Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Okay hari nie Yana sangat berbesar hati nak kongsikan dengan awak semua mengenai│Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant ..  Dah dari nama pun ada Itali semestinya makanan-makanan dekat sini berkonsepkan Itali gituuuu .. Nak tau dengan lebih lanjut ? Jemput baca sampai habis ye .. =)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Pandangan Hadapan Sebelum Memasuki Marios Italian Restaurant

Gambar di atas nie menunjukkan pandangan hadapan sebelum memasuki Marios Italian Restaurant nie .. Memang berwarna-warni dan nampak sangat ceria dari bahagian luar .. Haa , nie baru dekat luar belum lagi masuk dalam terpesona awak semua sekejap lagi ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Salah Satu Dekorasi Dekat Marios Italian Restaurant , gambar kredit : Lia Hasty

Sebelum Yana ke "watak utama" entri nie izinkan Yana berkongsi beberapa view yang berjaya memikat hati Yana dan membuat Yana terpesona dengan restoran yang berkonsepkan Itali ini ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Pintu masuk ke Mario's Italian Restaurant , gambar kredit : Lia Hasty

Ini merupakan pintu masuk ke Marios Italian Restaurant .. Yana akui restoran nie kelihatan agak mewah .. Bagi golongan yang tak berapa nak berada macam Yana nie mungkin rasa sedikit cuak nak masuk .. Tapi , jangan risau baca sampai habis ya .. Yana akan ulaskan harga makanan dekat sini .. =)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Posing Sekejap Dekat Buai Laju Laju Nie 

Sebelum Yana bawa awak semua teroka ke dalam , but 1st let me posing ! Hehee .. Menarik idea letakkan buaian dekat sini .. Dapat juga wujudkan elemen santai .. Yana suka ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Susun Atur Meja Dekat Luar

Tadaaa ! Semakin ke dalam semakin cantik lah pemandangan nie .. Sebenarnya kan , restoran nie berkonsepkan indoor dan outdoor .. Masa Yana dan beberapa rakan Yana yang lain datang ke sini pemilik restoran nie dah reserved tempat dekat dalam untuk kami sebab kami agak ramai .. Kalau yang berpasangan tu Yana sarankan pilihlah outdoor tapiiiii , kalau tak hujanlah .. Kenapa ? Jom sambung baca .. Hehehe ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Fefeling Sekejap , Cantik Betul View Pada Waktu Malam 

Jujur jawab soalan Yana nie , cantik tak view dalam gambar nie ? Hahaha .. Cantik kan ? Sebab itulah yang berpasangan Yana sarankan awak berdua pilih outdoor , so you both can enjoy the view of the night .. Sangat cantik dan memukau pandangan Yana .. ♥♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Dekat Sini Pun Cantik View Dia

Semasa perjalanan Yana ke sini Yana hairan kenapalah pemilik restoran nak kena buat restoran ini di atas bukit .. Rupanya , tatkala Yana melangkah masuk dan berada di sudut gambar ini diambil Yana dah dapat jawapan kepada soalan Yana tadi , it's totally worth it .. Pemandangan dari atas memang sangat memukau .. Jom tengok makanan yang disediakan dekat sini .. =) Finally kan ? Hehehe ..

BAKED BREAD 

CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA

Cheesy Garlic Bread & Bruschetta merupakan hidangan 1st batch yang kami terima .. Cuba teka , sedap atau tidak ? Jawapan Yana rasanya langsung TIDAK MENGECEWAKAN =) .. Selain dua hidangan ini awak boleh juga cuba Garlic Bread .. =)

SALADS

SEAFOOD SALAD ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
SEAFOOD SALAD

Okay gambar dekat atas nie nama dia Seafood Salad , dalam Seafood Salad nie ada ikan salmon rebus ,udang dan sea bass dihidangkan bersama dengan pecan , cuka oren dan raspberry .. Rasanya sedikit masam namun masih boleh diterima tekak ..

SOUPS 

CLAM CHOWDER , CREAM OF MUSHROOM & CONSOMME MARINARA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CLAM CHOWDER


review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CREAM OF MUSHROOM , gambar kredit : Lia Hasty

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CONSOMME MARINARA


Yana rasa ketiga-tiga soups nie .. Pilihan Yana ialah Consomme Marinara , Lia dan Olivia masing-masing memilih Clam Chowder manakala Ika , JasJas dan Akma memilih Cream of Mushroom .. Rasa Clam Chowder sedap bagi Yana , kenapa Yana tak pilih nie ? Sebab Yana tak berani nak ambil risiko .. Tetapi tanggapan Yana salah sama sekali , Cream of Mushroom pula sangat sesuai kepada penggemar sup cendawan kerana sup dia sangat berkrim memang puas hatilah orang kata .. Terbaikkk ! Oh ya sebelum Yana lupa Yana nak cakap yang sup nie turut dihidangkan bersama roti ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang

Inilah roti tu .. Wheat bread nie kalau tak salah Yana , hehehe tak ada dalam menu Yana rasa memang mereka akan hidangkan bersama sekiranya pelanggan ada memesan sup dekat sini .. =)

BAKED DISHES

CHICKEN LASAGNE ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Chicken Lasagne

Kalau tengok gambar saja boleh agak tak rasa dia macam mana ? Yess , sedap lah apa lagi ? Haha ! Sabar saja lah kami semua sebab sebelum kami menjamah setiap hidangan yang diberi kami kena "bagi kamera makan dulu" bau Chicken Lasagne nie sangat mengancam .. Rasa apatah lagi , recommended ! Selain Chicken Lasagne awak boleh juga cuba Beef Lasagne ataupun Vegetarian Lasagne .. =)

APPETIZERS

SMOKED SALMON & GARLIC KING PRAWN SPECIAL ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
SMOKED SALMON

Rasa Smoked Salmon nie lebih kurang sama dengan Seafood Salad sebab kedua dua hidangan ini disirami dengan balsamic .. Balsamic kalau tak salah Yana merupakan sejenis cuka .. Sedikit masam namun tetap sedap dengan cara dia tersendiri ..=)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
GARLIC KING PRAWN SPECIAL

Nama diberi ialah Garlic King Prawn Special , masa Yana rasa hidangan nie mata Yana terpejam sebentar .. Nampak tak betapa Yana menikmati hidangan sedap nie .. Kuah dia ada rasa bawang putih tapi tak terlalu kuat lah .. Orang kata just nice .. Udang dia semestinya segar uii .. Recommended !! Selain Smoked Salmon ada beberapa lagi menu untuk appetizers iaitu Fried Calamari , Cheese & Spinach Patties (V) , Veggie Wonder , Eggplant Parmigiana dan Prawn Cocktail ..

PASTA

LINGUINE AGLIO OLIO ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
LINGUINE AGLIO OLIO

The classic dish simple yet bursting with flavors .. Thin flat pasta tossed wit fresh garlic , olive oil , parmesan cheese and chili flakes .. A great dish for vegetarians or anyone who is health-conscious ..

SEAFOOD

GRILLED SALMON FILLET ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
GRILLED SALMON FILLET

Topped with an orange mustard sauce , served with mashed potatoes and seasonal vegetables .. Sebenarnya Yana nie agak cerewet kalau pasai makanan nie , sekiranya makanan ada bau kurang menyenangkan seperti hanyir Yana akan berhenti menjamah makanan tersebut tetapi rasa ikan salmon nie sedikit pun tidak hanyir malah menyelerakan .. Recommended !!

PIZZAS 

CHICKEN MASALA & PRAWN MASALA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CHICKEN MASALA PIZZA

Okay nie Pizza Chicken Masala , rasanya agak berempah dan pedas sikit .. Kalau awak tu tipikal yang tak makan pedas langsung Yana syorkan cuba Prawn Masala sebab bagi Yana Prawn Masala rasanya kurang berempah dan kurang pedas dan sangat sesuai untuk tipikal yang tak makan pedas macam Yana ..


review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
PRAWN MASALA PIZZA

Sebenarnya kedua-dua pizza nie belum lagi officially launch .. Kami diberi penghargaan untuk merasai terlebih dahulu kedua-dua pizza sebelum dijual kepada pelanggan lain .. Guess what ? Yes , we approved this ! ^_^

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
FOOD REVIEW TEAM AT MARIOS ITALIAN RESTAURANT

Sejujurnya kami semua sangat berpuas hati dengan Marios Italian Restaurant nie .. Bukan saja restorannya yang sangat selesa , cantik dan nampak ekslusif namun makanannya sangat menyelerakan dengan harga mampu milik bagi Yana agak berpatutan lah .. Untuk maklumat lanjut awak boleh layari :

Facebook : Mario's Italian Restaurant
Instagram : mariosbukitjambul
Waktu Operasi : 12-00-15.00 , 18.00-22.00
No telefon :019-472-5837
Alamat : 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong ,
11900 Penang , Malaysia .

 Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pemilik Marios Italian Restaurant kerana sudi menjemput Yana dan kawan-kawan untuk menikmati hidangan makan malam yang mewah dekat sini ..

Oh ya , awak semua boleh juga baca review Mario's Italian Restaurant di blog kawan-kawan Yana nie : -

LIA HASTY : 

MENIKMATI PERMANDANGAN INDAH SAMBIL MAKAN HIDANGAN ITALI DI MARIO'S ITALIAN RESTAURANT


IKA :

DINNER DI MARIO’S ITALIAN RESTAURANT, BUKIT JAMBUL , PENANG


AKMA :

Mario' Italian Restoran Sentiasa Menyajikan Menu Yang Menarik

JASJAS :

HAVING ITALIAN FOOD WHILE ENJOYING THE WIND AND ENJOYING BEAUTIFUL SCENERY IN PENANG? VISIT MARIOS ITALIANFOOD BUNGALOW @ LINTANG BUKIT JAMBUL, PENANG

OLIVIA :

DINNER IN BANGLOW @ MARIO'S ITALIAN RESTAURANT


Kena Singgah Sini Kedai Coklat │Georgetown Heritage Coklat & 3D Chocolate Museum in Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT

Hai semua.. Okay sepatutnya entri nie Yana update lama dah.. Tapi entah kenapa semangat blogging nie makin lama makin menipis.. Namun Yana berjaya lawan maka ter update lah entri Kena Singgah Sini Kedai Coklat │Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum in Penang
Kenapa Kena Singgah Sini |Kedai Coklat Georgetown Heritage Chocolate & 3D Chocolate Museum in Penang ? Jom baca sampai habis.. 


Georgetown Heritage Chocolate Penang .

Pada 26 Ogos yang lalu kalau tak silap Yana.. Yana dan beberapa Blogger Utara yang lain telah dijemput untuk melihat dan menikmati sendiri pengalaman berada di sebuah kedai yang hanya menjual coklat dan juga kek yang terletak di Georgetown, Penang.. Mula-mula kami semua sangat teruja kerana sebaik sahaja kami melangkah masuk pelbagai jenis coklat menghiasi setiap penjuru kedai ini dari coklat bar sampailah ke coklat yang berbentuk bulat tu.. Ada istilah dia tapi Yana tak ingat.. Hehe..




Okay gambar-gambar dekat atas nie merupakan beberapa jenis coklat yang boleh anda dapati dekat Kedai Coklat │Georgetown Heritage Chocolate .. Kalau nak ikutkan hati penggemar coklat yang tegar nie hampir semua coklat Yana nak borong sebab semua nampak mengiurkan .. Apa yang best nya mengenai kedai coklat nie pelanggan boleh merasa terlebih dahulu coklat yang mereka nak beli tu .. Bukan sebab tak sedap tapi yela takut tak kena dengan tekak kan ? Macam Yana hari tu hampir saja ter makan coklat durian tau selamat owner tu bagitau coklat tu rasa apa kalau takkkkk .. Hehehe ..

 1st 3D Chocolate Museum in Penang .

Sebenarnya kan bersebelahan dengan kedai coklat nie terdapat 1st 3D Chocolate Museum in Penang .. Dekat sin terdapat beberapa hiasan bertemakan coklat dan turut dipamerkan alatan untuk membuat coklat pada zaman dahulu .. Sepanjang kami Blogger Utara berada di 1st 3D Chocolate Museum in Penang nie kami diberi penerangan mengenai asal usul coklat , sejarahnya dan cara membuatnya dengan menggunakan peralatan yang dipamerkan dekat situ ..


Okay , Yana rasa sampai sini sahaja perkongsian Yana untuk malam nie .. Sekiranya ada penambahan apa apa nanti Yana akan olah balik entri ini tau .. Dekat bawah nie Yana ada sertakan maklumat untuk masuk ke 1st 3D Chocolate Museum in Penang ..

Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah 

ADULT (with MYKAD): RM14.00
KID (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00

TROPIKA Face Cleansing Oil Berasaskan Minyak Kelapa Dara

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Beberapa minggu yang lalu Yana ada terima satu produk untuk tanggalkan solekan dengan mudah daripada TROPIKA Face Cleansing Oil yang berasaskan minyak kelapa dara .. Okay hari nie Yana nak kongsikan beberapa infromasi mengenai Tropika Face Cleansing Oil dengan awak semua ..

review Tropika  Face Cleansing Oil  , minyak kelapa dara

Apa Itu TROPIKA Face Cleansing Oil ?

TROPIKA Face Cleansing Oil merupakan formula semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi .. Ia merupakan salah satu pencuci solekan (make up remover) yang sangat baik untuk semua jenis kulit , mencuci mminyak sebum yang berlebihan tanpa menngeringkan kulit .. Pembrsih ini dirumus khas menggunakan VCO , Licorie Root Extract dan Vitamin E  yang mempunyai fiungsi tiga dalam satu , iaitu :

i) mengeluarkan sel kulit mati di wajah 
ii) melembapkan kulit untuk kulit yang segar
iii) kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus dan memperbaiki tona kulit .. Formula khas ini selamat digunakann pada kulit sensitif juga ..

review Tropika  Face Cleansing Oil  , minyak kelapa dara


Apakah Kandungan TROPIKA Face Cleansing Oil ?

  1. MINYAK KELAPA DARA (VCO) -pelembap semula jadi yang hebat .. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfeknya membantu membersihkan  liang pori dan menghalang cela ..
  2. VITAMIN E - menjadikan kulit tampak hebat dan dapat mengurangkan garis-garis halus dan juga bintik di wajah ..
  3. EKSTRAK ROOT LICORICE- mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan penampilan gelap di bawah lingkaran mata, perubahan warna dan bintik-bintik umur. Secara tradisional digunakan untuk mencerahkan kulit ..
  4. OLIVE OIL ESTERS - bertindak sebagai ejen pembersih tambahan yang selamat digunakan di sekitar mata .. Ia menawarkan ciri anti-radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak berlebihan ..
review Tropika  Face Cleansing Oil  , minyak kelapa dara

Cara Menggunakannya 

Membersihkan dan menyihatkan kulit anda dengan tiga langkah mudah : -

  • Sapukan pada kulit kering ..Urut secara bulatan ..
  • Tambahkan sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut wajah anda ..
  • Bilas bersih dengan menggunakan air ..
Boleh digunakan ketika setiap kali anda hendak menanggalkan make up ..

Siapa yang boleh mengggunakan TROPIKA Face Cleansing Oil ?

  • sesiapa yang memakai alat solek atau tidak memakai alat solek
  • mereka yang mengambil berat mengenai kulit mereka
  • individu yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka
  • sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif 
review Tropika  Face Cleansing Oil  , minyak kelapa dara

NOTA : SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KERENGSAAN SEMASA MENGGUNAKAN PRODUK INI , SILA BERHENTI DARI MENGGUNAKANNYA !

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah layari :
laman web : www.tropikabeauty.com.my│www.tropikaskincare.my
Faceboook: www.facebook.com/TropikaskincareHQ
Instagram : www.instagram.com/tropikaskincarehq

Tampil Hebat dengan Wangian Dashing Anytime EDT 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden .. Selain berpakaian kemas dan bergaya lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling .. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi dan akan mengaplikasikannya berulang kali dalam masa sehari ..




“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” -Mr Venkat .
Memahami keprluan lelaki untuk berbaau harum sepanjang waktu , malah untuk semua aktiviti sepanjang hari , DASHING jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT ! 


DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil yang senang digunakan serta mudah di dibawa ke mana sahaja .. Bentuknya yang direka khusus untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja ..


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini ... Hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool , Active , Hattrick dan Ultimate Kick ..



1.    Cool
Haruman maskulin inni merupakan takrif dan identiti  dan daya penarik diri anda .. Haruman
menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas .. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang "cool" secara semulajadi dalam dirimu ..


2.      Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif .. Tampil yakin dan bergerak 
yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini .. Didahului dengan semarak harum
Fougere yang digaungkan dengan nota Citrus , Lavender dan Amber .. 
Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda ..


3.      Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


4.      Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.


Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  



Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!



Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.



ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
•Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian ..

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikkan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut 
tentang ENCHANTEUR,:-


Laman sesawang : www.enchanteur.com.my
Facebookk Page : www.facebook.com/EnchanteurMY.

Nikmati Keenakkan Nasi Lemak Unik di Projek Nasi Lemak Box , Padang Kota

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai semua .. Okay hari nie Yana nak cerita mengenai pengalaman Yana makan malam di Projek Nasi Lemak Box yang terletak di Padang Kota , Penang .. Erm , Projek Nasi Lemak Box nie dia terletak dekat tengah-tengah taman permainan yang ada dekat Padang Kota tu senang cerita berdekatan dengan Fort Cornwallis .. Nak tau apa yang uniknya nasi lemak dekat sini ? Jom baca sampai habis .. =)



Tapi , sebelum Yana tunjukkan keistimewaan nasi lemak dekat sini .. Yana nak tunjuk dulu view yang menarik dekat sini .. Cara dekorasi Projek Nasi Lemak Box nie berjaya mencuri perhatian Yana .. Tenang rasanya masa berada dekat sini sambil dialunkan dengan irama muzik yang romantik .. Lagi seronok kalau makan bersama yang tersayang ..





Di sinilah terletaknya Projek Nasi Lemak Box tu .. Nampak tak ada taman permainan dekat situ .. Senang sangat nak cari sebab dia terletak di tepi jalan sahaja .. Suasananya memang sangat romantik cuma masa hari Yana berkunjung ke sana ada pasar malam jadi bunyi generator dekat situ merosakkan sedikit suasana romantik tu .. Sekiranya anda nak datang ke sini Yana sarankan anda jangan datang pada hari minggu bermula Jumaat , Sabtu dan Ahad .. Tapi , kalau nak mai pun tak ada masalah cuma bising sikitlah dengan suasana pasar malam .. =)


Reserved ? Ehh , taklah .. Haa , nie merupakan salah satu dekorasi dekat sini .. Yana sendiri tanya kenapa pinggan nie diletak dekat sini walaupun belum ada pelanggan .. Jawapannya kalau pinggan nie tak ada tak nampak menarik dan kosong sangat .. Okay , Yana setuju .. =)


Tadaaa ! Inilah hidangan yang disajikan kepada Yana dan kawan Yana pada hari tu .. Nampak mengiurkan tak ? Tengok gambar pun dah cukup untuk buat anda rasa terliur kan ? Apatah lagi Yana yang berada di tempat kejadian , aroma nasi lemak nie buat Yana tak tahan rasa nak makan .. =P


Bagi minuman Yana dan kawan Yana telah memilih Volcano Bandung dan Coconut Shake dekat atas as topping diletakkan ais krim peanut butter .. Rasa dia memang terbaik , tak terlalu manis dan tak terlalu tawar .. Orang putih cakap just nice .. Jom kita tengok nasi lemak dia pula .. =)


Yana tak pilih sendiri hidangan nie , kami diberi makanan berdasarkan menu yang paling mendapat permintaan orang ramai salah satunya Nasi Lemak Ayam Goreng .. Ayam goreng dia memang besar .. Yana sendiri pun agak terkejut .. Wow , besarnya ayam dia .. Ini kawan Yana punya .. Nak tengok nasi lemak yang Yana makan ?


Inilah nasi lemak yang Yana makan .. Tengok sajalah presentation dia .. Siapa tak terliur kalau macam nie punya presentation .. Ehh , takkan yang nie saja ? Mana lauk nya ?


Nahhh ! Nasi Lemak Sotong Gergasi menjadi pilihan Yana .. Sotong dia sangat-sangat besar sampai Yana tertanya-tanya macam mana nak makan nie ? Haha ! Sotong nie perlu digunting terlebih dahulu barulah senang nak makan ..
Aroma nasi lemak nie memang sangat wangi Yana rasa tak sama macam nasi lemak yang Yana selalu makan dekat tempat lain .. Sambal ikan bilis dia memang marvelous ikan bilis dia pun rangup .. Yana difahamkan mereka mengekalkan rasa asli manis daripada bawang manakala rasa masin datang daripada ikan bilis tu dan sedikit perasa ..
Perasan tak nasi lemak dia berwarna hitam ? Okay tu sebab dia masak dengan menggunakan charcoal .. Kenapa nak bagi warna hitam ? Sebab memang warna tema mereka adalah hitam jangan risau ia selamat dimakan .. Yana diberitahu harga charcoal tak murah juga namun mereka sanggup mengambil risiko .. Good job !


Okay nie nama dia Maggie Ayam Goreng untuk hidangan nie Yana tak pasti macam mana rasa dia .. In shaa allah sedap sebab rata-rata makanan yang dihidangkan kepada Yana dan kawan Yana sedap-sedap belaka .. Haa , lagi satu Yana nak tanya .. Nampak tak pada setiap hidangan ada sambal belacan ? Yana tanya memang setiap hidangan akan ada sambal belacan kah ? Jawapannya ya , kata Wayne sebab orang tempatan suka makan pedas-pedas .. Memang agak pedas sambal belacannya , tapi pedas yang masih lagi boleh diterima .. Orang kata pedas yang buat kita rasa nak lagi dan lagi .. Hehe ..


Sebelum Yana balik sempatlah Yana ambil gambar di sekeliling Projek Nasi Lemak Box nie .. Yaa , dapur dia dalam kontena tu .. Menarik dan unik kan ? Siapa sangka dengan kontena pun boleh dijadikan kedai makan .. Cantik pula tu .. =)






Okay akhir kata daripada Yana Projek Nasi Lemak Box memang terbaik .. Masa tengah mengarang entri nie pun buat Yana rasa nak makan lagi nasi lemak tu .. Jadi , kepada anda yang berada di Penang atau yang akan melawat Penang jangan lepaskan peluang untuk cuba makan malam di Projek Nasi Lemak Box nie ya .. Harganya agak berpatutan .. Jangan risau ya ..

Waktu operasi
Isnin – Khamis : 6pm – 1am
Jumaat – Sabtu :5pm – 2am
Ahad : 5pm – 1am

Kalau nak tempah untuk katering juga boleh anda hanya perlu hubungi no +6018-393-8018 ..
Sekian sahaja daripada Yana .. Jumpa lagi nanti .. Terima kasih Wayne sebab sudi layan Yana dengan baik sekali sepanjang Yana makan dekat sana =)
Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger