Nikmati Ais Krim dengan Perisa Lain dari yang Lain Hanya di Merry Me

Nikmati Ais Krim dengan Perisa Lain dari yang Lain Hanya di Merry Me

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , okay kali nie Yana nak share satu kedai ais krim yang menyajikan perisa ais krim yang agak rare bagi Yana .. Ais krim berperisa vanilla , strawberry , coklat dan lain-lain terlalu mainstream bagi Yana .. Jadi , bila Yana ternampak dekat facebook ada nya ais krim berperisa Salted Egg Cookies and Cream , Teh Tarik , Gula Melaka , White Coffee , Kaya Toast , Royal Bandung , Dragon Fruit (seasonal) , Soursop Sorbet , Tau Sar Piah dan Tau Fu Fah .. Eh , nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Nikmati Ais Krim dengan Perisa Lain dari yang Lain Hanya di Merry Me ♥



Ini bukanlah kali pertama Yana mengunjungi outlet Merry Me sebelum nie Yana sudah pernah ke Merry Me yang terletak di Reunion Heritage House .. Semasa kunjungan Yana ke sana Yana bukan menikmati ais krim yang perisa yang rare nie .. Yana mencuba Choconanana pada waktu itu .. Choconanana nie merupakan kombinasi ais krim coklat , roti dan pisang .. Rasa memang best rasa coklat tidak terlalu manis dan tidak muak .. Surprisingly , Yana dapat habiskan walaupun portion dia agak besar .. Anda boleh refer gambar dekat bawah  nie tau ..


Entri pada kali ini Yana akan ceritakan pengalaman Yana menikmati ais krim di Merry Me yang terletak di Auto-City .. Pada awalnya , melilau jugak Yana dengan Kak Siti nak cari outlet Merry Me yang terletak di Auto-City sebab masing-masing pertama kali datang ke sini .. Percaya atau tak , Yana siap guna maps masa duk berjalan-jalan dekat Auto-City .. Yana sangkakan dia kedai yang dekat luar tu tapi dia terletak dekat kawasan yang ada khemah banyak-banyak .. Well , selepas berjalan-jalan kami akhirnya jumpa Merry Me .. Kedai Merry Me nie sangat cosy dan cantik .. So , for those yang suka ambil gambar lawa-lawa masa makan tu boleh lah consider Merry Me nie ..


Ini merupakan perisa ais krim yang available di Merry Me .. Sebelum kami berdua decide nak makan ais krim perisa apa kami terlebih dahulu nak mencuba beberapa jenis ais krim yang menjadi idaman hati .. Yana pilih untuk rasa Salted Egg Cookies and Cream , Teh Tarik dan White Coffee dan Yana telah pilih ais krim Teh Tarik dan White Coffee .. Manakala Kak Siti pulak memilih ais krim berperisa Salted Egg Cookies and Cream dan Tau Fu Fah ..


Okay while makan-makan ais krim masing-masing kami berdua ada lah exchange rasa ais krim nie .. Yana cuba ais krim Kak Siti yang berperisa Tau Fu Fah tu .. Fuhhh ! Rasa dia ya ampun punya sedap tau , bila makan adda simbol love tu dekat mata .. Hahah ! Just kidding .. Serius Yana cakap ais krim perisa Tau Fu Fah tu memang sedap gila .. Highly recommended .. Oh ya , ais krim yang Yana pilih just nice cuma rasa White Coffee tu a bit pahit .. Yana rasa for a coffee lover like me it should not be a big problem .. Bila kita dah pilih ais krim rasa coffee surely lah kan kita nak rasa coffee tu kaw right ? So , Yana memang berpuas hati dengan kedua-dua ais krim yang menjadi pilihan Yana tu ♥


Actually , anda boleh pilih sama ada nak makan ais krim nie dalam kon ataupun dalam mangkuk .. kami berdua telah memilih untuk makan dalam kon sebab nampak macam menarik sikit .. Kon dia just nice , rasa macam kuih karas .. Orang Melayu mesti tau kuih apa yang Yana cuba cakap nie .. Tapi sayang , kami berdua tak dapat habiskan kon sebab saiz nya agak besar so next time kalau Yana ke sana lagi mungkin Yana akan makan dalam mangkuk .. Perisa yang akan menjadi pilihan semestinya Tau Fu Fah dua scoops ! Oh ya , ais krim dekat sini DIJAMIN HALAL ! Jadi , anda boleh makan tanpa was-was .. =)


Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai ais krim Merry Me nie .. Yana sangat rekemen tau anda semua mencuba sendiri ais krim dekat Merry Me .. Terdapat tiga outlet Merry Me yang terdapat di Penang , anda bolehlah refer maklumat dekat bawah nie yer .. Chow adios , I'm done ♥

Merry Me at Gurney Paragon ♥


credit cheeyeong ung

Level 5, P1, Gurney Paragon Mall, 10250 George Town, Pulau Pinang
 Waktu Operasi : 10.00 am - 10.00 pm (setiap hari)

Reunion Heritage House ♥


credit myboy thailand

107, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 11.00 am - 11.00 pm (setiap hari)

Merry Me Auto-City ♥


credit jessson khor keah seng

Jalan Perusahaan Maju 9, Kawasan Perindustrian Prai Fasa 4, 13600 Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 04.30 pm - 11.30 pm (isnin tutup)

Facebook : Merry Me Ice Cream
Instagram : merryme_icecream
Author image
The Author

Lyana Ishak

2 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^