Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part II

Haiii semua , okay Yana sambung balik ceritera Yana yang tergantung haritu .. Hm , sebenarnya masa hari pertama jumpa tu Yana ada diajak untuk sertai geng-geng #KBBA nie untuk jalan-jalan dekat Penang .. Yana join ke tak ? Jom baca │Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part II ♥




Okay , for those yang follow Yana dekat instagram and friend dengan Yana di Facebook semestinya sudah tahu sama ada Yana join ke tak geng-geng #KBBA nie pusing Penang .. Pada awalnya , Yana pilih untuk ikot mereka ke Entopia sahaja tapi lain pula jadinya .. Masa Yana duk jalan-jalan dekat Street Art Penang kononnya nak mencari mural .. Secara tak sengaja Yana ternampak geng-geng KBBA nie baru selesai lawatan dekat Ghost Museum .. Pada awalnya tu mereka pusing-pusing Penang dengan Hop On Hop Off atau lebih dikenali dengan HoHo .. Ghost Museum tu Yana dah pernah masuk sebanyak dua kali dan Yana akui Yana bukanlah seorang yang berani untuk masuk ke dalam Ghost Museum tu berkali-kali .. Melihat daripada gambar yang mereka snap dah banyak pembaharuan yang Ghost Museum buat ..





Tiket masuk ke Ghost Museum Penang : 
RM18 (MyKad) Kanak-Kanak & Warga Emas : RM8 Pelajar :RM10

Alamat : 
57 , Lebuh Melayu , Georgetown 10100 George Town , Malaysia

Okay , destinasi mereka seterusnya ke Magic World dan Ice Cafe .. Kali nie Yana ikut mereka almaklumlah dipelawa .. Heheh .. Magic World dan Ice Cafe nie terletak di Lebuh Victoria .. Nak diikutkan dekat saja jaraknya dengan Ghost Museum tu .. So , jalan kaki lah ceritanya .. Oh ya , ini merupakan kali kedua Yana datang ke sini .. Guess what ? Ya , banyak juga pembaharuan dibuat di kedua-dua tempat yang menjadi tarikan pengunjung nie .. Nak tahu apa aktiviti yang dilakukan semasa kami ada dekat sana ? Jom tengok gambar dengan video dekat bawah nie ..






Ada tarikan terbaru dekat Magic World nie sebenarnya .. Mereka turut menyediakan persembahan silap mata ada jadual dia kalau tak silap Yana nanti anda boleh refer dekat page Magic World .. Selepas selesai di Magic World kami kemudian ke Ice Cafe untuk menikmati dessert yang lazat yang telah disediakan oleh staf-staf Ice Cafe .. Harga kalau nak dilihat memang agak mahal sikit tapi percayalah cakap Yana it worth the price sebab dessert yang disediakan sedap bagi Yana dan portion tu macam besar lah jugak ♥







Tiket Masuk Magic World & Ice Cafe : * boleh refer dekat gambar bawah nie *
Alamat : 193 Lebuh Victoria , 10300 Pinang , Pulau Pinang , Malaysia 



Selepas selesai semuanya di Magic World dan Ice Cafe kami bergerak ke Old Penang Hotel ambik kereta yang disewa mereka seterusnya menuju ke Entopia by Penang Butterfly Farm ♥ Tapi , nasib tak berapa nak menyebelahi sebab Entopia dah ditutup semasa kami tiba di sana .. Jadi , mereka decide untuk ke Entopia pada keesokkan harinya .. Ermm , ada chance ka Yana nak join nie ? Haha ! Dah Entopia tutup kami decide nak cari makan perut masing-masing dah lapar .. Hm , mana nak makan ? Since Penang nie merupakan syurga makanan sampai tak tahu nak makan apa and dekat mana last sekali Kedai Nasi Kandar Deen Maju yang menjadi pilihan hati .. Yana rasa nie kali kedua kot Yana mai .. Sedap nasi kandaq Deen Maju nie kalau tak orang tak gigihlah beratur panjang berjela .. Nasib kami berlima baik sebab barisan masa tu takda lah gila-gila punya panjang and masih boleh dibawa berbincang ..





Dah selesai makan mereka pun nak balik ke hotel dan Yana sepatutnya kena balik tapiiiiiii ..... Yana tak balikkk ! Haa , Yana bermalam dengan Ayue dan Ika .. For your information , Yana hanya berbekalkan sehelai baju jalan-jalan masa tu .. Fuh , selamat mall Gama tu dekat saja boleh lah cari apa yang patut dekat situ kebetulan tengah ada sales .. Rezeki betul heee .. Dah setel shopping rehat-rehat sat kemudian diajak pula makan McD halamakkkk ! Murah giler rezeki kan =P




Keesokkan harinya , Yana bangun seawal pukul 6 pagi kot Yana kalau bab jalan-jalan memang semangat bangun awal .. Selepas semua orang dah siap kami pun bertolaklah ke Entopia tapii sebelum tu kami singgah isi tank dulu makan nasi lemak .. Dah siap  makan perjalanan pun diteruskan .. Akhirnyaaa ! Kami berjaya sampai di Entopia by Penang Butterfly Farm ..

Tatkala Yana melangkah masuk Yana sangat teruja dengan keadaan dalam Entopia .. Rama-rama berterbangan sana sini geram gila tengok tak sabar rasanya nak bergambar dengan rama-rama .. Actually , dekat Entopia nie bukan ada rama-rama saja .. Banyak lagi hidupan lain yang turut dipamerkan dekat sini .. Kalau nak tahu , anda sendiri kena datang sini .. Yana takmau bebel dah jom lah tengok gambar-gambar kami dekat Entopia ♥






Tiket Masuk Entopia :
Dewasa RM65 (standard) RM49 (MyKad)
Kanak-Kanak : RM45 (standard) RM29 (MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas) : RM45 (standard) RM29 (MyKad)

Pakej Keluarga : RM175 (standard) RM127 (MyKad)
*2 dewasa 2 kanak-kanak*

Alamat : 830 Jalan Teluk Bahang , 11050 Pinang , Pulau Pinang , Malaysia

Selesai  sudah bab Entopia perut lapar .. Again ! Mana mau makan ... Haha ! Kali nie kami makan dekat Restoran Peladang .. Ini merupakan kali pertama Yana mai sini sebab Yana walaupun duk dekat Penang Yana stay dekat mainland manakala tempat Yana selalu lepak dekat area town sahaja .. Restoran peladang nie terletak di kawasan Balik Pulau uihh jauh tu kalau Yana saja-saja nak mai .. Makanan dekat sini tak mengecewakan sedap juga dan ada banyak gila lauk-pauk yang disediakan sampai Yana tak tahulah nak makan apa ..  


Kredit Angela

kredit Mohd Saad Ahmad

Selesai makan kami pun bergerak pulang dalam perjalanan tu sempatlah singgah rumah kakak si Fareez and sempatlah juga si Ayue and Ika kidnap buah mempelam yang berjuntai-juntai dekat luar pagar rumah tu .. Dah siap sesi beramah mesra kami menuju ke Georgetown semula and mereka drop Yana dekat terminal feri sebab Yana nak kena balik ke seberang semula .. Terima kasih lah kepada Ben , Ayue , Ika and last but not least Fareez sebab sudi terima kehadiran Yana .. Haha .. To be honest  Yana enjoyed dapat jumpa all of you even though kita tak pernah kenal in person but still boleh kawan .. Ada rezeki kita jumpa lagi ♥

Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part I

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , okay hari nie Yana nak share pengalaman Yana spend time last weekend dengan blogger-blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari .. Haha , lama rasanya Yana tak taip nama nie dekat blog Yana .. Oh ya , mesti anda nak tahu kan ke mana saja kami pergi and apa kami buat ? Jom baca │Pengalaman Jalan Jalan di Pulau Pinang dengan Geng #KBBA Part I ♥




Cerita ini bermula , ketika keluar , berjalan di kota raya melihat sini sana .. Eh , eh .. Ter menyanyi pulak .. Hahaha ! Okay sebenarnya peluang Yana nak jumpa dengan founder KBBA pernah datang  sekali dulu kalau tak silap Yana masa bulan Julai sebab Ben ada event dekat sebelah Balik Pulau .. Disebabkan beberapa faktor yang takleh dielak ianya tak berlaku .. Sekali lagi peluang tu datang , bermula dengan berbalas komen dekat facebook Yana tak sangka it is for real .. Sebab before this Yana pernah janji kalau nanti mai lagi no matter what Yana akan usahakan untuk jumpa walaupun sekejap ..



Kali nie Ben tak mai Penang bersendirian dibawanya sekali anak-anak didik beliau untuk melawat Penang .. Pada awalnya Yana plan mungkin nak jumpa mereka pada hari Sabtu atau Ahad .. Masa Yana nampak gambar Ben dekat transformer tu terus Yana komen " dah sampai ka ? Duk hotel mana ?" Yana masih di ofis memang Yana tak bawa any outfit extra masa tu .. Guess what ? Ya , Yana pi jugak jumpa dengan geng KBBA selepas waktu kerja .. Baju ? Halah , mall dekat Penang banyak apa ada hal .. Cehh , berlagak gilerrr ! =P



Sekali lagi Yana nak cakap , plan Yana pada awalnya mungkin nak lepak makan-makan or what .. Tapi lain jadinya , hahah .. Yana diajak join mereka ke Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong .. Oh ya , masa first jumpa tu Yana a bit awkward .. Yelah , tak pernah pun jumpa sebelum nie tetiba pi jumpa sorang-sorang pulak tu kan .. Mula tu macam semua agak diam since Yana pun bukan pandai sangat nak mulakan perbualan apa orang tanya Yana jawab selebihnya Yana diam .. Selepas ke Avatar kami singgah dekat rumah mak saudara Ben kami dijamu dengan pasemboq Padang Kota .. Selepas tu , kami pi makan lagi dekat Gurney Drive menu kali nie Asam Laksa .. Sejujurnya , itu merupakan kali pertama Yana makan dekat situ .. Not bad lah asam laksa dia , cuma Yana bukanlah penggemar asam laksa so Yana slow sikit makan .. Selepas selesai makan , malam macam agak lewat .. Cuba teka apa pulak berlaku this time ? Yana dihantar sampai depan rumah okayyy ..Oh gosh ! Segan kot ..  Btw , terima kasihlah sebab sudi hantar sampai depan rumah Yana dengan selamat  ..







Haa , satu lagi Yana lupa nak cakap Yana ingat tu sajalah pertemuan Yana dengan mereka rupanya tidak sama sekali nak tahu what next ? Baca entri satu lagiii .. Aaaa esok kot Yana cuba try karang .. Apa-apa pun terima kasih sebab sudi baca coretan Yana pada kali nie ..

Apa yang Menarik Mengenai Kelas Renang Swimrush Academy 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Lama juga Yana menyepi .. Haha rasa malas nak menaip sejak-sejak pv Yana tak macam dulu .. Alhamdulillah malam nie Yana kuatkan semangat untuk kembali menulis seperti sebelum nie .. Yana nak share cerita menarik mengenai sebuah kelas renang nie .. Nakk tahu apa yang best ? Jom baca │Apa yang Menarik Mengenai Kelas Renang Swimrush Academy ♥


Sejujurnya , Yana merupakan seorang manusia yang langsung tak pandai berenang and lack of water confident .. Bila Yana berada dalam air yang kaki tak cecah ke dasar Yana akan mula rasa panik .. Haiz lah , nak kena belajar berenang kot baru ada confident tu .. Best lah orang Kuala Lumpur dan Selangor sebab Swimrush Academy nie terletak di sana .. Apa yang menarik mengenai Swimrush Academy nie ia merupakan kelas renang khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak .. Apa yang lagi menarik ialah anda boleh memilih kelas renang pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja .. Menarik bukan ?

Berikut merupakan senarai cawangan Swirush Academy yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor :
  • Kompleks Renang Seri Siantan , Batu Caves : Kelas Renang untuk Wanita , Kanak-Kanak & Lelaki
  • Jalan Turi Bukit bandaraya , Bangsar : Kelas Renang untuk Kanak-Kanak
  • Kompleks Sukan Desa Tasik , Cheras : Kelas Renang untuk Kanak-Kanak & Wanita
  • Sekyen 14 , Shah Alam : Kelas Berenang untuk wanita
Private Kelas Juga Disediakan : 
Sekiranya anda tidak mempunyai masa yang bersesuaian dengan jadual kelas renang , anda boleh minta kelas renang secara perbadi .. Apa yang lagi best kos pengangkutan TIDAK AKAN DIKENAKAN ! Fuuhhh , menarik nyaaa ♥




6 Sebab Kenapa Anda Kena Belajar Berenang dengan Swimrush Academy

  1. Hanya tenaga pengajar wanita yang akan mengajar kelas berenang wanita.
  2. Kelas berenang akan diajar bermula dari basic : Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly.
  3. Kelas lelaki pun ada disediakan iaitu di Cawangan Batu Caves.
  4. Tenaga pengajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang banyak.
  5. Kelas gantian juga disediakan.
  6. Memperolehi swimming cap dengan percuma.

#swimrush #surecanswimwan #kelasrenang #kelasrenangmuslimah #swimrushkl #gengkotakhitam #rm
 #rushmedia

Penggunaan Lampu Solar Salah Satu Cara 

Penjimatan yang Bijak

ASSALAMMUALAIKUM ♥

Haii semua ..  Okay hari nie Yana nak share benda yang Yana tak pernah share sebelum nie .. Anda pernah dengar mengenai lampu solar ? Tahu tak apakah kebaikkan atau manfaatnya kepada kita ? Haa , kalau anda semua nak tahu jemputlah baca entri Yana │Penggunaan Lampu Solar Salah Satu Cara Penjimatan yang Bijak ♥




Sepertimana yang kita sedia maklum terdapat beberapa kebaikkan menggunakan lampu solar nie antaranya dapat menjimatkan wang sebab kita tak perlu membayar bil elektrik , kawalan keselamatan secara semulajadi , tiada kos pemasangan , tiada penyambungan wayar , mesra alam dan mesra pengguna ,penjimatan penyelenggaraan sehingga 95% .. Selain itu , ia juga mudah alih ,anda tidak perlu untuk ON/OFF pada setiap hari , boleh ucapkan selamat tinggal kepada "blackout" dan akhir sekali ia merupakan penyelamat bumi .. Oh ya , kalau anda semua nak tahu cahaya yang dihasilkan dengan tenaga solar adalah cahaya yang bersih tanpa bahan pencemar dan menghasilkan cahaya murni kerana cahaya ini tidak panas jika dibandingkan dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang menggunakan bekalan gas/minyak elektrik ..



Salah satu lampu solar yang Yana nak rekemen ialah lampu solar keluaran CBM Green .. CBM Lampu Jalan Solar yang dilengkapi dengan radar sensor merupakan sumber cahaya LED yang menggunakan kuasa voltan rendah dengan DC .. Ia mempunyai kecekapan yang tinggi .. Perlindungan alam sekitar , jangka hayat yang panjang , tindak balas yang cepat dan indeks rendering warna yang tinggi .. Ia juga boleh digunakan secara meluas di jalan raya , penutup boleh dibuat .. Selain itu , ia juga boleh menahan suhu tinggi sehingga 135ºc , rintangan suhu rendah sehingga -45ºc

Boleh digunakan di : 
  • jalan dan jalan raya utama dan cawangan
  • kilang atau sekolah
  • taman perumahan
  • dataran bandar
  • lampu jalan utama
  • kompleks membeli belah terutama di kawasan parking
CBM Solar Light nie didatangkan dengan alat kawalan jauh nadi mudah lah kerja anda.. Sepertimana yang anda boleh lihat dekat gambar bawah nie anda boleh setup lampu solar nie secara manual ataupun auto.. Selain itu, anda boleh juga tetapkan masa yang dikehendaki.. Saiz bateri yang digunakan yang kecil tu.. Yana tak pasti actual saiz dia apa.. Sorry yer.. 



untuk maklumat lanjut mengenai produk anda boleh refer facebook page CBM Green dekat sana terdapat banyak lagi maklumat yang anda boleh perolehi dengan lebih lanjut .. Sebarang pertanyaan mengenai produk anda boleh PM page tersebut ya .. Sekian sahaja daripada Yana , terima kasih sudi luangkan masa membaca perkongsian Yana nie =) Oh ya, sebelum Yana lupa.. Sekiranya anda berminat hendak membuat pembelian harga lampu solar ini hanyalah RM196 sahaja.. 

Nikmati Hidangan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall , Bayan Lepas , Penang

Haiii semua , lama kan Yana tak bersiaran ... Almaklumlah , mood nak menulis nie ada pasang surutnya .. Okay , sepertimana yang anda semua sedia maklum Yana merupakan pencinta makanan dan gemar mencuba pelbagai jenis makanan yang HALAL lah kan .. Kalau nak tahu apa yang Yana nak share nie jom baca │Nikmati Hidangan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall , Bayan Lepas , Penang ♥



Pada 24 Ogos yang lalu Yana dan kawan Yana berkesempatan untuk mencuba hidangan dim sum yang halal di Bayan Lepas .. Agak sukar Yana nak cari makanan chinese yang halal di sekitar kawasan Penang nie ... Nasib Yana baik sebab adanya Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall Bayan Lepas , Penang .. Masa Yana mula-mula sampai sejujurnya Yana agak ragu-ragu nak masuk , serius lah kedai nie ? Nie kedai makan cina kot .. Detik hati Yana .. apa yang meyakinkan Yana untuk masuk ialah sebab Yana terlebih dahulu study tempat makan yang Yana nak pi tu memang nyata Canning Dim Sum Express nie halal ramai juga pengunjung muslim yag sering makan dekat sini ..



Kedatangan Yana dan kawan disambut baik oleh staf dekat sini, kami kemudian diberi menu untuk kami pilih apa yang kami nak makan .. Yana dan kawan Yana telah memilih beberapa menu untuk dimakan .. Anda boleh refer ganbar dekat bawah nie :


Dim Sum



Terdapat pelbagai jenis Dim Sum dengan rasa yang berlainan dijual di sini.. Semua nya ada 7 jenis Dim Sum

  1. Caviar Siew Mai
  2. Ham Siew Mai
  3. Wolfberry Mai
  4. Sesame Sharkfin Mai
  5. Teochew Mai
  6. Chicken Vege Mai
  7. Har  Mai
Yana sendiri dah rasa semua Dim Sum yang disediakan memang best rasa dia.. Harga bagi setiap Dum Sum hanya RM5.50 sahaja ada tiga ketul.. Tapi, bukan macam dalam gambar lah.. Dim Sum nie dijual ikut rasa per set bukan assorted ya.. 

Pau



Pau merupakan makanan signature dekat Canning Dim Sum Express .. Rata-rata pelanggan mereka memang menggemari pau yang disediakan dekat sini.. Gambar dekat atas adalah pau Spicy Chicken Crab Pau,  Cheesse Salami Pau dan Chicken Floss Pau.. Harga bagi setiap biji pau ialah RM3 sahaja.. Antara tiga-tiga pau nie Yana jatuh hati dengan Cheese Salami Pau.. 

5 Colours Lava Pau




Setiap warna pau nie mempunyai rasa yang berbeza.. Kesemua rasa tu bagi Yana memang nice lah especially yang warna hijau dan warna hitam memang Yana suka sangat.. Nak tau rasa pau-pau nie disebalik warna mereka? 

  • Hitam :  Black Sesame
  • Hijau : Lotus Paste
  • Putih :  Peanut 
  • Oren : Salted Egg
  • Koko : Chocolate Paste


Harga pau-pau nie RM2.80 setiap biji

Smoke Duck Roll



Ini juga merupakan salah satu favourite dish Yana dekat Canning Dim Sum nie.. Walaupun Yana bukanlah peminat itik tetapi rasa Smoke Duck Roll nie membuat Yana dah jatuh hati lah.. Harga RM8.40 sahaja.. 

Cheong Fun

Shrimp Roll - RM5
Chicken Roll - RM5
Vegetarian Roll - RM4



Sweet and Sour Beancurd Roll (RM5.50)




Spring Roll (RM5)



Fried Radish Cake (RM6.50)



Osmanthus Cake (RM6)

Ini nerupakan kali pertama Yana cuba kek yang macam nie.. Tekstur dia macam jeli.. Osmanthus kek nie bau dia wangi sangat.. Yana tak tahu nak describe macan mana bau dia tapi Yana memang sukalah rasa dia =)



Kopi (RM3.50)

Minuman yang menjadi pilihan Yana dan kawan semestinya white coffee , memang betul-betul kaw kopi nie.. Rasa dia melekat dekat tekak.. Mereka yang sangat menggemari kopi pasti akan puas hati dengan rasa kopi nie.. 



Sijil Halal JAKIM





untuk info lanjut anda bolehlah refer maklumat dekat bawah nie :

Canning Dim Sum Express @ Bayan Baru

Alamat :70-1-60, D'Piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru Bayan Lepas

016-973 8285

Waktu Operasi: 7am - 3pm (Selasa Tutup)

Facebook : Canning Dim Sum Express Bayan Lepas 
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger