Apa Nak Buat Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Apa Nak Buat Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Rajin pula eh Yana pagi-pagi buta nie update blog .. Hahaha ! Okay , Yana nak tanya selepas PKP apa plan anda semua ya ? Hm , Yana sebenarnya ada banyak plan kalau nak tahu jom baca │Apa Nak Buat Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ♥



Yana rasa kan ramai yang tahu macam mana life seorang Yana sebelum Malaysia diserang virus Covid 19 ataupun Corona .. Yana setiap minggu memang susah nak lekat dekat rumah ada saja aktiviti yang Yana akan buat antaranya ; hiking , funrun , camping , jungle trekking , food hunting dan macam-macam lagi lah ..

Kelas Renang

Benda pertama yang Yana nak selesaikan ialah kelas renang yang Yana dah daftar pada bulan Mac yang lalu .. Yana baru attended 2 kelas masih berbaki 8 kelas lagi .. Huhu 

FunRun

Kedua , mungkin funrun yang Yana dah daftar tu .. Sepatutnya diadakan pada bulan April memandangkan virus covid 19 semakin aktif jadi terpaksa ditangguhkan pada bulan June itupun kalau tak dibatalkan lah ..

Jalan-Jalan Penang

Yeahh , benda nie yang paling Yana rindu nak playing tourist dekat negeri sendiri macam-macam yang Yana nak buat .. Nak repeat The Gravityz , food hunting , staycation , hiking aaa banyak lagi lah ..

So far , yang for sure yang nie sahaja lah dulu .. Actually , Yana dengan kawan Yana ada beberapa lagi plan yang lain yang mana Yana nak rahsiakan dahulu sebab Yana takut bila Yana kecoh nanti benda nie tak jadi .. Bila Yana dah buat baru Yana akan share dengan anda semua ya ..

Itu sahaja yang Yana nak coretkan , anda semua silalah patuh  akan arahan kerajaan ya duduk rumah , jaga jarak anda .. Doakanlah semoga virus Covid 19 cepat-cepat hilang dan kita bebas nak buat semua aktiviti yang kita selalu buat sebelum virus Covid 19 serang dunia .. Staf safe everyone ! Ciaooo ♥
Author image
The Author

Lyana Ishak

0 Comments