Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - Kosmetik Haji dan Umrah

18 December 2019

Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - 

Kosmetik Haji dan Umrah

ASSALAMMULAIKUM WBT ♥

Haii semua , okay kali nie entri Yana berkisarkan tentang penjagaan wajah dan Yana akan kongsikan dengan anda semua mengenai satu produk yang best yang sedang Yana gunakan sekarang iaitu pencuci wajah Suchi .. Nak tahu apa yang menarik dengan produk Suchi nie ? Jom baca │Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - Kosmetik Haji dan Umrah ♥




Hm , kalau Yana ditanya sejak bila Yana mula mengenali produk Suchi nie jujur Yana cakap baru seminggu yang lalu .. Sebelum nie , memang Yana tak pernah terbaca atau dengar mengenai produk Suchi nie .. Akan tetapi , sejak Yana mula diperkenalkan dengan produk Suchi nie Yana akui yang Yana dah mula jatuh hati dengan produk Suchi sebab bagi Yana ia merupakan pencuci muka yang selama ini Yana cari ..



Sebelum Yana ceritakan mengenai pencuci muka Suchi ini terlebih dahulu Yana nak ceritakan secara ringkas mengenai Suchi  .. Suchi merupakan produk kosmetik umrah yang sah digunakan ketika ihram , ia mempunyai lebih daripada 10 produk dan set .. Tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri ..



Okay ,  back to pencuci muka Suchi .. Hm , mungkin masih ada yang tidak tahu yang Yana bekerja di sebuah kilang di mana Yana sering terdedah dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu .. Habuk dan debu  boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kulit seperti jerawat , kulit berminyak , dan sebagainya .. Oleh sebab itu , perlunya kita untuk mencuci wajah kita dengan kerap agar wajah kita bersih dari habuk .. Pencuci muka Suchi nie sangat bagus dalam menghilangkan habuk .. Selain itu , ia juga dapat mengekalkan kelembapan wajah dan kulit semakin berseri selepas menggunakannya .. Setelah lebih kurang seminggu Yana menggunakan pencuci muka Suchi nie Yana dapati ia juga mampu untuk mengurangkan minyak yang berlebihan di wajah .. Jadi  , kulit Yana terasa lebih segar dan tidak melekit ..



Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree , Aloe Vera dan Aqua Cacteen yang dirumus khas untuk membersihkan , melembapkan dan menghidratkan kulit yang paling penting ianya bebas daripada pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram ..



Review ikhlas daripada Yana : Sejujurnya selepas menggunakan produk pencuci muka Suchi nie kulit wajah Yana akan terasa lebih segar  especially selepas Yana selesai bilas Yana rasa sangat sejuk muka Yana macam ada mint .. Disebabkan tu lah membuatkan Yana rasa kulit wajah Yana terasa segar selepas menggunakan produk muka Suchi ini ..



Cara penggunaan : letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan .. Sapu dan urut pada muka .. Kemudian , bilas sehingga bersih .. Dekat bawah nie Yana ada sediakan video ringkas cara penggunaan dan gambar sebelum , semasa dan selepas Yana menggunakan pencuci muka Suchi ..



Sekiranya anda berminat untuk mencuba pencuci muka Suchi dan ingin membuat pembelian anda boleh refer maklumat di bawah .. Terdapat pelbagai lagi produk keluaran Suchi yang anda boleh beli .. Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai pencuci muka Suchi .. Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca entri Yana nie .. Sebarang pertanyaan mengenai produk Suchi anda boleh direct ke laman web Suchi https://suchiofficial.com/ ♥




Facebook : https://www.facebook.com/suchiofficial/

Instagram : https://instagram.com/suchiofficial?igshid=1mqnbu8w1o115
Read More

Bau Badan Hilang dengan Azyma Care Clay Body Wash

9 December 2019

Bau Badan Hilang dengan Azyma Care Clay Body Wash

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Okay good news kepada mereka yang mempunyai maslah bau badan .. Yana ada cara penyelesaian dia .. Yana sendiri dah cuba dan ternyata ianya berkesan .. Nak tahu bagaimana Yana atasi masalah bau badan ? Jom baca │Bau Badan Hilang dengan Azyma Care Clay Body Wash 



Okay , seperti mana yang kita sedia maklum hampir semua antara kita tidak suka dengan kehadiran bau badan .. Sama ada ia datang dari diri kita sendiri ataupun orang lain yang pastinya bau badan akan membuat kita rasa tidak selesa .. Sekiranya bau badan itu datang dari diri kita sendiri ia akan membuatkan kita rasa tidak yakin dan segan untuk berada dekat dengan orang lain .. 

Sejujurnya Yana sendiri mempunyai masalah bau badan .. Tapi , bila kita dah tahu kita mempunyai masalah bau badan semestinya dengan sedaya upaya kita akan atasinya tak kisah lah walau apa cara sekali pun kerana masalah bau badan ini akan mengganggu tugasan harian kita .. Seperti Yana   selain dengan mandi menggunakan sabun deodarant dan perfume merupakan senjata lain untuk Yana atasi masalah bau badan ..



Okay , sekarang Yana nak tanya pernah tak anda tahu mengenai produk Azyma Care Clay Body Wash ? Haa , kalau tak pernah okay kita geng ! Tetapi , selepas Yana mula mengenali produk mandian Azyma Care Clay Body Wash nie Yana seakan serasi pula sebab bau dia yang fresh dan ia juga dapat mengatasi masalah bau badan yang Yana hadapi .. Sebagai contoh , baru-baru nie Yana ada join funrun sejauh 5 kilometer .. Jika difikir logik akal dengan jarak yang macam nie semestinya Yana akan berpeluh dan badan Yana akan ada bau yang kurang enak .. Akan tetapi , Yana silap .. Yes , badan Yana berpeluh tapi bau badan ??? Eh , mana dia pergi ? Haha ! Selalunya selepas funrun Yana mesti akan berbau sampai Yana naik segan nak tunggu lama-lama dekat sana .. Selepas Yana menggunakan Azyma Care Clay Body Wash nie alhamdulillah satu masalah Yana telah dapat atasi  ..



Hm , kalau anda nak tahu pada masa yang sama Yana turut mempunyai masalah dekat kulit badan .. Terdapat kesan melecet dan gatal pada anggota badan Yana yang mana Yana rasa tak perlu Yana sebut dekat mana .. Alhamdulillah , selepas seminggu Yana menggunakan produk Azyma Care Clay Body Wash kesan gatal itu semakin kurang dan hilang ..



Sekarang Yana nak ceritakan sedikit mengenai Azyma Care Clay Bosy Wash nie .. Produk Azyma Care Clay Body Wash adalah produk yang baik untuk menghilangkan bau badan , melembapkan kulit dan memberikan kesegaran kepada tubuh .. USP produk ini adalah tanah liat yang bermutu tinggi dan produk yang berasaskan 'natural' yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya .. Antara feedback daripada pengguna selepas menggunakan produk Azyma Care Clay Body Wash :

  1. ia berkesan untuk kulit yang mempunyai maslaah gatal-gatal dan penyakit eczema
  2. ia tidak memberikan kesan kepada kulit yang sensitif (kulit luka)
  3. ia juga boleh digunakan sebagai shampoo
  4. ia tidak memedihkan mata
  5. ia dapat menghilangkan parut-parut lama
* Namun demikian ini merupakan hasil testimoni daripada pihak pengguna manakala daripada pihak Azyma Care Clay Body Wash mereka menyatakan bahawa mereka TIDAK PERNAH mendakwa ia tidak memedihkan mata secara spesifik dan terbuka serta tidak akan melakukannya .. Ianya terserah kepada kesesuaian pengguna masing-masing *



Oh ya , Yana pasti ramai akan bertanya mengenai harga produk Azyma Care Clay Body Wash nie .. Harga sebotol Azyma Care Clay Body Wash adalah RM68 .. Sekiranya anda membuat pembelian sebanyak 2 botol harganya RM100 ..  Yes , memang ramai akan kata harga Azyma Care Clay Body Wash mahal .. Bagi Yana , produk Azyma Care Clay Body Wash nie merupakan produk yang eksklusif jadi memang tidak hairan jika harganya agak mahal ..  Selain itu , Azyma Care Clay Body Wash mengandungi tanah liat kaolin asli yang bermutu tinggi khusus untuk penjagaan kesihatan semua jenis kulit .. Disamping itu , bahan utama lain seperti ekstrak Aloe Vera , Chamomile , Cucumber dan Lavender Oil adalah natural semuanya ..



Azyma Care Clay Body Wash dikilangkan oleh kilang yang mempunyai internatonal certs dan diiktiraf oleh pengeluar produk personal care antarabangsa .. Mereka mempunyai GMP , pengiktirafan Halal Jakim ada ISO (MS Cert Malaysia) dan mendapat U.S Food and Drug Administration (US FDA) apa yang paling penting ianya disahkan halal Jakim dan didaftarkan dengan KKM (NPRA) .. Azyma Care Clay Body Wash juga tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti paraben , diethanolamin , perwarna tiruan dan lyral .. Azyma Care Clay Body Wash boleh dipakai untuk semua jenis kulit seperti super sensitif termasuk kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas , ianya lembut dan PHnya adalah neutral ..



Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai produk Azyma Care Clay Body Wash nie .. Untuk info lanjut anda boleh rujuk malumat dekat bawah :

Produk Azyma Care adalah yang terbaik dengan mengutamakan kualiti dan kesucian. Azyma Care,  Gel mandian tanah liat premium untuk anda sekeluarga.

Maklumat lanjut hubungi
 +6019 776 0647/ +603 6732 0647

atau layari

atau whatsapp terus :

https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647
https://www.wasap.my/+60197760647

Harga Azyma Care Clay Body Wash hanyalah RM68/pax (300ml)
Harga promosi RM100/2pax (sehingga stok masih ada)

Read More

Kembalikan Tona Kulit Sekata Bagaikan Kristal dari Dalam dengan Pynocare

21 November 2019

Kembalikan Tona Kulit Sekata Bagaikan Kristal dari Dalam dengan Pynocare

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Okay hari nie Yana nak share satu produk yang dapat mengembalikan tona kulit yang sekata .. Sepertimana yang kita semua alami kulit kita menjadi semakin kusam dek kerana seringkali terdedah dengan pencemaran dan cahaya matahari.. Nak tahu apa yang menarik dengan Pynocare nie ? Jom baca | Kembalikan Tona Kulit Sekata Bagaikan Kristal dari Dalam dengan Pynocare ♥ 




Sebelum Yana ulas dengan lebih lanjut mengenai Pynocare terlebih dahulu Yana nak ceritakan serba sedikit mengenai melanin .. Adakah anda semua tahu apa itu melanin ? Melanin merupakan pigmen yang terhasil daripada sel sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita .. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim .. Melanosit kmudiaanya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu .. Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi , atas bibir , hidung dan dagu ..



Apakah Punca Punca Masalah Kulit ?

Haa , untuk pengetahuan anda semua kulit menjadi lebih teruk jika terdedah kepada cahaya matahari apakah punca-punca yang lain ? Jom teruskan membaca perkongsian Yana nie :


  • Cahaya Matahari : faktor utama
  • Perubahan Hormon : kehamilan , pil kontraseptif
  • Masalah Endokrin : tiroid , ovari
  • Kosmetik yang bertoksik pada cahaya , merkuri , asid salisilik
  • Ubat ubatan yang bertoksik pada cahaya , antibiotik , ubat anti keradangan ..
Bagaimana Pynocare Membantu Masalah Ini ?

Esen untuk tona kulit yang sekata bagaikan kristal MSCC Complex Actisome meningkatkan biovailability untuk penyerapan yang lebih baik (meningkatkan manfaat) .. Selain itu , ia dapat memberi pertahanan dari radikal bebas yang menjadi pencetus utama tona kulit tidak sekata .. Pelindung UV , antioksidan juga meningkatkan pertahanan terhadap kerosakkan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV ..



Pynocare membekalkan Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis yang kaya dengan procyanidin oligoomerik dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas .. Vitamin C merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi kulit daripada UVA , UVB dan cahaya yang boleh dilihat .. Ekstrak D.Salina yang membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid , beta-karotena .. Last but not least , Vitamin E sebagai antioksidan larut lemak yang menghalang pengoksidaaan lipi  dan menghapuskan radikal bebas ..

Cara pengambilan :
2 kapsul sehari selepas makan



Okay sekian sahaja daripada Yana mengenai Pynocare .. Yana sendiri masih dalam fasa mencuba .. In shaa allah nanti Yana akan share hasilnya .. Sekiranya anda berminat nak membuat pembelian atau berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Pynocare anda boleh refer maklumat dekat bawah nie :



Read More

Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD

14 November 2019

Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , bila bercakap mengenai Pulau Jerejak mesti akan dikaitkan dengan sesuatu yang tak elok .. Yana pun tak berapa pasti kenapa , apa yang Yana tahu Pulau Jerejak dahulu merupakan tempat para banduan .. Eh jom baca │Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD


Sebelum Yana share mengenai port baru yang sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan ber OOTD tu , Yana nak kongsikan serba sedikit sejarah mengenai Pulau Jerejak .. Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau PinangMalaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar. Selain itu , while Yana duk mencari maklumat mengenai Pulau Jerejak Yana ada terbaca yang Pulau Jerejak dulunya merupakan penempatan bagi mereka yang menghidap penyakit kusta .. Erkk kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh baca dekat SINI ..







Okay stop lah mengenai sejarah tu , kalau anda nak tahu anda boleh google sendiri maklumat mengenai Pulau Jerejak nie .. Yana tahu ada beberapa rakan blogger Yana yang mempunyai pengalaman yang tak enak dengan Pulau Jerejak .. Alhamdulillah , semasa kunjungan Yana ke sana semuanya berjalan dengan lancar .. Yana dan kawan menaiki bot pada yang dijadualkan pada jam 10:30 pagi agak lama kami kena menunggu sebab sampai agak awal .. Erm , bagi Yana waiting area dia  agak poor  dan pengurusan pihak Pulau Jerejak agak tidak sistematik banyak juga yang kami berdua complaint sementara menunggu bot sampai untuk membawa kami ke Pulau Jerejak ..

Bot yang dijadualkan tiba sama seperti masa yang ditetapkan , keselamatan penumpang memang menjadi keutamaan terdapat life jacket disediakan untuk kami pakai , tapi Yana degil sebab Yana tak pakai sebab fikir ala dekat jer ... Jangan ditiru yer aksi Yana dekat atau jauh tetap kena pakai sebab malang tak berbau .. Alhamdulillah Yana dan penumpang lain selamat sampai ke Pulau Jerejak , perjalanan mengambil masa leih kurang 10-15 minit saja kot .. Bot tu tak melambung-lambung macam dekat pulau-pulau yang kita pergi snorkeling sebab takda ombak pun laut tenang jadi bot pun tenang .. 




Sesampainya kami di sana pertama sekali kami mengambil gambar lah dekat batu yang bertulis "Welcome To Jerejak Island Resort"dan dekat jeti yang berwarna macam pelangi .. Ambil gambar dekat situ pun dah cun ... Sebelahnya terdapat pondok telefon berwarna merah macam ala ala dekat London tu .. Okay , kami berdua pun discover lah apa yang menarik sangat dengan Pulau Jerejak nie .. Pada awalnya , kami berdua plan nak buat jungle trekking .. Bayaran dikenakan sebanyak RM20 kalau tak salah , anda boleh refer dekat website Pulau Jerejak yer .. Memandangkan kami hanya berdua dan baju kami tak memenuhi syarat untuk buat jungle trekking so kami just berjalan-jalan di sekitar kawasan Pulau Jerejak dan mengambil gambar lah ..




Haa , kalau anda nak tahu selain beberapa port yang dah viral dekat instagram tu ada beberapa port lain yang bagi Yana agak nice untuk OOTD nak buat photoshoot lah .. Kebetulan masa kami berada di sana kami terserempak dengan beberapa orang yang buat photoshoot konvo dekat situ .. Fuhh gigih weii , dengan jubah tengah hari panas gila kot Yana yang pakai baju nipis pun peluh bercerau okay .. Aa itulah antara kelemahan dekat Pulau Jerejak sebab cuaca memang panas since pokok tak banyak dekat sini .. 
JETI PELANGI


TANGGA KE SYURGA


BATA PELANGI


PONDOK TELEFON


BUAIAN TEPI LAUT 


Okay nie antara beberapa port yang Yana sempat ber OOTD masa dekat Jerejak hari tu .. Actually kan , banyak lagi tempat yang boleh nak OOTD memandangkan cuaca sangat panas kami berdua pun dah terasa letih jadi takda lah kami explore seluruh kawasan dekat Pulau Jerejak tu .. For those yang berminat nak bermalam ada chalet , err chalet kot Yana tak pasti lah apa dia .. Memang ada tenpat untuk bermalam disediakan Yana tak tahu keadaan bilik tu macam mana sebab Yana just ke sana untuk snap-snap gambar pada pukul 12 tengah hari macam tu kami dah naik bot untuk balik .. Oh ya , bot Yana rasa hari tu macam kerap pula ada mungkin dia ikut kalau penumpang dah ramai dia nak jer hantar .. Kos menaiki bot RM15 sahaja tak mahal pun ..

*harga tambang boat dah naik yer guys .. RM20 masa Yana pi buat kedua kalinya*
* Harga RM20 adalah untuk pergi dan balik.. *


Okay itu sahaja celoteh Yana mengenai Pulau Jerejak .. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan Yana pada kali nie .. Kalau anda semua nak tahu lebih lanjut mengenai Pulau Jerejak boleh refer website INI .. BTW , nama nama tu Yana sendiri yang bagi cuma dekat tangga tu saja yang betul tapi ditulis dalam Bahasa Inggeris .. Sekian sahaja yer , baiiiiiiii ♥♥
Read More

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II

10 November 2019

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , okay memandangkan hari nie Yana takda apa sangat nak dibuat jadi Yana putuskan untuk sambung semula episod percutian Yana di Pulau Tioman yang tergantung hari tu .. Nak tahu apa pula kisah Yana pada kali nie ? Jom baca │Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II



Pada keesokkan paginya kami bersiap takda lah awal sangat around pukul 8.00 pagi macam tu untuk sarapan di kafe Panuba Inn Resort .. Yana sangkakan sarapan kami pada pagi tu ala ala english style sebab masa tu Yana nampak makanan yang hidangkan hanyalah roti bakar bersama butter dan jem strawberry minuman pulak orange dan coffee .. Alamak , Yana tekak melayu macam mana nie ? Nak tak nak telan sajalah kan daripada nak kena menanggung rasa lapar .. Heyy , not to worries guys , selepas beberapa minit kami dihidangkan pulak dengan mee goreng basah penuh pinggan weii untuk setiap orang including dua orang budak kecik tu .. Hahaha ! Nahh , nak sangat kan makanan melayu .. My wish has been granted !



Selepas selesai sarapan , memandangkan aktiviti snorkeling kami pada pukul 2.30 petang seingat Yana lah Yana nie takda lah long term memories sangat .. Pada waktu pagi tu kami takda apa nak buat sangat sekali lagi kami bermain di pantai berhadapan dengan Panuba Inn Resort nie .. Erm , to be honest walaupun Yana suka pantai tapi Yana masih rasa insecure dengan pantai .. Tanpa life jacket Yana tak berani sangat nak bermain sampai ke tengah .. So , Yana bermain sampai  level Yana rasa secure enough sahaja .. Masa sarapan pagi , ada satu couple nie cakap sebelah sana pantai lagi nice view pun cantik .. Jadi , kami decided  untuk ke sebelah sana pula memandangkan pada hari pertama kami dah explore pantai dekat depan resort tu untuk ke sana kami kena berjalan dekat laluan yang agak hutan sikit ala ala jungle trekking gitu .. Perjalanan kami mengambil masa dalam 10 minit kot atau maybe kurang ..




Sesampainya kami di sana yes pantai sebelah sini lagi lawa  cuma according to some of us yang snorkeling dekat situ ikan kurang kalau nak dibandingkan dengan pantai dekat depan resort .. Whatever it is I dont care sebab lagi kurang creatures dalam tu lagi bagus for me sebab Yana takut tetiba ada belut lah , landak laut lah apa apa sajalah yang menggelikan dan bahaya ada dalam tu .. Hm , kalau hangpa semua nak tau Yana nie sebenarnya Thalassophobia iaitu fobia dengan laut .. Pelik kan ? Yana nie suka gila dengan laut dan pantai tapi Yana takut .. Sebenarnya benda nie Yana baru discover masa trip Yana ke Pulau Perhentian pada bulan Mac yang lepas .. Yana jadi panik bila kaki Yana tak cecah dasar dan Yana membayangkan pelbagai "what if" what if ada stingray , belut , ular , landak laut , arggghh semua benda negatif and what if Yana lemas .. Deyy , im wearing life jacket kot masa tu percentage nak lemas sangat rendah kalau Yana pandai jaga diri .. So , masa dekat Tioman rasa tu still ada cuma Yana try sedaya mungkin untuk minimumkannya .. Well , I did it !






Okay , setelah penat bermain dekat pantai .. Matahari pun dah semakin tinggi kami pun pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sambil buat lah apa yang kami nak buat while waiting untuk makan tengah hari and snorkeling time .. Yana tak terus masuk bilik Yana decided untuk jalan-jalan dekat kawasan resort tu untuk lihat kawasan sekeliling .. Memang cantik resort nie cumaaaa .. Haaa ada cuma okay , takda kedai makan , takda kedai topup yang ada cuma kedai yang resort tu punya lah sorry to say harga makanan dan barang dekat situ agak mahal bagi Yana untuk menghusnuzonkan diri ini Yana fikir mungkin disebabkan kos untuk bawa masuk barang tu ke sini mahal jadi mereka terpaksalah menjual barang-barang tersebut dengan harga agak tinggi ..

Lunch kami pada hari tu nasi putih , lauk ayam goreng , sambal belacan aaa ada lagi tapi Yana tak dapat nak recall apa .. Makanan dekat sana alhamdulillah sedap dan Yana sangat berpuas hatilah sebab boleh makan puas-puas .. Heheh .. Selesai makan Yana lepak dekat tepi pantai again sebab tulah kali terakhir Yana nak duk situ sebab keesokkan pagi pagi buta kami dah nak kena bertolak balik .. Pada jam 2.30 petang lah kalau tak salah bot untuk bawa kami snorkeling pun tiba , masing-masing dah get ready dengan goggle dan life jacket .. Alamak takda lah pic masa nak snorkeling dengan Yana , Yana lupa nak snap .. Kami dibawa snorkeling dekat Pulau Renggis , memandangkan Yana dah ada pengalaman snorkeling sebelum nie Yana dah reti nak control diri masa dalam laut kawal nafas jadi pada kali nie Yana dah kurang fobia tu dan Yana decided nak rakam creatures dalam tu melalui video .. Kali nie Yana nak buat betul-betul sebab masa dekat Perhentian Yana missed the chance .. Nak tahu dak ?  Masa pakai life jacket tu  Yana tak buttonkan bahagian bawah , selamat pemandu bot tu nampak dia tahan Yana sebelum Yana mula terjun .. Allahu , apa  bendalah Yana nie kalau dia tak nampak , then Yana terjun .. Omggg I dont know apa jadi T_T ..

Satu lagi Yana nak cerita , semasa Yana di Perhentian sebelum memulakan sesi snorkeling kami diajar cara snorkeling sebab tak semua antara kami dah ada pengalaman so we need to know how to use the goggle macam mana nak bernafas guna tu macam mana nak imbangkan badan masa snorkeling .. Alhamdulillah brader tu ajar Yana daripada zero sampailah Yana betul-betul boleh buat tanpa bantuan .. Yana rasa masa sesi pembelajaran tu dia macam bagi lebih perhatian dekat Yana sebab Yana lah manusia paling penakut masa tu .. Yana bukan mengada or saja-saja memang Yana takut sangat-sangat sebab tu pertama kali Yana snorkeling plus Yana ada Thalassophobia .. Sekarang . Yana berterima kasih sangat dekat dia .. Lain pula dekat Tioman mungkin pemandu bot tu assume kami semua dah pandai kot so dah takda sesi pembelajaran and memang terus dibawa kami ke tengah laut .. Haha , berbekalkan ilmu yang brader tu ajar Yana berjaya snorkeling dekat Tioman ..


gambar ihsan google


gambar ihsan google

Subhanallah , memang cantik laut dekat sini hidupan laut dalam tu .. Yana tak berani berada jauh daripada bot since Yana pun baru saja nak okay dengan ketakutan tu .. Yana just snorkeling dekat-dekat dengan bot kalo jadi apa apa senang sikit .. Well , masa snorkeling tu dapat lah Yana merekod sikit walaupun takda cemerlang sangat sebab phone Yana nie tak sesuai untuk rekod dalam air dia suka auto out daripada mode rekod berapa kali Yana nak kena naik turun bot ..

Selesai snorkeling di Renggis  kami kemudian dibawa ke Tekek kot untuk shopping .. This is funneh ! Kami dah basah lencun and ada some of us yang cashless nak shopping menda ? Satu boat said taknak singgah sini jadi kami ke Taman Laut , dekat Taman Laut ada tax dikenakan sebanyak RM5 .. Dekat sana Yana sambung lagi snorkeling dengan ditemani anak kepada kawan kepada kawan Yana .. Haa faham tak macam mana tu ? Hahah ! Buat-buat faham sudahlah .. Nak tahu ikan dekat lain , kami snorkeling dekat lain hampanya rasa .. Tapi tak apa sebab masa tu Yana without phone kalau nak rekod pun tak dapat .. Kiranya masa dekat sana Yana just mandi laut sajalah .. Dekat Taman Laut nie  ada kedai makan so kalau lapar or dahaga hangpa boleh lah lepak dekat kedai berdekatan Taman Laut tu , for me Yana choose nak main dekat pantai ..



Okay guyss , it's time to goooo .. Penat tak terasa sangat sebab Yana enjoyed , lagi best kalau dia bawa kami snorkeling dekat 2-3 point lagi .. Huhu , masa sampai ke resort kami terus naik bilik mandi sebab pada waktu petang Yana nak ambil gambar OOTD dekat resort tu since Yana takda proper pic masa dekat resort .. Selesai sesi OOTD kami semua layan sunset tapi agak terganggu sebab ada satu group nie duk memancing ..








Masa makan malam pun tiba .. Selesai makan malam while kawan Yana duk chit chatting dengan BFF dia  Yana layan angin malam dekat situ .. Terkenangkan how im gonna miss this place damn much .. Bila lagi Yana akan sampai .. Masa tu terasa terlalu cepat masa berlalu dan Yana masih belum bersedia to say good bye dekat Pulau Tioman .. Kami kena tidur awal malam tu sebab esok jam 5.30 kot yes kot lagi sebab Yana tak ingat .. Haha , yaa boat datang fetch kami semua  sesudah subuh gelap buta lagi guys nak kena turun jeti yang rare tu dah la gelap , tawakal sajalah .. Then kami ke jeti satu lagi untuk tunggu feri yang akan bawak kami ke Jeti Mersing ..Macam  biasa perjalanan mengambil  masa yang sangat panjang jadi Yana tidur saja all the way tu ..




Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai percutian ke Pulau Tioman pada bulan Oktober yang lalu .. Pakej kami ambil berharga RM365/person (3Hari2Malam) termasuk dua kali sarapan (last day sarapan ditapau) , dua kali lunch dan dua kali dinner ..Bilik so  far macam okay-okay sahaja cuma toilet agak poor .. View lawa , recommended ? Yes Yana rekemen this pakej dan Panuba Inn Resort nie .. Alatan untuk snorkeling kena sewa RM10 kalau Yana tak silap .. Harga nie termasuk pakej snorkeling tapi excluded Taman Laut punya cukai .. Oh ya , sebelum Yana lupa termasuk juga dengan tiket feri Jeti Mersing pergi dan balik yaa .. Ermm , kalau ada apa apa yang hangpa nak tau tapi Yana tak mention boleh DM or PM Yana .. Dekat blog Yana nie semua social media Yana ada Yana sertakan .. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca coretan Yana .. Yana ada share video dekat youtube channel Yana kalau sudi jemputlah tengok ..Next vacay ke mana ? Tunggguuuu .. Bye guysss !♥ 
Read More