Lyana Ishak

Nota Lyana - The Right Blog at The Right Time

  • HOME
  • CATEGORIES
    • HIKING
    • HOTEL
    • BEAUTY
    • TRAVEL
    • FOOD
    • SITEMAP
  • CONTACT ME
  • ABOUT ME
  • DISCLAIMER

Lirik Lagu Setiaku - Hez Hazmi

Okay hari nie Yana terasa macam nak kongsi satu lagu nie .. Yana bukanlah tipikal yang selalu dengar radio , Yana akan dengar radio bila naik kereta saja .. Kalau sesaja nak buka radio dengar carta segala bagai macam zaman sekolah dulu memang tak lah .. Yana takda masa .. So , masa naik kereta Yana terjatuh hati dengan lagu nie sebab dia catchy sangat teruslah Yana cari apa ke namanya lagu nie hehehe ..


Adakalanya ku rasa curiga 
Adakah kau di sana tidak mendustakan cinta .. Kita
Adakalanya ku sunyi kau tiada 
Seperti ku hilang arah hanya rindu yang membara

Bila kau kan menjauh
Cintaku kekal untukmu
Bila kau kan menjauh
Ku tunggu saat bertemu

Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku

Adakalanya ku rasa curiga 
Adakah kau di sana tidak mendustakan cinta .. Kita
Adakalanya ku sunyi kau tiada 
Seperti ku hilang arah hanya rindu yang membara

Bila kau kan menjauh
Cintaku kekal untukmu
Bila kau kan menjauh
Ku tunggu saat bertemu

Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku

Hanyalah dirimu , hanyalah dirimu
Aku gembira engkau ketawa 
Aku terluka engkau merana 
Itulah hidup bercinta adakala derita 
Pergilah engkau pergi 
Aku setia menanti
Kepulangan kekasihku di dalam hidupku
Hanyalah kekasihku di dalam hidupku ..


Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga 


Haiii .. Okay hari nie Yana nak  ceritakan pula mengenai pengalaman Yana semasa Yana dijemput ke Floralsense Creation baru-baru nie .. Sesampainya Yana di sana Yana ingat Floralsense Creation hanyalah sebuah kedai bunga biasa akan tetapi sangkaan Yana meleset sama sekali  .. Jom baca sampai habis untuk ketahui apa yang menarik mengenai Floralsense Creation nie ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Okay , untuk pengetahuan semua Foralsense Creation mula wujud pada tahun 2003 dan Mr B.H. Lim merupakan pengasas Floralsesnse Creation .. Floralsense Creation merupakan salah satu pereka yang terkemuka dalam Seni Gubahan .. Yana difahamkan , selepas beberapa tahun kemudian Floralsense Creation telah mempelbagaikan perkhidmatan mereka daripada Seni Gubahan sahaja kepada perkhidmatan Weddings & Events Decorations .. Floralsense Creation sekarang mempunyai beberapa buah anak syarikat yang terdiri daripada Floralsense Gallery , Floralsense Weddings & Events dan Floralsense Academy ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

FLORALSENSE GALLERY 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Perniagaan asas di Floralsense Gallery adalah dalam bentuk barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan bunga .. Di Floralsense Gallery mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan profesional seperti gubahan bunga sama ada bunga segar ataupun bunga palsu , romantic hand bouquets , bridal bouquets and corsages , susun atur bunga untuk sebarang majlis pembukaan dan banyak lagi .. Selain daripada itu , mereka turut menyediakan perkhidmatan menghantar bunga yang telah ditempah melalui pangggilan telefon ..

FLORALSENSE WEDDINGS & EVENTS


Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Floralsense Weddings & Events merupakan perniagaan baru untuk Floralsense Creation dan ia mula bertapak pada tahun 2006 .. Matlamat Floralsense Weddings & Events adalah untuk menyediakan perkhidmatan mendekorasi sesebuah majlis perkahwinan , resepsi , dan events .. Teras perniagaan Floralsense Weddings & Events adalah menyediakan perkhidmatan mendekorasi sebuah majlis perkahwinan kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan juga kepada mereka yang ingin mengadakan event functions .. Di Floralsense Wedding & Events mereka mempunyai pereka yang sangat berpengalaman yang selalu menyumbangkan idea kreatif kepada pelanggan mereka dalam penghasilan sebuah majlis perkahwinan yang diidamkan ..

FLORALSENSE ACADEMY

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Manakala di Floralsense Academy mereka ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi lebih banyak pengetahuan dan kesedaran kepada meraka yang berminat untuk meneroka bidang perkahwinan secara khususnya .. Floralsense Academy telah mengumpulkan beberapa tenaga pengajar yang profesional dan merupakan pakar perkahwinan .. Mereka juga terdiri daripada individu yang mempunyai minat dalam bidang ini dan secara sukarela ingin berkongsi pengalaman mereka dengan yang lain ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Okay , sekarang Yana nak berkongsi pengalaman Yana semasa berada di Floralsense Creation .. Sesampainya Yana di sana Yana di brief secara ringkas mengenai Floralsense Creation .. Kemudian kesemua blogger dikumpul di satu sudut dalam Floralsense Creation .. Kami kemudian  dikehendaki untuk membuat flower crown .. Hahaha !  Yana memang takda asas mengenai gubahan bunga nie . Yana kalau deal dengan bunga pun sekadar nak cantikkan gambar produk untuk jadi bahan dalam blogpost ..

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Para blogger diberikan bahan-bahan ini untuk menghasilkan satu flower crown .. Bahan-bahan tu terdiri dripada flower tape , ribbon , 2 wires and mixed flowers .. Dalam mixed flowers tu ada bunga kecil , bunga besar , roses dan daun .. Okay , kalau awak semua berada dekat tempat Yana agak-agak awak boleh tau tak nak kena buat macam mana ? Mesti buntu juga kan ? Pada mulanya kami dikehendaki untuk balut wayar tadi dengan flower tape yang diberikan dengan tujuan nak cover permukaan dawai yang tajam .. 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Hahaha ! Abaikan muka ketat Yana tu .. Pada masa nie Yana diaajarkan cara untuk balut dawai tadi .. Tenaga pengajar mereka memang sangat baik dan ramah .. Terdapat dua orang yang ajar blogger-blogger nie untuk membuat crown flower .. Kedua-dua mereka memang mengajar kami dengan sabar .. Heheh .. Maklumlah pertama kali kot memang sangat kekok ..

Sebenarnya agak mudah menghasilkan crown flower nie .. Okay Yana ceritakan langkah-langkah secara ringkas dekat bawah nie ... Sekiranya ada kelapangan Yana akan buat video untuk bagi nampak dengan lebih jelas cara nak buat crown flower nie ..

  • Langkah pertama ambil dua wayar tadi dan simpulkan kan kedua-dua wayar tersebut .. Kemudian luruskan wayar yang telah disambung tadi dengan selurus yang awak boleh buat .. Masa nak simpulkan tu bagi ada jarak lebih kurang sejengkal ya ..
  • Langkah kedua , balutkan wayar tadi dengan flower tape dari atas sampai ke bawah .. Balut dengan kemas tau ..
  • Langkah ketiga ambil bunga kecil , letakkkan lebih kurang sejengkal ke bawah .. Kemudian balut dengan flower tape .. Selesai ? Letakkan pula roses bawahnya , disusuli dengan daun dan bunga besar ..  Setiap kali awak meletakkan bunga kecil , roses , daun dan bunga besar awak mesti balut dengan flower tape untuk pastikan dia terletak elok pada dawai tadi ..
  • Langkah seterusnya ? Hahaha .. Ulangi langkah-langkah diatas sampai lah bunga habis dan jarak tinggal lebih kurang sejengkal ..
  • Akhir sekali sambungkan penghujung wayar tersebut bagi jadi bentuk bulat ... Senang saja kan ?
Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,


Gambar dekat atas nie Yana dah siap kan semua langkah yang kena buat tu dan dah bersedia untuk ulangi nya buat kali kedua .. 

Floralsense Creation Bukan Sekadar Kedai Bunga  , floralsense creation , FLORALSENSE GALLERY , FLORALSENSE WEDINGS & EVENTS , FLORALSENSE ACADEMY ,

Akhirnya kami berdua berjaya siapkan .. Senang tapi memerlukan kesabaran yang boleh tahan tinggi juga .. Kalau ada yang perasan semua gambar candid Yana banyak muka stress sebab Yana tengah fokus untuk siapkan dalam masa yang diberikan .. Yana sangat-sangat enjoyed masa menghadiri kelas dekat Floralsense Creation nie  sebab Yana ada belajar sesuatu yang sangat berguna untuk Yana .. Terima kasih Floralsense Creation kerana sudi menjemput Yana ke sana =)

Untuk keterangan lanjut mengenai Floralsense Creation nie awak bolehlah tengok profil mereka di media sosial yang Yana sertakan dekat bawah nie ya :-


Facebook : FLORALSENSE CREATION
Company websites : www.floralsense.com.my
Email : info@floralsense.com.my



Chan Brothers Doktor Kereta yang Terbaik

Haii semuaa .. Pada 19 Ogos hari tu Yana telah pergi melawat ke bengkel Chan Brothers mungkin dari luar orang akan beranggapan bahawa bengkel Chan Brothers nie sama saja dengan mana-mana bengkel yang ada .. Okay , di sini Yana nak perbetulkan persepsi awak semua .. Jom baca entri nie sampai habis dan kenali Chan Brothers dengan lebih dekat ..



Siapa Chan Brohers ?

Mereka adalah pemilik bengkel kereta yang menyediakan perkhidmatan khusus seperti tuntutan insurans , tuntutan kemalangan , pembaharuan insurans , membaiki kereta yang meliputi :

- mengetuk kereta (knocking)
- membuat lukisan semburan (spray painting)
- Servis enjin kereta ( engine servicing)

Selain daripada itu , mereka juga turut menyediakan perkhidmatan car towing dan breakdown rescue .. Yana difahamkan bahawa Chan Brothers telah mula bertapak pada 6 April 1974 sebagai sebuah bengkel kereta yang biasa yang menawarkan servis yang diperlukan oleh pemilik kereta seperti panel beating dan beberapa perkhidmatan asas untuk kereta .. Bengkel kereta Chan Brothers terletak di 130-H , Lintang Kampung Rawa 1 , Georgetown , Pulau Pinang .. Pada awalnya , Yana diberitahu bahawa Chan Brothers Panel Beating dahulunya dikenali sebagai Chan Panel Beating dan telah ditukarkan kepada syarikat sendirian berhad ..



Sepanjang Yana dan beberapa rakan blogger Yana berada di sana kami diberitahu pelbagai infomarsi yang selama nie kami tak pernah pun nak ambil tahu .. Yana berasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk melawat dan mengenali bengkel kereta Chan Brothers dengan lebih dekat .. 



Okay , basically terdapat dua jenis kemalangan yang sering berlaku iaitu kemalangan kecil dan kemalangan besar .. Kemalangan besar melibatkan kecederaan , kematian dan mangsa mungkin tidak sedarkan diri pada waktu berlakunya kemalangan tersebut .. Di sini Yana nak huraikan apa itu kemalangan kecil ,  sekiranya hal ini berlaku para pemandu awak semua dinasihati untuk "STAY CALM"dan parkir kenderaan awak di tempat yang SELAMAT .. Sekiranya kenderaan awak tidak boleh bergerak sebaiknya awak periksa keadaan kereta awak berhentikan enjin kereta dan yang paling penting SIMPAN KUNCI KERETA di dalam poket atau mana-mana tempat yang orang lain tak boleh capai .. Sekiranya pemandu lelaki mungkin awak boleh mengenal pasti apa jenis kerosakkan yang telah berlaku pada kereta awak .. Akan tetapi , malangnya kepada sesetengah pemandu wanita mungkin ada diantara mereka yang tidak dapat mengenal pasti apa kerosakkan yang telah berlaku kepada kereta mereka .. Okay , di sini bermulalah tugas Chan Brothers .. Hubungi 012-422-9999 , Yana sarankan awak hubungi nombor ini dan dapatkan pertolongan daripada mereka instead of awak biarkan runners yang hanya nak mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut ..





Yana juga diajar cara untuk menyelesaikan masalah sekiranya berlaku kemalangan kecil pada diri Yana .. Terdapat dua cara untuk meyelesaikan masalah tersebut sama ada secara cash ataupun claim .. Sekiranya awak memilih secara tunai (cash) pemilik kenderaan boleh membuat pembayaran dengan kadar segera ataupun pergi ke bengkel untuk membuat cash repair .. Sekiranya awak memilih untuk membuat insurance claim terlebih dahulu kedua-dua pemilik kenderaan haruslah membuat repot polis terlebih dahulu dan kemudian diteruskan dengan membawa kenderaan awak ke bengkel kereta yang diberi kuasa PIAM ( Persatuan Insurans Am Malaysia) untuk melakukan pembaikan tuntutan ..





Okay sekarang Yana nak kongsikan pula apa yang Chan Brothers tawarkan kepada pelanggan mereka :

  • menyediakan perkhidmatan bantuan kenderaan tang rosak 24 jam (seperti tayar pancit , kehabisan bateri dan lain-lain)
  • menyediakan perkhidmatan menunda kenderaan dan pada masa yang sama turut mengatur kemudahan kenderaan untuk pelanggan pulang ke rumah 
  • membantu pelanggan untuk membuat laporan polis 
  • menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan  tentang bagaimana cara untuk membuat tuntutan insurans 
  • memberikan jaminan selama 4 bulan kepada pelanggan selepas kereta mereka siap dibaiki 
  • mereka turut berkongsi dengan pelanggan mengenai kemajuan kereta mereka di media sosial selain itu mereka juga turut berkongsi mengenai insurans apparoval kepada pelanggan mereka supaya pelanggan mereka tahu dan nampak bahagian kereta yang ditukar dan telah dipasang 



Sebelum Yana lupa , sekiranya kenderaan awak mengalami kerosakkan segi tiga kecemasan sangat-sangat penting pada ketika itu .. Instead of awak menggunakan ranting kayu atau daun Yana sarankan awak guna segi tiga kecemasan boleh juga didapati di bengkel Chan Brothers ya .. Akhir entri ini Yana akan sertakan video pendek yang telah disediakan oleh pihak Chan Brothers harap ianya dapat membantu awak disaat awak mengalami masalah seperti dalam video tersebut ..


Okay , ini sahaja yang dapat kongsikan di entri Yana yang nie .. Sebenarnya , terdapat banyak lagi faedah yang awak semua boleh dapat sekiranya berurusan dengan Chan Brothers , bersesuaian dengan moto mereka " Chan Brothers Your Friendly Car Doctors" mereka memang sangat ramah dan Yana sendiri telah experienced it untuk maklumat lanjut mengenai Chan Brothers awak boleh ke 




Chan Brothers Facebook Page 
Chan Brothers Director's Facebook

Phone No : 012-422-9999

Jom Menangi Pelbagai Hadiah yang Bernilai RM200,000 dengan Hanya Berkunjung ke Booth Traveloka di Bukit Jalil

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Jom Menangi Hadiah yang Bernilai RM200,000 dengan Hanya Berkunjung ke Booth Traveloka di Bukit Jalil │ Hai semua , sebelum Yana ceritakan bagaimana caranya untuk memenangi hadiah yang bernilai RM200,000 tersebut terlebih dahulu Yana nak cerita sedikit kaitan antara Traveloka dan SEA GAMES 2017 (KL2017) ..

Traveloka ialah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka Indonesia untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Berasaskan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini ditubuhkan oleh beberapa orang pengamal teknologi maklumat Indonesia dengan pengalaman kerja bertahun lamanya di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat negara pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman yang mesra pengguna, perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, dan juga harga rendah setiap hari tanpa caj tersembunyi merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka, membolehkan gaya hidup mudah alih pelanggan mereka hari ini.

sumber daripada : www.kualalumpur2017.com.my



Okay , mungkin ramai yang belum tahu bahawa Traveloka merupakan salah satu penaja untuk SEA GAMES 2017 (KL2017) .. Sepertimana  yang kita sedia maklum , SEA GAMES 2017 bukanlah calang-calang sukan .. SEA GAMES 2017 melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara dan Traveloka telah berjaya menjadi salah satu penaja untuk SEA GAMES 2017 (KL2017) dan ini merupakan satu pencapaian yang hebat .. Selain daripada itu , Traveloka juga merupakan official Online Travel Partner untuk KL2017 ..

Jom kembali kepada tajuk Yana nie , Jom Menangi Pelbagai Hadiah yang Bernilai RM200,000 dengan Hanya Berkunjung ke Booth Traveloka di Bukit Jalil awak semua haruslah ke sana untuk mengetahui bagaimana cara untuk memenangi hadiah yang bernilai RM200,000 tersebut .. Yana difahamkan terdapat pelbagai pertandingan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan awak semua berkemungkinan besar untuk memenangi hadiah tersebut ..

Oh ya , pernah dengar mengenai Traveloka Livestream Page ? Haa , kalau belum pernah dengar Yana  nak bagitau dekat page nie awak boleh tengok siaran langsung Sukan Sea 2017 pada bila-bila masa asalkan awak mempunyai smart phone , laptop, tab dan lain-lain juga dengan internet yang aktif secara percuma .. Tiada sebarang langganan pun yang diperlukan untuk awak semua menonton siarang langsung Sukan Sea 2017 dekat page ini ..



Sebelum Yana lupa , Yana nak bagitau bahawa Traveloka sedang mengadakan promosi (Traveloka Promotion) tau .. Awak semua boleh mula booking tiket kapal terbang ataupun hotel bermula pada 7 hingga 31 Ogos 2017 dengan 40% diskaun .. Banyak tuuu takkan takmau kot , siapa nak bagi diskaun sebanyak tu kan ? Cepat-cepatlah book ye sebab masa semakin singkat nie ..

Okay sampai sini sahajalah perkongsian Yana ..Sekiranya awak semua nak tahu dengan lebih lanjut boleh layari laman web yang telah Yana link kan dengan perkataan yang sudah Yana bold tu .. 

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , sepertimana yang kita sedia maklum Echanteur bukanlah satu nama asing bagi peminat wangi-wangian seperti Yana .. Yana memang dah lama menggunakan produk Echanteur wangian kegemarann Yana ialah Romantic dan Enticing sebab bau untuk kedua-dua produk Echanteur nie memang serasi dengan Yana .. Sekarang Echanteur telah muncul dengan wangian Stunning jom baca sampai habis ..

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
" french inspired fine fragrance "

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya se
ekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning wangian terbaru

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
 
Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning Eau de Toilette

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning Perfumed Talcum

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning Perfumed Deo Roll On

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning Perfumed Body Lotion

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Echanteur Stunning Perfumed Deo Mist

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Set wangian Echanteur Stunning yang Mempesona


ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY. 

Okay , sampai di sini sahajalah ye penerangan mengenai Echanteur Stunning yang terbaru tu .. Sebelum tu Yana  nak tunjuk kotak cantik yang Yana terima daripada PR Echanteur .. Serius cantik Yana suka sangat .. Terima kasih ya kepada pemberi .. =)

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , Echanteur , Echanteur Stunning , Lyana Ishak , Echanteur Malaysia , wangian terbaru echanteur
Kotak yang memukau pandangan ^_^

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang .

ASSLAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii .. Sekali lagi kita bersiaran .. Hahaha ! Okay , malam nie Yana nak kongsikan salah satu tempat yang menarik di Pulau Pinang .. Yana rasa awak semua kena mai sini kalau berda di Pulau Pinang .. Straits Quay , yaa kalau teringin nak rasa suasana yang mewah tanpa perlu bayar mahal-mahal .. Sinilah tempatnya ..

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,
view hadapan Straits Quay

Sejujurnnya lah kan , Yana pun baru sedari akan kewujudan tempat nie bila Yana keluar dengan Kak SYM dan Cik Timm dulu .. Kalau Kak SYM tak bawa Yana ke sini , rasanya lah kan sampai sekarang Yana tak tahu yang tempat cantik macam nie ada dekat Pulau Pinang .. Pertama kali Yana masuk memang Yana sangat impress dengan suasana dalam nie .. Terasa diri ini bagai berada di suatu tempat out of Penang .. Mesti ada yang tertanya-tanya Straits Quay nie sebenarnya tempat apa eh ? Apa yang dapat Yana katakan dekat sini Straits Quay merupakan tempat membeli-belah , beriadah , menjamu selera sambil ditiup lembut bayu laut .. Haa gituuu ...

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,
bot bot yang memukau pandangan mata Yana


Bagi Yana lah kan ini merupakan tarikan utama Straits Quay nie .. Siapa yang terpegun bila melihat bot-bot mewah yang tersusun depan mata .. Teringin Yana nak masuk dalam tu tapi apakan daya Yana tak berdaya nak masuk .. Yana dah cuba kenyit-kenyit mata dengan pakcik orang putih tu tapi dia bo layan .. Hahaha ! Jom Yana belanja lagi view bot-bot dekat sini ..

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,

Haa pakcik nie lah yang Yana kenyit-kenyit tu tapi dia tak layan .. Haha ! Walaupun ada yang untuk dijual , namun Yana hanya mampu memandang dari jauh saja .. Nak minta sebagai hantaran boleh tak ? Siapa sanggup nak bagi ? Hee .. =P

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,

Kasihan tak tengok budak tu ? Dia hanya mampu tengok saja tu .. Okay , memang cantik sangat view dekat sini tau .. Tapi , cuaca agak panas masa Yana mai sini .. Gambar yang dihasilkan memang cantik bila ada pengcahayaan yang mencukupi ditambahkan pula hasil snap daripada kamera Kak SYM yang mahal tu .. 

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,
"beware of cyclist"

Haa , sebab tu tadi Yana cakap Straits Quay juga merupakan tempat beriadah .. Boleh berbasikal dekat sini .. Tapi , yang tak berbasikal tu mohon berhati-hati ya bila berada dekat sini .. =)

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,
"dogs must be on leash"

Oh ya , berhati-hati juga dengan yang ini kepada yang beragama Islam .. Tapi , memang anjing memang diikat kalau dibawa bersiar-siar dekat sini .. Masa Yana ada dekat sana terpaut Yana dengan seekor anjing nie , comel gila kot kalau memang boleh pegang dah lama Yana pi bergambar dengan dia .. Hehehe .. =P

Salah Satu Tempat yang Wajib Dilawati Apabila Berada di Pulau Pinang , pulau pinang , tempat menarik di pulau pinang , straits quay ,
Yana dan Cik Timm

Last but not least nie merupakan salah satu spot yang menarik untuk bergambar tapi Yana gagal memanfaatkannya .. Hahaha .. Sorry , malam nie mood nak menulis tu kurang ada .. Penyampaian pun macam failed saja nie .. Yana harap yang baca nie tak rasa muak ye .. In shaa allah Yana akan perbaiki lagi skill menulis Yana =) Assalammualaikum ..



Program Kembara Jom Jimat Elektrik

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Tutorial Gambar Glitter

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua orang .. Hehehe .. Hari tu viral kan gambar pelangi tu .. Berwarna-warni timeline Facebook dan feed dekat Instagram Yana masa tu .. Okay , sekarang ramai juga yang tertanya-tanya macam mana nak buat gambar glitter-glitter yang siap boleh letak link media sosial tu .. Jom lah Yana ajarkan , jangan suruh Yana buat ye .. Yana tak larat hehehe .. =P


Okay nie lah gambar glitter yang Yana maksudkan tu ..Cantik kan ? Tapi , yang nie bukan hasil tangan Yana .. Mommy Irra Irrayan yang buatkan untuk Yana nie .. Kalau hampa berani pi lah suruh dia buatkan untuk hampa hehehe .. =P

Sebenarnya , cara nak buat gambar nie lebih senang berbanding dengan gambar pelangi dulu .. Sebab untuk menghasilkan gambar nie aplikasi Picsart sahaja yang diperlukan ..


Okay , kepada sesiapa yang tak kenal mana satu aplikasi Picsart tu yang berwarna ungu dan biru tu ada ikon P dekat situ itulah Picsart .. Kalau belum ada aplikasi nie Yana mohon hampa pi install dulu .. Dekat mana ? Playstore of course .. Hehehe .. 


Kalau dah install jom Yana ajarkan step yang seterusnya ... Buka aplikasi Picsart , lepas tu  dia akan jadi macam nie .. Okay , sila tekan ikon + tu .. 


Kemudian , nampak kan perkataan "EDIT" dekat situ ? Sila tekan situ .. Kemudian dia akan suruh pilih gambar yang hendak di edit .. Oh ya , sebelum tu Yana nak suruh hampa download satu gambar putih kosong dekat Google pun ada .. Just taip "white background" nanti dia akan muncul lah .. Pilih putih kosong yang sebaiknya ye ..


Pilih gambar berlatarkan putih tu terlebih dahulu .. Add kan dalam Picsart tadi .. Kemudian boleh pilih frame yang sama macam dalam gambar Yana kat atas tu .. Dekat mana ? Nampak tak perkataan "FRAME" kat bawah tu ? Okay , tekan situ ye kawan-kawan .. =)


Frame tersebut letak nya di bahagian "BIRTHDAY" pilih situ ye kawan-kawan sekalian .. Nampak tak ada banyak dekat situ ? Sila pilih yang bulat tu sebab nak bagi sama macam Yana kan ? Kalau nak cuba yang lain pun boleh .. Ikut kreativiti masing-masinglah ..  Yana tak kisah .. Hehe .. =)


Nanti dia akan jadi macam nie tau .. Lepas tu tekan tanda ✔ dekat atas tu .. Maka akan jadi macam dekat gambar bawah nie ye ..


Langkah seterusnya sila tambah gambar nampak "ADD PHOTO" ? Okay , sila tekan situ ye .. =)


Pilihlah gambar hampa yang paling cantik untuk di edit tu .. Macam mana nak crop bagi omey-omey saja bila duduk dalam bulatan tu ? Nampak bentuk pemadam dekat atas sekali tu ? Okay ,tekan situ .. Lepas tu hampa padamlah part mana yang hampa tak mau .. 


Okay , bila dah siap padam dia akan jadi macam nie .. Padam lah border yang tak mau tu .. Bagi nampak cun saja lekukan nya tu macam muat-muat saja dengan bulatan tu .. Nampak kan nama "Lyana" dekat atas tu ? Caranya ? Pergi dekat "TEXT" bawah tu .. Masukkan nama yang hampa nak .. Pilihlah tulisan yang hampa nak .. 


Nampak ada macam-macam jenis tulisan dekat situ .. Pilihlah mana yang hampa rasa cantik .. Kalau hampa nak letak details macam yang buat tu hampa bolehlah tambah satu persatu .. Jangan buat semua sekali tak cantik jadinya nanti .. 

 www.lyanaishak.com
fb.me/lyanaishak
instagr.am/lyanaishak
twitter.com/nlyana_ishak

Kalau tak tahu cara nak pendekkan url hampa , bolehlah kalau nak copy paste contoh dekat atas tu .. Jangan lupa tukar nama sendiri lepas tanda "/" tu .. Nama sosial media masing-masing ya .. Lepas dah buat cer klik dia link ke sana tak ? Nie Mommy Irra Irrayan yang buatkan .. Hehe .. =)


Bila dah siap semua , maka akan terjadilah macam nie .. Langkah seterusnya .. Nampak anak panah dekat atas tu ? Okay , tekan dekat situ ye teman-teman .. =)


Bila dah tekan situ dia akan jadi macam nie .. Klik "SAVE" tauuu .. 


Kalau hampa ikut semua langkah-langkah yang Yana ajarkan tu in shaa allah akan jadi macam gambar dekat atas nie .. Senang saja kan .. Sebab hanya memerlukan satu aplikasi sahaja .. Gambar pelangi dulu memerlukan dua aplikasi .. Yana memang sengaja tak letak watermark dekat gambar-gambar Yana nie sebab Yana tak rajin .. Hahah .. Kalau ada yang berniat nak menciplak entri nie .. Yana halalkan lah dunia akhirat .. Semoleknya minta izin dulu tau , penat Yana taip dan screenshot setiap step nie tau .. Terima kasih Yana ucapkan kepada Mommy Irra Irrayan sebab sudi ajarkan Yana cara buat gambar nie ..

p/s: Yana dah ajar okay , tolong jangan PM Yana minta Yana buatkan .. Yana babab kang .. Kali nie Yana serius .. Haha sila buat sendiri .. 

Newer Posts Older Posts Home

PAGEVIEWS

ABOUT ME

│LIFESTYLE BLOGGER│
LYANA ISHAK
91's Baby ♥ PENANGITE
Email me at : pinky.yana2704@gmail.com
for any collaboration

SUBSCRIBE & FOLLOW

SEARCH

POPULAR POSTS

  • Punca Jerawat di Kening
  • LAZADA Online Shop yang Terbaik
  • US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
  • Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang
  • Kecantikkan Pantai Malindo , Balik Pulau , Penang
2021 © NOTA LYANA . Powered by Blogger.

FOLLOW ME

 Add Me Follow Me Follow Me Follow Me

EXCLUSIVE FOR YOU

FEATURED POST

BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN SELERA NUSANTARA

FOLLOWERS

Copyright © 2023 Lyana Ishak Lyana Ishak | ♡ Lifestyle Blogger