Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19

17 July 2021

 Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Lama juga Yana menyepi eh , Yana ketandusan idea taktau nak share apa dengan hangpa semua dekat sini . Oh ya , memandangkan nie posting personal Yana . jadi , Yana gunakan kata ganti diri hangpa ya kali nie hangpa means anda . Jom baca │Selesai Dos Pertama Vaksin untuk Mencegah Covid19 ♥


Okay , 16 Julai 2021 merupakan tarikh Yana untuk divaksin Yana mula mendaftar seawal bulan Februari . To be honest , selepas Yana daftar tu Yana pernah cancel sebab masa tu ada beberapa kes orang yang divaksin meninggal dunia . Hahaha ! Silly me . Yela , siapa saja yang tak takut . Lama juga Yana biarkan status tu as cancelled dan Yana pilih untuk tak mahu divaksin .

Nak dijadikan cerita , Yana lagi cuak bila tengok kes makin menggila naik dari angka 3000 sampai sekarang dah pun mencecah 12000 . Tambahan pula , ada beberapa kes yang agak dekat dengan Yana . Macam dekat kawasan rumah Yana , dekat tempat kerja . Ini lagi menakutkan .

Yana putuskan untuk kemaskini Mysejahtera Yana dan kali nie Yana pilih untuk divaksin . Selepas Yana update tu Yana takdak lah follow up sangat , Yana guna aplikasi Mysejahtera untuk check in tempat Yana pergi saja . Mostly tempat yang Yana kunjungi buat masa nie hanyalah tempat kerja . Yana tak berani nak ke mana-mana tanpa sebab yang memerlukan Yana pergi . Bukan takut kena kompaun , Yana takut Yana ada percentage untuk dijangkiti sebab kita tak boleh nampak virus Covid19 nie .

Yana sering jugalah scroll-scroll feed dekat Facebook dan Instagram dan ramai juga kawan-kawan Yana yang telah divaksin . Yana pula rasa tak sabar nak juga divaksin . Hari-hari Yana check Mysejahtera untuk tengok update terkini status vaksin Yana . Takdak pun khabar gembira . Ada satu hari tu Yana share status dekat Whatsapp ada one of kawan Yana tegur "eh tu dah naik nombor IC tak lama lagi dapat lah tarikh nya" .

Masin juga mulut dia sebab selepas 3 hari macam tu terus Yana dapat SMS untuk check status terkini vaksin Yana . Eh dah ada tarikh which is on 16th July 2021 dekat Dewan Millenium Kepala Batas , dekat saja dengan rumah Yana .

Yana keluar awal sikit hari tu supaya Yana tak terlambat sampai sana . Sesampainya Yana dekat sana Yana agak lost sebab takdak tunjuk arah yang jelas dan masa Yana sampai tu takdak pula siapa-siapa yang baru sampai sama dengan Yana . Selamat ada petugas RELA yang jaga so Yana  tanya mereka saja .

Proses pendaftaran berjalan dengan lancar , Yana diminta tunjuk status dekat vaksin tu dan juga kad pengenalan . Nak cakap cepat tu ada jugalah part Yana kena menunggu sampai bosan . Orang ramai sama kot . Yana diberi penerangan sekiranya Yana mengalami apa-apa gejala selepas divaksin Yana kena segera rujuk hospital . Tiba masanya Yana divaksin , sebelum Yana dicucuk nurse yang bertugas tu cakap "saya cucuk sikit ya" . Yana tak tengok pun apa dia buat Yana just tengok depan saja .

Terasa lah kesan suntikan tu tapi tak sakit sakit lagi tangan yang tercucuk pin tudung sampai terkeluar kata-kata kesat ya . Haha ! Yana memakai cardigan dan tshirt mudah kerja nurse yang nak cucuk tu . Oh ya ! Lupa pula Yana , Yana dapat vaksin jenis Sinovac . Yana sebenarnya tak kisah pun vaksin jenis apa as long as Yana divaksin dah mencukupi .

So far , Yana takdak rasa apa-apa kesan pun just selepas divaksin tu lengan Yana sakit sikit normal lah lengan sakit selepas dicucuk . Alhamdulillah rezeki Yana sebab takdak rasa sakit masa dicucuk dan takdak apa-apa simptom tak best selepas divaksin . Agaknya vaksin Sinovac nie dah jadi BFF kot dengan sistem imunisasi badan Yana nie . Heheh .

Okay , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan . Pada mereka yang dah dapat tarikh tu jangan lupa bawa kad pengenalan , pen sendiri dan hand sanitizer ya . Pada yang belum dapat tarikh tu Yana harap tak lama lagi hangpa semua akan dapat tarikh dan dipermudahkan semua urusan hangpa semua ♥
Read More

Kekal Wangi dan Segar Sepanjang Hari dengan SAFI Hijabista Bodycare

7 July 2021

 Kekal Wangi dan Segar Sepanjang Hari dengan SAFI Hijabista Bodycare

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Yana nak tanya tahu tak sekarang SAFI baru launch produk penjagaan badan mereka yang terbaru . Nak tahu apa yang menariknya dengan SAFI Hijabista Bodycare nie ?  Joma baca │Kekal Wangi dan Segar Sepanjang Hari dengan SAFI Hijabista Bodycare ♥


SAFI Hijabista Bodycare adalah rangkaian penjagaan badan yang pertama di pasar yang direka khas untuk keselesaan para Hijabista di Malaysia . Jenama ini menawarkan pelbagai fungsi dalam deodoran , losyen tangan dan badan dan juga gel losyen . 

Produk SAFI Hijabista adalah dirumuskan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk Hijabista Moden kekal yakin dan segar dan kelihatan hebat di mana sahaja mereka berada . Jenama ini juga dibuat dengan ramuan yang semula jadi untuk memelihara kulit sambil menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan .


Objektif utama mereka adalah untuk memberikan kesedaran mengenai pelancaran produk baru iaitu SAFI Hijabista Bodycare . Khusus bagi hijabista yang berusia dalam linkungan 18-35 tahun yang mengenakan pakaian yang berlapis-lapis supaya mereka kekal wangi dan segar sentiasa .

SAFI Hijabista Bodycare adalah produk penjagaan badan yang pertama dan pelbagai yang direka khas untuk hijabista . #Hijaboleh bertujuan untuk menyampaikan mesej yang hijabista tidak perlu menghadkan diri mereka untuk melakukan apa yang mereka mahu dek kerana takut akan bau badan dan peluh yang membuatkan diri mereka berasa tidak selesa .

Walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap tidak menentu mereka masoh boleh mengenakan fesyen yang mereka mahukan tanpa perlu khuatir dengan bau badan yang tidak menyenangkan , dengan SAFI Hijabista Bodycare mereka boleh tampil yakin , segar dan wangi sepanjang hari .


Safi Hijabista Bodycare baru-baru ini melancarkan rangkaian baru yang terdiri daripada Safi Hijabista Antibacterial Deodorant Roll On, Spray Deodoran Antibakteria, Losyen Gel Aqua & Soothing 
Gel, yang diformulasikan khas untuk gaya, fesyen yang sederhana supaya pemakai berasa segar, selesa dan yakin dengan bergaya sepanjang hari.

Antibacterial Deodorant Roll On , Deodoran antibakteria berfungsi sebagai perlindungan yang berkesan dengan beberapa faedah penjagaan kulit .


• Diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology
• Diuji secara dermatologi
• Perlindungan 48 jam
• Aplikator Luncur Mudah

Terdapat dalam 3 varian:

• Putih Sihat - Serbuk Aprikot & Mutiara
• Kering Segar - Aloe Vera & Timun
• Lembut & Halus - Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Tindakan:

• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Tekanan Kulit
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit


Antibacterial Deodorant Spray , Deodoran antibakteria  berfungsi sebagai perlindungan yang berkesan dengan beberapa faedah penjagaan kulit.

• Diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology
• Diuji secara dermatologi
• Perlindungan 48 jam
• Kering Sekejap

Terdapat dalam 3 varian:

• Putih Sihat - Serbuk Aprikot & Mutiara
• Kering Segar - Aloe Vera & Timun
• Lembut & Halus - Shea Butter & Almond Oil

7 Pro Tindakan:

• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Tekanan Kulit
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit


Aqua Gel Lotion , Gel ringan yang menghidrat kulit dengan faedah penjagaan kulit


• Diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology
• Diuji secara dermatologi
• Formulasi ringan yang menyegarkan
• Tidak Melekit & Penyerapan Pantas

Terdapat dalam 2 varian:

• Menenangkan Segar (Aloe Vera) - Menenangkan & Menenangkan Kulit
• Radiant Fresh (Delima) - Membaikpulih & Mencerahkan
Kulit

7 Pro Tindakan:
  • Meremajakan kulit kering
  • Mengembalikan penghidratan
  • Mengekalkan kelembutan kulit
  • Menyegarkan sensasi aqua
  • Meredakan tekanan kulit
  • Menghidupkan semula kulit
  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus

Soothing Gel , gel ringan yang menghidrat kulit dengan penggunaan pelbagai fungsi.


• Diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology
• Diuji secara dermatologi
• 100% Aktif Semulajadi
• Formulasi ringan yang menyegarkan
• Tidak Melekit & Penyerapan Pantas

Terdapat dalam 2 varian:

• 100% Aloe Vera Semulajadi - Menenangkan, Menyegarkan &
Menghidrat Kulit
• 100% Delima Asli - Menenangkan, Menyegarkan dan Mencerahkan Kulit

7 pelbagai fungsi:

• Kemerahan kulit
• Tumit retak
• Kulit gebu / mengelupas
• Kulit yang merengsa
• Selepas bercukur
• Rawatan rambut
• Pelembap badan


Berita baik buat anda semua ! SAFI sekali lagi mengadakan pertandingan Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh diadakan di seluruh negara bermula pada bulan Julai . Peserta dikehendaki menunjukkan momen mereka yang paling aktif dan yakin dalam sekeping gambar . Gambar tersebut hendaklah dikongsi di Instagram . Anda berpeluang untuk memenangi Iphone12 Home dan pelbagai lagi hadiah yang menarik !

Okay pada kali nie sekali lagi SAFI berkolabrasi dengan Tudung Ruffle . Pada kali nie ianya dengan kempen SAFI Hijabista Bodycare . 


Apa yang Yana suka sangat dengan tudung / shawl keluaran Tudung Ruffle ialah ianya mudah digayakan , selesa dipakai dan yang paling penting patuh syariah dan tidak singkat . Yana rasa itu sahaja perkongsian Yana pada kali nie .



Untuk maklumat lanjut sila layari instagram SAFI Malaysia :

Read More