Nak Jimat ? Jom Shopping Dengan Shopback

31 May 2017

Nak Jimat ? Jom Shopping Dengan ShopBack

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ... Okay Yana nak tanya nie , pernah tak dengar mengenai ShopBack ? Haa , ada yang pernah dan ada yang baru pertama kali tahu mengenai ShopBack nie .. Okay , mai sini Yana nak cerita sedikit sebanyak mengenai ShopBack .. ShopBack merupakan satu laman web yang menyelamatkan kaki shopping online mendapat cashback atau pulangan tunai yang mana ianya akan menjimatkan perbelanjaan online awak semua .. ShopBack menawarkan lebih penjimatan .. Oh ya , ShopBack juga merupakan perkhidmatan yang sah dan mereka telah ditubuhkan bukan sahaja di Malaysia , Singapura , Filipina dan India malah akan berkembang ke seluruh Asia tidak lama lagi .. Dekat sini Yana nak bagitau yang ShopBack merupakan cara yang bijak untuk membeli-belah ..


Hm , antara jenis barangan yang boleh didapati di ShopBack adalah seperti berikut :-

  1. Automotive & Gadgets
  2. Dining
  3. Electronics
  4. Fashion
  5. General
  6. Groceries
  7. Health & Beauty
  8. Home & Living
  9. Kids, Babies & Mothers
  10. Lifestyle
  11. Sports & Outdoors
  12. Travel
  13. Internet Plans

ShopBack mampu memberi pulangan sehingga 30% tau .. Haa sapa yang nak bagi cashback yang macam nie setiap kali kita shopping ? Bagaimana caranya ? Okay , macam nie setiap barangan yang dijual oleh ShopBack akan diberi komisyen oleh penjual .. Jadi dari komisyen ini ShopBack memberi ganjaran kepada pembeli yang melalui laman sesawang shopback.my ..


Yana nie kan , membebel panjang berjela-jela pasai Shopback nie .. Takda la pulak kan Yana cerita macam mana nak sign up bagai .. Huhu .. Okay caranya macam nie :-

  • First thing first , sila masuk ke laman web ShopBack terlebih dahulu ..
  • Then , daftar .. Kalau nak senang daftar saja guna akaun Facebook awak .. Tapi , kalau nak email pon boleh macam biasalah isi email dan kata laluan sekali ye ..
  • Haa , bila dah selesai semua tu bolehlah awak semua pilih lebih daripada 500 tempat shopping online tau yang merangkumi fesyen , pelancongan , makanan & minuman , elektronik dan bermacam-macam lagi ..
Okay mungkin penerangan Yana tak berapa nak jelas , apa kata tengok video yang Yana sediakan kat bawah nie .. Kalau awak ada lazada voucher pon boleh digunakan tau dengan ShopBack .. Dah alang-alang usha Shopback nie jangan lupa terjah Fashion Valet sekali yer ,, 


Haa sapa cakap susah dengan ShopBack nie ? Senang saja kan ? Okay dah Yana ajar semua dah apa kata awak semua pi la cuba .. Alang-alang nak raya nanti apa kata shopping online saja di ShopBack sambil membeli sambil menebus semula cashback tak ke untung tu ? Okay lah sampai sini saja .. Yana pon nak pi usha-usha baju raya nie .. =) Oh ya , kalau nak shopping untuk hari raya ShopBack ada buat promosi tau klik je dekat perkataan hari raya tu automatik akan terus ke laman web nya .. Selamat mencuba semua .. 



Read More

SPRAY8 Khusus Untuk Penjagaaan Luka

25 May 2017

SPRAY8 Khusus Untuk Penjagaaan Luka

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥ 

Okay hari nie Yana nak cerita sedikit mengenai SPRAY8 nie masa mmula-mula Yana dapat Yana ingatkan Spray untuk bagi muka glowing tu ternyata tekaan Yana meleset sama sekali .. Sebenarnya , SPRAY8 merupakan produk penjagaan luka tradisional yang mengandungi ekstrak herba yang mampu merawat kesan terbakar , parut lama , parut pembedahan , luka pembedahan , megurangkan bengkak dengan pantas dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru .. 
Ramuan utama dalam SPRAY8 ialah ekstrak kulit manggis (Garnicia mangostana L) yang telah lama digunakan secara tradisional di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan luka .. Ramuan lain adalah ekstrak daun neem (Azadirachta indica) yang mempunyai khasiat analgesik (melegakan kesakitan) , anti histamin , anti elergi , anti virus , anti bakteria , anti fungi dan anti ulser .. Selain itu , nimbin dan nimbidin di dalam ekstrak manjakani mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka ..



BAGAIMANA SPRAY8 MEMBANTU ?

  • luka air / minyak panas
  • penjagaan luka diabetis
  • penjagaan luka teruk
  • pressure sore / luka akibat terbaring terlalu lama
  • gatal-gatal dan melegakan rasa sakit
BAGAIMANA SPRAY8  DIHASILKAN ?

bioaktif  > pemprosesan > pengilangan > produk

Cara penggunaan :

  1. Bersihkan luka.
  2. Sembur pada luka 3 kali sehari..
  3. Biarkan sehingga kering.
APAKAH  KELEBIHAN MENGGUNAKAN SPRAY8 ?
  • Membunuh bakteria berbahaya
  • Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
  • Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • Mengalakkan pembinaan kapilari baru
  • Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan(anti histamin)
  • Menghalang pembentukan lepuh (air panas)



BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN SPRAY8 ?

Okay , di sini Yana sertakan cara untuk awak semua boleh dapatkan Spray8 ini melalui laman web Furly Bioextract. Awak boleh klik SINI okay ? Harga Spray8 ni pula adalah RM50 untuk 100ml dan RM35 untuk 35ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai Furley Bioextract, boleh layari laman berikut:

Website: https://store.furleybio.com/
Facebook: https://www.facebook.com/furleybio






Read More

Trip ke Pulau Langkawi Part I

20 May 2017

Trip ke Pulau Langkawi Part I

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Selamat malam .. Fuhh , hampir seminggu jugak Yana biarkan blog Yana nie terabai kan ? Okay malam nie Yana  nak cerita serba sedikit megenai trip Yana ke Langkawi beberapa hari lepas .. Sebenarnya , Yana nie susah tau parents nak lepas join trip yang macam nie entah macam mana kali nie Yana terlepas .. Hehe .. Jujur Yana akui Yana enjoyed sangat-sangat trip Yana dengan geng-geng GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)


Trip Yana ke Pulau Langkawi selama 3 hari dua malam .. Erm , semasa dekat sana Yana dan kawan-kawan mengginap di Chalet Pantai Tengah .. Yana agak berpuas hatilah dengan chalet tu .. Harga ? Ops , Yana tak tahu sebab sepanjang Yana dekat sana semuanya percuma .. Kecuali hampa nak main banana boat dan lain-lain hahaha ! Kita mula dari awal eh .. Banyak sangat dah nie Cik Yana melalut ..



Okay , kami bertolak daripada Sungai Dua ke jeti Kuala Perlis seawal jam 8 pagi lebih kurang lah .. Kami terus saja ke sana tanpa singgah di mana-mana kawasan rawat dan rehat sebab feri kami dalam pukul 11.00 pagi .. Disebabkan takut tak sempat sampai ke sana dalam jangka masa yang ditetapkan kami skip part berhenti sekejap tu .. Alhamdulilah , sepanjang perjalanan kami ke jeti Kuala Perlis lancar .. Haa , masa dah sampai dekat jeti Kuala Perlis kami diminta bawa turun barang masing-masing disebabkan Yana terlalu memerlukan toilet Yana tertinggal bungkusan makanan , ada roti butterscotch , maggi cup dua cawan , gula-gula Halls dua dan kipas tangan umi Yana . Itu yang paling berharga tu sebab Yana dah tahu kalau hilang tu siap la kena tadah telinga , awal-awal lagi dia dah pesan jangan bagi hilang .. Takpa lah Yana halalkan dah bukan rezeki Yana .. Hehee itulah sapa suruh cuai sangat .. 

chalet yang kami mengginap tu

Okay nak dipendekkan cerita kami sampai dekat jeti aaa dalam pukul 1 nak dekat pukul 2 kot .. Sorry serius Yana tak ingat yang tau dah memang nak masuk waktu sembahyang Jumaat .. Sesampainya kami dekat chalet tu kami rehat-rehat sekejap  manakala kaum adam pergi menunaikan solat Jumaat ..
Selepas mereka selesai solat Jumaat kami dipanggil keluar sebab nak dirombak nya kami .. Hahaha konon-konon nak bagi kenal antara satu sama lain takmau bagi ada geng la kot .. Selepas dah selesai dan dapat partner bilik masing-masing kalau tak silap Yana lah kan kami naik ke bilik dulu then kami dibawa ke kedai nasik kandaq untuk lunch .. Tapi satu Yana nak cakap , nasik kandaq depa tak boleh lawan Penang punya tauuuuu .. Heheh .. Selepas selesai makan kami balik ke bilik masing-masing freshing kan diri sebab petang tu akan ada sesi ice breaking oh nooo part yang paling Yana seryau sebab Yana tipikal orang yang segan nak cakap depan orang hehehe .. 

Okay seperti yang dijanjikan pada petang hari pertama kat sana kami berkumpul dekat dataran tu untuk sesi ice breaking .. Yana belanja gambar saja lah eh untuk part nie hehehe ..


Sebelum bermulanya sesi perkenalan diri , kami main dua game nie game yang pertama kami dikehendaki menutup mata masing-masing sambil mengikat kedua-dua tangan dengan tali yang diberikan .. Selepas tu kan , nampak tak mamat yang berbaju hitam tu ? Haa dia gaulkan tali-tali kami semua selepas tu kami kena rungkaikan ikatan tu dengan mata yang tertutup dan mulut yang diam .. Hahaha ! Perempuan mana boleh diam , bising ui Yana sendiri akui hehehe .. =P


Haa nampak tu apa dia duk buat ? Hahaha .. bersemangat dia kan .. =P


See , siap gelak uii dia kenakan kami .. Hahaha .. Sabar saja lah ..

Okay , nie merupakan game pertama yang kami main selepas sampainya ke Langkawi .. Ada lagi satu game Yana gagal selesaikan .. Sebab minda tak mampu berfikir sejauh itu .. Tambahan pula hati melonjak-lonjak nak main dekat pantai .. Hehehe .. 


Hahaha !! Tengok macam-macam aksi ada dalam percubaan nak rungkaikan ikatan tu .. Tetapi , tetap berjaya .. Yana pon sama gagal jugak nak rungkaikan .. Bila diberitahu caranya , ekele cenggitu jer ? Tapi , Yana dah tak ingat dah kalau suruh buat sekali lagi confirm failed lagi .. =P



Selepas selesainya game nie kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing which is part yang paling Yana tak suka sebab Yana tipikal yang nervous bila  cakap depan orang .. Smule video berani lak ? Hahaha .. Masa smule Yana sorang-sorang takdak sapa tengok okay .. Masa dah Yana published semua orang tengok ..


Nie namanya Eryn .. Pusing pi pusing mai dia kerja dekat saja dengan tempat kerja Yana .. Haha .. What a small world .. =P


Haa , yang nie namanya Kak Hajar garang wehhh .. Hehehe .. =P


Bersama ahli ahli GPMS SPU (Gabungan Pelajar Melayu Malaysia) yang turut sama menjayakan program di Langkawi .. Nampaknya sesi ice breaking dah settle .. Apalagi ? Pantai time lahh !! Akhirnyaa ,..



Bosanlah main air tepi pantai macam budak-budak .. Jom try something extreme .. Hehe .. Yaa , banana boat .. Dah lama tau Yana nak naik tapi takdak sapa nak layan .. Sehingga sampai Yana kat Langkawi nie , yess !! Ada jugak geng nak naik banana boat dengan Yana .. Hehe .. Harga yang dikenakan RM15 seorang kami dibawa pusing sekitar pantai tu dua kali kami dijatuhkan .. Rasa ? Oh sangat best .. Nak tau sila cuba sendiri hehehe ..


Hahaha !! Nie kali kedua kami semua dijatuhkan di hadapan geng-geng GPMS .. Masa nie lah tudung seketul Yana nak tercabut aiyakkk ! 


Apa apa pon aktiviti pada petang tu memang sangat best sampai tak terkira dah berapa liter air laut Yana telan belum lagi yang masuk dalam hidung .. =P


Pada sebelah malamnya kami melakukan sedikit perbincangan mengenai GPMS .. Selepas selesai perbincangan nie kami keluar jalan-jalan dekat Chenang kot kalau Yana tak salah .. Ermm maaf masa jalan-jalan dekat Chenang takda pulak Yana snap gambar .. So , sampai di sini sajalah Trip ke Pulau Langkawi Part I Yana ..Ada lagi 2 part nanti Yana sambung ye .. Assalammualaikum ..
Read More

Shopping Online di Lazada dan Bayar Secara MOLPay CASH di 7-Eleven Berdekatan

17 May 2017

Shopping Online di Lazada dan Bayar Secara MOLPay CASH di 7-Eleven Berdekatan


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiii .. Haa bila kita bersembang mengenai Lazada Malaysia apa benda pertama yang terpacul dalam fikiran awak semua ? Okay Yana nak intro sikit lah mengenai Lazada Malaysia nie untuk pengetahuan awak semua Lazada merupakan salah satu aplikasi atau laman web membeli belah secara atas talian .. Lazada Malaysia nie memang sangat familiar di kalangan kaki shopping online .. Yana berani cakap yang Lazada Malaysia merupakan tempat untuk online shopping yang selamat dan boleh dipercayai .. Seperti yang selalu  Yana cakap , Yana takkan suggest kalau Yana sendiri tak pernah cuba dah banyak barang Yana beli daripada Lazada Malaysia alhamdulilah servis dan kualiti barangnya sangat memuaskan hati Yana ..

Hmm , Yana rasa tak perlu kot Yana nak merumuskan daripada A sampai Z mengenai Lazada Malaysia sebab Yana yakin sangat mesti awak semua dah sangat mahir menggunakan apps Lazada Malaysia kan ? Okay , meh sini Yana nak menceritakan mengenai cara pembayaran .. Sekiranya awak semua memang pembeli tegar Lazada Malaysia mesti dah tau kan terdapat beberapa cara pembayaran antaranya credit or debit card , onnline banking , COD (cash on delivery) .. Yana selalu akan COD saja kerana bagi Yana tu cara yang paling mudah , barang dapat terus bayar .. Hehehe .. Eh , sekejap ada nampak simbol 7E kan ? Haa itulah main story Yana untuk hari nie ..








Okay , sepertimana yang kita sedia maklum tak semua antara kita akan sentiasa berduit dalam akaun kan ? Kadang-kadang dalam akaun 0.00 tapi cash still ada .. Tapi barang yang nak dibeli tu tak boleh nak COD (cash on delivery) macam mana nak buat ? Caranya , awak semua boleh pergi ke mana-mana 7Eleven yang berdekatan untuk membuat pembayaran di sana ..

Kaedah ini dipanggil MOLPay CASH , ia merupakan salah satu penyelesaian pembayaran terkemuka di seluruh Asia Tenggara iaitu di kedai 7E Malaysia .. So , pengguna kini tak perlu lagi khuatir sekiranya duit dalam akaun dah kering kerana awak boleh juga membayar secara tunai di kedai 7E yang berdekatan .. Okay dekat bawah nie Yana ada tunjukkan cara untuk membuat pembayaran dari 7E daripada app Lazada .. So , awak semua boleh refer dekat sini .. =)







Haa , mudah kan dengan Lazada Malaysia nie sebenarnya .. Apa yang awak seua dok tunggu tu ? Cepatlah download aplikasi Lazada Malaysia di Play Store .. 

Nampak tak benda dah senang lagi dipermudahkan , mula-mula awak nak shopping apa pun suka hati lah tak perlu keluar rumah pun just klik-klik sana sini settle dah dia permudahkan pula cara bayaran sekiranya akaun bank awak kekeringan .. Hehehe ..

Sekiranya awak semua berminat nak shopping dekat Lazada Malaysia bolehlah godek-godek di www.lazada.com.my manakala sekiranya awak semua nak tahu lebih detail mengenai 
MOLPay CASH bolehlah layari www.molpay.com ..

Sekian sahaja daripada Yana .. =)




Read More

Riang Ria Raya Bersama Shopee

16 May 2017

Riang Ria Raya Bersama Shopee

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ..  Pernah dengar mengenai aplikasi Shopee ? Pernah tak berurusan dengan mereka ? Shopee adalah pasaran sosial mudah alih nombor satu di Asia Tenggara dan Taiwan yang membolehkan orang ramai memilih, membeli dan menjual. Platform ini dibina khusus untuk Asia Tenggara, menjamin proses membeli-belah yang mudah, selamat tanpa kerumitan menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Pasukan Shopee yakin dengan kuasa teknologi yang sentiasa berubah. Apabila aktiviti membelibelah menerusi peranti mudah alih menjadi kelaziman baharu, Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan platform tersebut dan menjadi destinasi perdagangan mudah alih pilihan di rantau ini. Shopee disokong oleh Garena, syarikat platform Internet terbesar di Asia Tenggara.



Okay memandangkan Yana pernah berurusan dengan Shopee jadi Yana nak ceritakanlah pengalaman Yana beli barang dengan Shopee .. Benda pertama Yana beli dengan Shopee ialah kasut .. Harganya berpatutan dan sangat berkualiti .. Bayangkanlah kalau tak silap Yana beli masa bulan Jun tahun lepas dan sampai sekarang condition nya tip top .. Barang seterusnya Yana beli adalah jam tapi Yana bagi kawan , rasanya masih elok lagi kot .. Hee .. ^_^



Hmm , untuk pengetahuan awak semua Shopee bukanlah sebuah aplikasi baru dan tidak lagi asing di kalangan kaki shopping secara atas talian seperti Yana .. Shopee merupakan salah satu platform belian secara atas talian yang boleh dipercayai .. Masa Yana mula-mula nak mencuba , Yana agak was-was dan tidak yakin .. Tapi , Yana cuba dan ternyata sangat memuaskanlah urusan jual beli dengan Shopee nie .. Penjual dia lebih mesra jika nak dibandingkan dengan aplikasi-aplikasi yang lain .. Okay , sini Yana nak bagi tahu lah kan masa Yana nak beli kasut tu Yana ada cakap Yana nak saiz 38 memang itu saiz Yana .. Penjual tu pesan sebaiknya Yana tambah satu saiz daripada saiz yang Yana selalu pakai .. Haa , nampak tak dia takmau Yana rugi dia siap suggest suruh Yana beli saiz lebih besar sikit daripada yang selalu Yana pakai dan memang selesa sampai sekarang Yana masih pakai kasut tu .. Hehehe ..



Adakah awak semua tahu bahawa Shopee merupakan  pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan kempen Hari Raya terbesar, Cahaya Raya bersama Shopee dengan potongan harga sehingga 90% di seluruh platform dan pertandingan setiap hari dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 termasuk wang tunai. Di samping itu, Shopee akan bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan program Bayar Waktu Terima (Cash-on-Delivery) untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian atas talian.



Oh yaa , seperti mana yang kita sedia maklum hari raya merupakan satu sambutan terbesar di Malaysia .. Jadi , pada tahun ini sebagai penghargaan Shopee kepada pengguna mereka Shopee telah melaburkan bajet terbesar untuk  bekerjasama dengan kedai rasmi seperti Nestle , Unilever , Senheng , Huawei , OPPO dan ASOTV ..



FYI , bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun , Cahaya Raya bersama Shopee akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi dan 25,000 jenis produk dengan potongan harga sehingga 90%. Dari lebih 10 kategori produk, pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari.. Haa siapa tak mau kan ? Jadi apa tunggu lagi tu , kepada yang belum lagi download aplikasi Shopee cepatlah download sebelum promo ini berakhir ..

Okay , Yana rasa sampai sini saja kot Yana ceritakan mengenai Shopee dan promo Cahaya Raya .. Sekiranya awak semua nak alaminya sendiri sila download aplikasi Shopee secara PERCUMA di Google Play dan App Store ataupun awak boleh layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut .. Jika dah selesai download jomlah mulakan keriangan membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di http://cahayaraya.shopee.com.my/ .. Yana jamin dengan Shopee semuanya pasti berbaloi ..


Read More