Haii semua ! Okay memandangkan lately nie Yana macam terlebih rajin duk main makeup hari nie Yana nak share salah satu barang makep yang Yana beli baru-baru nie dengan Bellaz Beauty HQ .. Jom baca | Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll ♥
To be honest , Yana sendiri tak sedar sejak bila Yana obses sangat dengan barang makeup nie sebab masa sekolah dulu Yana memang tak suka makeup pun .. Tambahan pula , Yana nak makeup pun tak reti tau ..Yana start berjinak beli barang makeup yang basic dulu macam foundation , mascara , compact powder ,eyeliner ,blusher dan eyeshadow .. Sejak Yana duk follow MUA Bellaz makin lama makin banyak barang makeup yang Yana beli sebab apa yang Yana tengok Bellaz pakai Yana akan beli satu per satu tapi tak semualah ada beberapa barang yang Bellaz pakai Yana tak beli ..
Yana rasa yang paling mahal Yana beli ialah benda nie lah Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll .. Harga dia takdalah kayangan sangat sebab kalau anda semua nak tahu Bellaz nie sangat prihatin dengan semua followers dia dan dia akan jual or recommend barang-barang yang mana followers dia mampu milik sebagai contoh Seri by Bellaz nie harga dia RM79.90 tak termasuk postage sebab Yana memang beli direct dengan Bellaz Beauty HQ ..
Apa yang menarik dengan Seri by Bellaz nie dia didatangkan lengkap dengan barang untuk basic makeup seperti contouring & highlighter , blusher dua shade pink dan peach , last but not least eyeshadow ada 4 shade dua matte dan dua shimmery ..
Macam gambar dekat atas tu bahagian contouring dan highlighter mostly kita akan guna untuk shading hidung dan pipi .. Warna both nie sangat pigmanted sekali sapu pun dah nampak hasil dia ..
Ini pula bahagian blusher ada dua shade as Yana mention earlier iaitu warna pinkish dan peach .. Both pun sangat-sangat pigmanted dan warna dia sweet-sweet saja tak nampak garang and bila kita apply auto nampak muka kita sweet gitu sebab tu lah Bellaz bagi nama Seri by Bellaz bila pakai terus muka nampak berseri ..
Last but not least , bahagian terakhir bahagian eyeshadow yang terdapat empat shade iaitu dua warna matte coklat dan nude pink kalau Yana tak salah lagi dua shimmery light brown dan light pink .. Eyeshadow merupakan part yang paling Yana suka sebab bila kita apply eyeshadow terus makeup kita nampak hidup dan ada seri tau ..
Okay , Yana rasa tu saja yang Yana nak share dengan anda semua mengenai Seri by Bellaz .. Yana sangat rekemen anda beli nie sebab bila kira balik dia sangat-sangat worth it .. Semua benda dalam satu roll nie harga RM79.90 sahaja .. Opps .. Seri by Bellaz nie limited edition tau .. Yana taktau by the time anda semua baca entri nie Seri by Bellaz nie masih available atau tak .. Apa apa pun terima kasih kepada anda yang sudi baca coretan Yana pada kali nie .. Jom tengok video yang Yana dah sediakan nie ♥
Pengginapan 2 Hari 1 Malam di OZO George Town Hotel Penang
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua ! Seminggu sebelum Penang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempat juga Yana tunaikan staycation Yana yang dah lama tertangguh disebabkan Covid 19 Yana memang tak boleh nak rentas daerah apatah lagi negeri .. So , dalam entri kali nie Yana nak kongsikan dengan anda semua pengalaman Yana semasa mengginap di OZO George Town Hotel , Penang .. Jom baca │Pengginapan 2 Hari 1 Malam di OZO George Town Hotel Penang ♥
Sebelum nie Yana dah pernah ceritakan serba sedikit mengenai OZO George Town Hotel Penang di entri Majlis Media Preview di OZO George Town Penang .. Entri kali nie Yana akan banyak bercerita mengenai pengalaman Yana semasa berada di OZO George Town Hotel Penang ..
Gambar Kredit OZO George Town Penang Photo Gallery
Sebelum Yana mula kongsikan pengalaman Yana semasa berada di OZO George Town Hotel Penang terlebih dahulu Yana nak bagitahu yang OZO George Town Hotel Penang nie terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO terdapat pelbagai tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel nie .. Bagi mereka yang gemarkan food hunting terdapat beberapa cafe hipster yang boleh anda semua kunjungi semasa mengginap di OZO George Town Hotel Penang ..
Yana tiba di OZO George Town Hotel Penang lebih kurang pada pukul 3 petang .. Tempat parking sangat unik ya sebab dia macam lift sebelum nie Yana tengok orang saja naik lift tapi di OZO George Town Hotel Penang anda boleh tengok kereta naik lift dan pada masa yang sama ada tidak perlu rungsing untuk cari tempat letak kereta .. Biasalah Penang kan , kalau tak susah cari parking bukan Penang lah .. Hehehe .. Nanti boleh tengok video yang dah Yana sediakan semasa nak park kereta di OZO George Town Hotel Penang ..
Selepas semuanya selesai Yana kemudian ke tingkat 20 untuk proses check in .. Lobi hotel dekat OZO George Town Hotel Penang nie Sky Lobby ya .. Yana Rasa nie satu-satunya hotel dalam Penang yang ada lobi yang macam nie .. Sambil menunggu giliran Yana untuk check in sempat juga Yana menikmati pemandangan sekitar bandar George Town dari tingkat 20 OZO George Town Hotel Penang ..
Memandangkan Yana ke sana dengan family Yana jadi Yana kena ambil dua biliklah .. Alhamdulillah kedua-dua bilik Yana dapat view yang sangat cantik , terutama sekali permandangan pada waktu malam .. Bandar George Town dihiasi dengan cahaya lampu neon walaupun pada ketika itu lampu dekat KOMTAR berwarna merah yang menandakan Penang pada masa tu dalam zon merah .. Harap sangat Penang akan kembali hijau tak lama lagi ...
Bila Yana dah siap dengan proses check in Yana rehat sebentar dalam bilik sambil tu Yana explore bilik dan tandas .. Bilik Yana sangat-sangat selesa dan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak OZO George Town Hotel Penang adalah sangat lengkap .. Jika anda memerlukan seterika anda boleh request dekat receptionist semasa nak check in ya ..
Kemudian Yana grab camera Yana untuk Yana snap beberapa tempat menarik yang ada di kawasan hotel .. Tempat yang paling cantik dekat OZO George Town Hotel semestinya Sky Lobby dia .. Sebab dia menjanjikan permandangan 360 darjah di sekitar bandar George Town .. Cantik yer gais .. Selepas Yana selesai menjelajah kawasan lobi kemudian Yana ke ruangan makan yang diberi nama EAT , di sini anda juga boleh menikmati permandangan yang sangat menawan di sekitar bandar George Town ..
Yana last explore bahagian makan selepas tu Yana balik ke bilik sekejap sebab Yana plan pada waktu petang Yana nak lepak dekat swimming pool sambil tengok matahari terbenam .. So , Yana balik ke bilik Yana siap-siap tukar baju untuk ke swimming pool .. Swimming pool di OZO George Town Hotel Penang nie jenis infiniti .. Sambil berenang boleh layan view bandar dan view laut dekat depan tu .. Hasrat untuk Yana tunggu matahari terbenam tidak tercapai sebab Yana kesejukkan terus Yana ambil keputusan untuk terus masuk ke bilik ..
Two Bedroom Suite (OZO Family Suite)
Di OZO George Town Hotel Penang terdapat 141 buah bilik .. 67 daripadanya adalah Superior Room , 67 lagi Deluxe Room , 3 Superior Two Bedroom 2 One Bedroom Suite dan 2 Two Bedroom Suite .. Setiap bilik disediakan bantal dan tilam yang berkualiti untuk keselesaan para tetamu mengginap di OZO George Town Hotel Penang .. Selain itu , turut disediakan kemudahan wifi untuk para tetamu hotel .. Antara kemudahan lain yang turut disediakan ialah ; coffee & tea maker , hair dryer , bathroom with shower cubicle ..
Terdapat 4 ruangan di OZO George Town Hotel Penang yang diberi nama The Spot , Tone , Talk , dan Connect ..
The Spot
Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery
Tone
Talk
Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery
Connect
Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery
The Spot : reception for speedy paperless check-in with panoramic bird eye view
Tone : fitness room
Talk : meeting rooms with capacity up to 25 persons
Connect : information lecterns providing access to both destination and travel information
Selain keempat-empat tempat terdapat juga dua ruangan untuk menjamu selera iaitu EAT dan ON22 yang merupakan sky bar tapi malangnya masa Yana dekat sana ON22 belum lagi beroperasi .. In shaa allah sekiranya ada kesempatan untuk Yana mengginap di OZO George Town Hotel Penang lagi Yana akan ke sana lagi bila ON22 dah mula beroperasi ..
Waktu malam Yana semasa Yana mengginap di OZO George Town Hotel Penang , Yana plan nak try gym mereka tapi disebabkan Yana ada hal lain Yana missed untuk cuba gym mereka .. Ralat lah sikit .. Malam tu Yana ke GAMA hanya dengan berjalan kaki sebab kedudukan hotel dengan GAMA adalah walking distance sahaja ..
Keesokkan paginya aktiviti pertama Yana ialah sarapan dengan family Yana .. Yana sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan sebab rasa dia cukup lengkap dan memenuhi citarasa Yana .. To be honest , banyak juga makanan yang disediakan untuk sarapan pagi .. Ada beberapa hidangan yang Yana tak mampu rasa sebab Yana kekenyangan .. Dekat bawah nie Yana ada sediakan beberapa gambar hidangan makanan untuk sarapan pagi di OZO George Town Hotel Penang .. Yana difahamkan mereka akan tukar-tukar hidangan nie maybe masa kunjungan anda ke sana nanti hidangannya tak sama dengan yang Yana dapat ..
Selepas Yana selesai sarapan , Yana sekali lagi ke swimming pool sebab Yana belum puas berendam masa hari pertama Yana di sana .. Walaupun cuaca pagi tu agak panas tapi tak terasa sangat mungkin sebab Yana leka sangat berendam dalam swimming pool tu ..
Sejujurnya Yana sangat berpuas hati dengan staycation Yana di OZO George Town Hotel Penang .. Staf di sana sangat mesra dan helpful .. Setiap sudut di OZO George Town Hotel Penang menjanjikan permandangan yang sangat menarik .. Sepertimana yang Yana bagitau pada awal entri hotel nie sangat sesuai bagi mereka yang nak explore bandar George Town sebab dia terletak betul-betul di tengah bandar George Town banyak tempat-tempat menarik yang ada berdekatan dengan OZO George Town Hotel Penang .. Sampai sini sahajalah perkongsian Yana pada kali nie .. Terima kasih pihak OZO George Town Hotel Penang yang memberikan layanan yang sangat baik kepada Yana dan family Yana sepanjang kami berada di sana ..
untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :