Cantik Bergaya Ala Bangsawan dengan Ningrat Shawl & Bawal Printed Keluaran Tana Hassan

22 August 2022

 Cantik Bergaya Ala Bangsawan dengan Ningrat Shawl & Bawal Printed Keluaran Tana Hassan

ASSALAMUALAIKUM WBT ♥️

Hai semua ! Ada tengok tak video Tiktok Yana baru-baru nie , dekat IG reel pun Yana ada kongsi video  cara Yana mengenakan Ningrat Shawl dan Printed Bawal daripada Tana Hassan . Jom baca │Cantik Bergaya Ala Bangsawan dengan Ningrat Shawl & Bawal Printed Keluaran Tana Hassan ♥

Pada awalnya Yana tertanya-tanya , Ningrat nie apa ? Cara Yana , bila ada satu benda yang Yana tak tahu Yana akan tanya orang . Tapi , untuk perkataan Ningrat nie Yana terus google . Hasil carian Yana di google Yana menemukan Ningrat membawa maksud golongan yang mulia , dalam erti kata lain Ningrat membawa maksud bangsawan .

Wah , teruja Yana bila dapat mengenakan shawl ala bangsawan nie . Ningrat Shawl nie keistimewaannya , ia merupakan shawl sulam . Yana perasan juga bila Yana tengok dekat Instagram macam ramai hijabis yang pakai shawl sulam . Macam cantik jer , Yana last pakai yang sulam-sulam nie pun bawal kosong itu pun masa Yana dekat bangku sekolah lagi .

Material Ningrat Shawl adalah chiffon . Senang dibentuk , mudah dipakai . Material jenis ini juga mudah digosok lepas pakai tu dia sangat flowy dia jatuh tu just nice . Orang perempuan fahamlah apa yang Yana nak cuba sampaikan nie . Ningrat Shawl nie juga sesuai digayakan dengan pelbagai jenis gaya .



Tana Hassan juga ada koleksi Bawal Printed , material bawal ini pula jenis satin . Mudah digosok , tak sampai 5 minit Yana gosok dah siap . Apa yang paling best mengenai Bawal Printed keluaran Tana Hassan nie ia sangat selesa dipakai . Nak style kan dengan pelbagai gaya juga boleh tau .




Sekiranya anda juga berminat untuk mendapatkan koleksi tudung keluaran Tana Hassan nie , boleh rujuk maklumat di bawah :

Facebook : TanaHassan

Instagram : tanahassan_

Tiktok : TanaHassan_

Read More