahaja menemukan Cinta dan sahabatnya , tetapi turut menemukan dua hati yang telah terpisah selama 9 tahun . Seorang di Jakarta , manakala seorang lagi di New York . Yogyakarta , menjadi tempat pertemuan dua hati ini . Cinta ke sana atas alasan untuk bercuti manakala Rangga untuk bertemu dengan ibunya . Sesuatu yang tak dirancang kan ?? Sahabat Cinta merancang pertemuan ini semasa mereka berkunjung ke satu pameran yang sangat disukai Cinta . Di situlah pertemuan pertama Cinta dan Rangga selepas 9 tahun terpisah tanpa alasan . 

Pertemuan semula yang melahirkan bibit benci daripada Cinta kepada Rangga kerana memutuskannya tanpa sebarang alasan yang kukuh . Akan tetapi , sahabat Cinta bijak memainkan peranan masing-masing sehingga akhirnya Cinta bersetuju untuk bersemuka dengan Rangga dan secara tak langsung , menyelesaikan semua permasalahan antara mereka berdua ..

Okay , sampai sini saja lah ya .. Kalau nak ikutkan hati , daripada mula sampai habis  Yana nak cerita nie . Tapi , biarlah kamu-kamu tu pi tengok sendiri baru boleh rasa apa yang Yana rasa tadi . Secara keseluruhan Yana suka filem nie , sebab dia tak hanya berkisarkan cinta semata-mata tapi , turut memaparkan kepentingan sebuah persahabatan . Jadi , sangat sesuailah cerita nie dengan Yana since Yana nie memang tipikal perempuan yang suka benda yang sweet-sweet nie .. Hehehe .. Lepas tu berangan sorang-sorang . Apa yang Yana nak cakap , filem nie memang berbaloi untuk ditonton , sapa yang kata bosan tuu .. Ermm ,, pendapat setiap orang tak sama . Sila alami sendiri , dan bagilah feedback masing-masing .. Sebelum tu jom hayati setiap bait puisi yang Rangga tulis untuk Cinta sepanjang perjalanannya daripada New York ke Yogyarkata ..

Semua perihal diciptakan sebagai batas. 
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain. 
Hari ini membatasi besok dan kemarin. 
Besok batas hari ini dan lusa. 
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota, bilik penjara dan kantor walikota, juga rumahmu dan seluruh tempat di mana pernah ada kita.
Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta. 
Resah di dadamu dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini dipisah kata-kata. 
Begitu pula rindu, hamparan laut dalam antara pulang dan seorang petualang yang hilang. 
Seperti penjahat dan kebaikan dihalang uang dan undang-undang.
Seorang ayah membelah anak dari ibunya dan sebaliknya. 
Atau senyummu, dinding di antara aku dan ketidakwarasan. 
Persis segelas kopi tanpa gula menjauhkan mimpi dari tidur.
Apa kabar hari ini? Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.





ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

ADA APA DENGAN CINTA 2



Hai semua .. Yana bukan nak buat review AADC .. Yana cuma nak kongsi sinopsis cerita nie saja ..  Yana yakin ramai dah kan yang dah pi tengok cerita nie . Yana baru nak pi tengok esok . Memandangkan cerita nie dah agak lama . Jadi , dah sangat banyak pendapat yang Yana dengar mengenai filem nie . Tak seronok lah kan kalau setakat dengar ja  . Baik Yana pi alami sendiri , lepas tu boleh bagi pandangan Yana yang tersendiri mengenai filem nie . Hee ^_^ .

Sinopsis  Filem Ada Apa Dengan Cinta ? 2 (2016)

Filem drama Indonesia "Ada Apa Dengan Cinta ? 2 (2016) berkisarkan tentang seorang gadis cantik yang bernama Cinta . Cinta berusia 17 tahun . Cinta sangat bijak dan sangat berdikari . Hidupnya seakan sempurna . Dia memiliki keluarga yang sangat menyayanginya dan sahabat yang sentiasa ada di saat susah mahupun senang . Cinta juga sering mendapat perhatian daripada pelajar lelaki di sekolahnya . Akan tetapi , sifat berdikari yang ada pada dirinya seakan hilang dek kerana kehadiran seorang pelajar lelaki baru yang bernama Rangga yang sikapnya dingin dan sinis . Ayah Rangga memiliki latar belakang yang diketahui membahayakan pemerintah .

Sejak saat itu , maka terjadilah sebuah hal yang tak pernah dirasa Cinta sebelum ini . Secara perlahan hal tersebut telah membuat diri Cinta berubah dan akhirnya Cinta mengikut kata hatunya dan harus meninggalkan harapannya .

Hee .. Setakat nie saja ya . Esok lepas Yana pi tengok Yana update (walaupun majoriti dah pi tengok , Yana juga yang ketinggalan)
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

JENIS-JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN KEPENTINGANNYA 


Sekian lama Yana menyepi , akhirnya Yana muncul dengan tajuk yang berbaur pertahankan diri , kenapa ? Apa dah jadi dengan Yana ??? Hehehe .. Tak dak apalah .. Yana okay saja nie . Cerita dia begini , masa Yana dok ber whatsapp tadi Yana ada tersebut Silambam , kawan Yana tanya apa tu Silambam ?? Yana dengan separuh yakin menjawab Silambam tu sejenis seni mempertahankan diri kaum India . Alang-alang Yana nak bercerita mengenai Silambam , baik Yana cerita terus mengenai seni mempertahankan diri nie kan ? Jom baca .. 


(gambar sekadar hiasan)


Seperti yang biasa Yana buat , sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai seni mempertahankan diri nie , Yana  akan terangkan terlebih dahulu , apa itu seni mempertahankan diri terlebih dahulu . Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri . Seni mempertahankan diri merupakan satu kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata moden atau senjata api .

(sumber daripada : https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_bela_diri )

SILAT .




Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lalu . Seni mempertahankan diri jenis Silat ini turut diamalkan di Brunei , Indonesia , Malaysia dan Thailand . Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Sebenarnya Yana ada tertanya-tanya juga , nak belajar silat ada syarat-syarat tak ? Untuk mendapatkan jawapan tu , Yana mintak bantuan Encik Google . Okay , nie jawapan dia . 

  • orang yang iman dan akhlaknya baik .
  • tertib kepada ibadahnya dan mereka yang selalu berzikir kepada Allah .
  • harus pasrah dan tawakal dan tidak meninggi diri .
  • tidak boleh sombong dan berbuat jahat .
Secara ringkas saja taw Yana terangkan syarat-syaratnya . Nak tahu dengan lebih lanjut mohon google ya ^_^ ..

TAE KWON DO



Tae Kwon Do merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur . Ia berasal dari Korea , telah diperkenalkan di seluruh dunia Jeneral Choi Hong Hi , seorang panglima tentera  Korea Selatan . Tae Kwon Do juga merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik . Dalam bahasa Korea Tae bermaksud "tendangan atau menendang" , Kwon bermaksud "tumbukan atau menumbuk" manakala Do bermakna "cara atau seni" . Jadi Tae Kwon Do bolehlah diterjemahkan sebagai "seni menendang dan menumbuk" . Tae Kwon Do merupakan seni mempertahankan diri yang Yana minat tapi tak berkesempatan nak belajar . Dulu masa sekolah seni mempertahankan diri ini dimonopoli oleh pelajar Cina  memang susah nak nampak pelajar Melayu masuk Tae Kwon Do , Yana masa tu malu-malu sikit memang terlepaslah peluang nak belajar . T_T

KARATE



Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri Timur . Pada umumnya karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki tangan secara menyeluruh . Karate berasal daripada negara matahari terbit iaitu Jepun . Tak banyak yang Yana dapat cari mengenai Karate nie . Sekiranya ada di kalangan anda yang membaca entri Yana nie dan ada sedikit maklumat tambahan bolehlah kongsi di ruangan komen ya. Sama-sama kita belajar .. =)

SILAMBAM 



Silambam aatau Silambattam (Bahasa Tamil) atau Chilambam merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat . Gaya ini dipercayai berasal daripada Bukit Kurinji atau dikenali sebagai Kurala pada 5000 tahun dahulu di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan liar . Sama seperti Tae Kwon Do tadi , Yana juga tak berapa ada banyak maklumat mengenai Silambam , sila kongsi maklumat sekiranya ada . Hehehe .. 


KEPENTINGAN MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI .


Penting tak untuk seseorang wanita mempelajari seni mempertahankan diri ? Ya , penting untuk seseorang wanita mempelajari seni mempertahankan diri . Hal ini demikian kerana , wanita sering dianggap insan yang lemah dan sering menjadi mangsa kepada sesetengah manusia yang tidak berperikemanusiaan . Seperti yang selalu menjadi topik di media massa , wanita  sering menjadi mangsa kes jenayah , seperti rogol , cabul , rompak , peras ugut dan sebagainya . Oleh sebab inilah kaum wanita perlu mempelajari seni mempertahankan diri . Sekiranya berpeluang , Yana nak juga belajar walaupun secara tidak langsung . Sekurang-kurangnya jika sesuatu terjadi nanti tak ada lah Yana panik dan tak tahu nak buat apa . Jadi , di sini Yana sarankan ya , untuk  semua  kaum hawa agar mempelajari seni mempertahankan diri . Sekiranya anda berjalan berseorangan di luar , elakkan pergi ke tempat yang sunyi . Bawa payung panjang tu taw , sekurang-kurangnya payung tu dapat dijadikaan senjata untuk mempertahankan diri . Tahukan tempat lelaki  paling lemah kat mana ?? Kalau mampu kick tempat tu sekuat hati dan lari ke tempat umum . ^_^

Sekian sahaja perkongsian Yana hari nie . Semua nie hanyalah pendapat Yana semata-mata . Jika ada salah dan silap sepanjang penulisan entri Yana nie , Yana mohom maaf . Sebarang pendapat sangat Yana alu-alukan . Pastikan dengan berhemah ya .. Assalammualaikum . ♥





Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Lirik : Saye Katku , Cinto Katku Jaa Suzuran
  • Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana
  • Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa
  • Irama Dining Restoran Masakan Melayu Halal di Penang
  • Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

Miliki Kediaman Impian di Laman Sendayan 2 - Langkah Bijak untuk Masa Depan Keluarga.

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger