Grand Opening MBH Medispa - Sungai Petani
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
Hai ,, selamat malam semua .. Mesti kawan-kawan yang dekat instagram dengan facebook perasan kan pada hari Sabtu yang lalu bertarikh pada 1 April 2017 Yana dan rakan-rakan Blogger Utara dijemput untuk menghadiri majlis perasmian MBH Medispa di Sungai Petani .. Okay , malam nie Yana nak bercerita sedikit sebanyak mengenai majlis tersebut ..
Kami terdiri daripada 6 orang blogger mewakili Blogger Utara menghadiri majlis perasmian MBH Medispa Sungai Petani .. Setibanya kami di sana kami disambut mesra oleh salah seorang staf MBH Medispa Puan Zalia .. Suasana agak meriah , ramai jugak orang yang hadir ke majlis perasmian MBH Medispa di Sungai Petani .. Kami diberikan penerangan mengenai tentatif majlis tersebut .. Kemudian kami memulakan kerja kami dengan merekodkan setiap moment di sana ..
Okay dekat sini Yana nak ceritakan sedikit mengenai MBH Medispa nie .. Puan Yaya Mohammad merupakan pengasas MBH Medispa .. Puan Yaya merupakan anak kelahiran negeri Johor .. Kami , Blogger Utara difahamkan Puan Yaya menceburi bidang ini atas permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan rawatan wajah dan estetik .. Kami juga dimaklumkan bahawa ini bukanlah bidang beliau sebelum nie .. Puan Yaya merupakan seorang Jurutera sebelum beliau menceburi bidang ini .. Selain daripada itu , kami juga diberitahu MBH Medispa di Sungai Petani merupakan cawangan MBH Medispa yang ke 11 Yana nak kongsikan antara cawangan MBH Medispa yang terdapat di Malaysia
- Bangi
- Ampang
- Shah Alam
- Wangsa Maju
- Kota Damansara
- Cheras
- Melaka
- Ipoh
- Johor Bahru
- Negeri Sembilan
dan yang terkini di Kedah , Sungai Petani .. In shaa allah Puan Yaya memaklumkan kepada kami MBH Medispa akan bertapak di Penang iaitu di Bertam ..
Okay , untuk entri ini Yana hanya akan menceritakan mengenai majlis upcara perasmian MBH Medispa di Sungai Petani sahaja ye .. In shaa allah entri akan datang Yana akan ceritakan dengan lebih terperinci mengenai MBH Medispa ..
![]() |
Antara orang ramai yang hadir untuk memeriahkan suasana |
![]() |
Pendaftaran untuk mendapatkan rawatan kulit wajah |
![]() |
Antara makanan yang disajikan kepada Blogger Utara |
![]() |
Sedikit ucapan daripada Lisdawati selaku selebriti yang diundang khas untuk merasmikan MBH Medispa Sg Petani |
![]() |
Upcara perasmian oleh selebriti jemputan Lisdawati |
![]() |
Blogger Utara bersama pengasas MBH Medispa dan Lisdawati |
![]() |
Blogger Utara bersama sama dengan artis jemputan Qody Mentor , Fareez Mentor dan duta MBH Medispa 2017 Afiq Yasin |
Okay , sekian sahajalah perkongsian Yana mengenai majlis upcara perasmian pembukaan MBH Medispa di Sungai Petani .. In shaa allah di entri akan datang Yana akan menceritakan dengan lebih terperinci mengenai MBH Medispa .. Selamat malam ♥
Sekiranya ada antara awak tu yang berminat nak dapatkan rawatan di MBH Medispa .. Alamat seperti yang tertera di bawah yaa ..
Bestnyaaaa... nak ikuutt.. hehehe
ReplyDeleteHehehe .. Tak cakap nak ikot .. Kalau tak boleh ajak pi sekali heheh
Deletewahhh meriahh
ReplyDeleteKalau ada lagi meh join Farah hehehe ..
Deleteseronoknya dpt pergi event mcm ni. Boleh try spa tu nanti sbb selalu jugak turun sp
ReplyDeleteYup best jugak .. Boleh kenal dengan ramai orang .. Try la pi eh , nampak best jugak spa nya .. =)
Deletewow, jom buat treatment kat sini. macam menarik je...
ReplyDeleteHahaha .. jom kak mia .. wat 1k punya treatment .. =P
Deleteada kat Wangsa Maju jugak...nnt nk usha jugak la..mana tau kot2 ada rezeki utk buat treatment kat situ...
ReplyDeletememang terbaik medispa ni
ReplyDeletesgt meriah time perasmian..
ReplyDelete