LAZADA Online Shop yang Terbaik

28 March 2017


LAZADA Online Shop yang Terbaik 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


PENGALAMAN MEMBELI SECARA ATAS TALIAN

Malam nie Yana nak ceritakan sedikit mengenai pengalaman Yana membeli secara atas talian dengan Lazada .. Sepanjang Yana membeli barang-barang dengan Lazada Yana sangat berpuas hati dengan servis nya .. Rasanya dah banyak duit Yana spent dekat Lazada .. Barang-barang dekat Lazada seriously murah .. Itu belum lagi masa dia buat sales .. Antara barang yang Yana pernah beli dengan Lazada adalah , jam tangan , power bank , alat-alat solek , kasut , beg tangan dan lain-lain lagilah .. Yana suka Lazada nie sebab dia trusted seller .. Let's say , kita beli barang-barang yang perlukan waranti dia akan sertakan sekali dengan pembelian kita .. Yana pernah beli barang dengan Shopee tiada waranti kad diberi dan macam scary sikit la sistem dia .. Nanti Yana ceritalah ,  untuk entri nie Yana cuma nak fokuskan dekat Lazada saja ..

MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEMBELI

Walau sebagus manapun sesuatu aplikasi membeli secara atas talian pasti ada juga kelemahannya kan ? Okay sepanjang Yana berurusan dengan Lazada pernah lah jugak Yana menghadapi beberapa masalah masa pembayaran tu .. Seperti mana yang kita tahu tak semua barang-barang Lazada boleh beli secara COD (cash on delivery) ada sesetengah kita kena bayar secara online banking .. Yana menghadapi masalah sekiranya Yana nak membuat bayaran melalui online banking .. Yana guna Ambank , tak tahulah sama ada masalah Ambank atau apa .. Bila Yana nak proceed to pay dia minta TAC nombor bagai .. Bila Yana dah buat apa yang dia nak mesti TAC nombor dihantar ke nombor telefon yang Yana dah tak gunakan padahal Yana dah pun updated bila Yana guna untuk buat pembayaran lain okay saja dengan Lazada saja masalah nie berlaku .. Bila Yana nak guna cara credit or debit card mesti akan error sokmo .. Hmm .. Yana harap pihak Lazada boleh buat sesuatu untuk atasi masalah Yana nie .. 

CARA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH

Hmm , untuk langkah mengatasi .. Yana harap pihak Lazada dapat study mengenai kes Yana nie dan cari tahu dekat mana akar masalah nie .. Kenapa ia terjadi .. So far , Lazada merupakan aplikasi yang sangat best sebab terdapat pelbagai jenis barang dan banyak sangat pilihan .. Lagi satu , Yana harap sangatlah Lazada akan memperbanyakkan lagi barang yang boleh dibayar secara COD supaya lebih senang urusan jual beli nanti .. 

Terima kasih pada yang sudi membaca celoteh Yana nie ..  Ingat Yana saja-saja ka nie ? Sebenarnya entri nie Yana buat bersempena dengan competition yang dianjurkan oleh i-Price .. Jadi , para blogger yang kat luar sana yang nampak entri nie jom lah join sekali dengan Yana tarikh tutup 31 March cepat cepatttt !! Cara nak join ? KLIK SINI
Read More

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

27 March 2017

SAFI BALQIS OxyWhite Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

safi balqis , oxy white , produk baru safi balqis


Hai semuaaa .. Okay hari nie Yana nak kenalkan satu produk baru daripada SAFI BALQIS .. Oxy White , merupakan keluaran terbaru daripada SAFI BALQIS .. Terdapat beberapa kebaikkan dalam produk baru nie .. Mestilah semua nak tau kan apakah kebaikkannya ? Jom lah baca entri Yana nie daripada mula sampai habis .. =)

Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.


Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri 

Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.

“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap”

Mengulas tentang kredibiliti Sarah mempromosikan SAFI BALQIS OxyWhite, Puan Mahsuri berkata, “Dengan personaliti down to earth Sarah, beliau akan membawa SAFI BALQIS untuk lebih dekat dengan pengguna, khususnya para gadis yang mengimpikan kulit wajah cerah sempurna. Dengan pengalaman sendiri beliau sebagai pengguna dan duta SAFI BALQIS OxyWhite, Sarah akan menjadi contoh, dan ‘sahabat sejati’ dalam membantu gadis-gadis seusia mencari solusi pencerahan wajah yang terbaik. Sikapnya yang mesra dan mudah didekati membawa keyakinan terhadap produk kami bagi menyampaikan mesej kecantikan kepada semua wanita”.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


safi balqis oxywhite pembersih muka


1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka

Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)



2)  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek          : 100g
RCP                : RM 12.90 (selepas 6% GST)

SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1

3)     SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek          : 150ml
RCP                          RCP               : RM17.40 (selepas 6% GST
 SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
4)  SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek         : 20ml
RCP              : RM28.10 (selepas 6% GST)

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek          : 100ml
                     RCP                : RM10.90 (selepas 6% GST)



OxyWhite Pelembap Gel

6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek          : 20g
                      RCP               : RM 21.70 (selepas 6% GST)

Okay sampai di sini  sahaja review Yana mengenai produk baru SAFI BALQIS OxyWhite .. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk maklumat di bawah ya ..

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Read More

Jadi Cantik Hanya Dengan Susu Kambing Ellvita Premium Berry

14 March 2017


Jadi Cantik Hanya Dengan Susu Kambing Ellvita Premium Berry 


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


i-sihat , susu kambing premium berry i-sihat , premium berry , cantik dengan susu kambing , premium berry , vachoc , susu kambing asli

Amboii .. Amboi nampak saja perkataan cantik terus laju ja kan buka link nie .. Okay mai sini Yana nak bercerita mengenai  susu kambing Ellvita nie .. Produk susu kambing Ellvita nie ada tiga perasa berbeza iaitu susu kambing asli , susu kambing VACHOC dan Premium Berry  .. Susu kambing Premium Berry menjadi pilihan hati Yana .. ♥♥ Sebelum Yana ulaskan dengan lebih lanjut mengenai susu kambing i-Sihat nie .. Yana yakin mesti ramai akan cakap eh susu kambing ada bau lah , tak selera la nak minum .. Haa , betul tak ? Tapi kalau dengan susu kambing Ellvita in shaa allah tak ada langsung bau hamis , sedap lagi ada lahh ..

i-sihat , susu kambing premium berry i-sihat , premium berry , cantik dengan susu kambing , premium berry , vachoc , susu kambing asli
SUSU KAMBING i-Sihat PREMIUM BERRY

Okay , jom kembali kepada topik utama Yana ye .. Yana memilih susu kambing Premium Berry .. Sebab dalam susu kambing Premium Berry nie mengandungi Vitamin C yang membantu mencantikkan wajah dan meningkatkan ketahanan tubuh .. Kulit akan kelihatan berseri-seri dan sangat awesome .. Yana sendiri dah alaminya sendiri kulit Yana dah semakin okay kalau nak dibandingkan dengan sebelum nie .. Sebelum nie kulit Yana agak kusam dan pori kulit muka Yana agak besar selepas Yana amalkan minum susu kambing Premium Berry daripada i-Sihat nie alhamdulilah pori-pori semakin mengecil .. =)

i-sihat , susu kambing premium berry i-sihat , premium berry , cantik dengan susu kambing , premium berry , vachoc , susu kambing asli
SUSU KAMBING i-Sihat PREMIUM BERRY


Selain itu , susu kambing Ellvita Premium Berry juga mengandungi antosanin dan antioksidan dari ekstrak beri yang membantu menajamkan mata .. Sebelum Yana lupa kolagen dan melatonin yang tinggi dari ekstrak sakura juga terdapat dalam susu kambing i-Sihat nie .. Kolagen memmbantu memperbaiki masalah kulit dan rambut serta menambahkan keanjalan kulit dan bertindak sebagai anti penuaan .. Kulit akan tampil sekata dan flawless ! Haa , taknak ke kulit cantik ?? =) Siapa yang sesuai untuk minum susu kambing Premium Berry daripada Ellvita nie ?? Okay , mai sini Yana nak bagi tau ..  Susu kambing Premium Berry sesuai untuk lelaki dan wanita .. Susu ini mengandungi khasiat tinngi semulajadi yang mampu menguatkan tubuh badan , menambahkan tenaga , meningkatkan sistem imunisasi badan , membantu mengurangkan kolestrol , membantu mengurangkan stress dan yang terakhir nie memang sangat sesuai dengan Yana iaitu membantu mendapatkan berat badan yang ideal sebab sekarang Yana underweight .. Jadi , dengan adanya susu kambing Premium Berry daripada Ellvita bolehlah Yana memiliki berat badan yang ideal ..

SUSU KAMBING i-Sihat VACHOC


(gambar kredit : miss zyaroses)

Haa ,, Yana tau tak semua suka perisa Berry kan ? Mungkin ada yang suka perisa coklat .. Di sini Yana sarankan kepada penggemar perisa coklat untuk memilih susu kambing VACHOC .. Okay dekat bawah nie antara khasiat yang terkandung dalam susu kambing VACHOC .. 
  • Meningkatan kesihatan dalaman dan luaran bagi yang ingin sihat dan kau yang kurang sihat
  • Sistem penghadaman dan usus bertambah baik
  • Tidak menyebabkan alahan kerana bersifat alkali
  • Daya ingatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
  • Daya tahan tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi dapat dikuatkan.

SUSU KAMBING i-Sihat ASLI


Oh yaaa ,, mungkin juga ada antara kita yang tak suka perisa tambahan dan lebih menggemari perisa asli .. Jangan risau Ellvita semestinya mempunyai susu kambing asli .. Apakah khasiatnya ? Jum Yana cerita secara ringkas ye .. =) 


  • Meningkatkan daya ingatan, kepekaan, dan kecerdasan minda (IQ-EQ)
  • Meningkatkan daya ketahanan badan (imunisasi) dan fungsi tulang, gigi, otot, sel kulit dan sel saraf
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
  • Mencegah anak dari demam kuning, ekzema, sembelit dan pembentukan lendir
  • Menjana lebih banyak susu ibu yang berkualiti
  • Meningkatkan paras Hb ibu mengandung
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan usus
  • Diperkaya dengan nutrisi yang amat penting untuk kesihatan badan
  • Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
Okay , dekat bawah nie Yana kongsikan antara testimoni susu kambing Ellvita ye ..










Haa , dah banyak kot testimoni yang dah berjaya lagi boleh dipercayai yang Yana kongsikan dekat sini .. Tak nak ke cuba ? Nak Yana cantik sorang-sorang saja ? Jom lah kita cantik sama-sama .. Macam mana nak dapatkan ? Sekejap ye Yana bagi details ..



Hotline : 019 2020 911

Erm , kalau Yana nak belanja sikit video noob Yana buat boleh tak ? Hahaha .. Jangan kecam tau .. Budak baru nak belajar kot =)


Selamat malam semua .. Jangan lupa ya dapatkan susu kambing Premium Berry daripada Ellvita nie untuk diri anda ye =)




Read More

Lirik Lagu Menahan Rindu-Wany Hasrita

11 March 2017


Lirik Lagu Menahan Rindu-Wany Hasrita



Sejenak ku termenung .
Awan pun mulai murung .
Tiada siulan-siulan burung-burung .
Menemani hariku , menemani sepiku .
Tersiksa angkara menanggung rindu .

Oh angin .. Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi .
Biarpun sekadar cuma memujuk hati .
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini .

Biarlah , aku bersendirian .
Terkurung dalam kenangan silamku .
Biarlah aku menahan rindu .

Oh angin .. Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi .
Biarpun sekadar cuma memujuk hati .
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini .

Oh hati .. Kau sedarilah kenyataan ini .
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri .
Biarlah ku bersendirian .
Terkurung dalam kenangan silamku .
Biarlah akuuuu .. Menahan rindu ..
Menahan rinduuuu ..


Read More

Hukum Memakai Wangian Beralkohol Ketika Solat

4 March 2017


Hukum Memakai Wangian Beralkohol Ketika Solat


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai  semuaaa .. Okay , malam nie Yana nak kongsi apa yang Yana tahu mengenai hukum memakai wangian beralkohol ketika solat .. Ada sesetengah cakap tak boleh ada sesetengah pihak lagi cakap boleh .. Sebenarnya , benda nie dah lama bermain dalam fikiran Yana .. Yana , memang memakai wangian yang beralkohol .. Tapi , Yana tetap solat macam biasa sebab masa sekolah dulu Yana pernah tanya ustazah Yana mengenainya dann jawapannya boleh .. Akan tetapi , bila Yana teserempak dengan beberapa orang yang menggatakan tidak boleh Yana kembali musykil .. Lantas , Yana tanyakan perihal ini dekat whatsapp group Yana dan jawapannya sama  macam mana ustazah Yana katakan .. Jom , Yana kupaskan dengan lebih terperinci ..

\

Yana kongsikan eh antara conversation Yana tadi ..

Yana: ada sapa-sapa tau tak hukum memakai wangian beralkohol ketika solat ? Sah ke tidak ? Kalau tak sah kenapa ? Sebab alkohol haram untuk diminum sebab ia boleh memabukkan .. Kalau untuk kegunaan lain , still tak boleh ka ?

Anonymous : Boleh pakai solat , tak kisah pun berapa isipadu kandungan alkohol .. Majlis fatwa kebangsaan dah ulas benda nie dah lama dah , sejak tahun 90 an kalau tak silap ..

1. Yang haram adalah arak .. Bukan alkohol ..
2. Alkohol bukan arak .. Sebab definisi arak dari segi istilah syarak adalah air jus anggur yang diperam dan diproses sehingga menjadi minuman yang memabukkan ..
3. So , alkohol tak termasuk berdasarkan definisi tu ..
4. Tapi , alkohol tetap haram sebab guna kaedah fiqh "qias".. Arak haram sebab memabukkan .. Jadi , alkohol pun haram sebab MEMABUKKAN
5. Arak , hukumnya najis .. Tapi , alkohol tak .. Sebab hukum qias hanya berlaku jika adda mabuk berdasarkan rukun qias ..
6. Jadi , alkohol kalau dipakai bukan najis dan boleh dipakai ketika solat ..

Okay , nie merupakan penerangan dari kawan Yana .. Dia nasihatkan Yana suruh cari sumber lain untuk mengukuhkan lagi jawapan nie .. Jadi , Yana pun google lah .. Rata-rata jawapan  yang Yana dapat lebih kurang dengan apa yang dia terangkan .. 

JAWAPAN (klik untuk lihat)

Kepada Encik Anonymous , terima kasih atas penjelasan yang sangat terperinci tu .. Sekarang , Yana dah dapat jawapan untuk soalan yang dah lama Yana nak tanya .. Terima kasih juga sebab bagi Yana  kongsi dekat blog nie penjelasan tuu ... =)


Read More

Personal Review : Steamboat Best di D'fiesha Corner , Kepala Batas .

1 March 2017


Personal Review : Steamboat Best di D'fiesha Corner , 

Kepala Batas .

ASSALAMMULAIKUM WBT ♥


Haii semuaaaa .. Memandangkan ada orang pernah tanya dekat Yana kalau dekat Kepala Batas , restoran steamboat dekat mana best and highly recomended  ?? Okay , di sini  Yana nak sarankan apa kata sekiranya satu hari nanti  ada antara kawan-kawan Yana dari luar Penang kebetulan singgah dekat Kepala Batas dan mencari-cari restoran steamboat yang best ! Okay , sila ke D'fiesha Corner ..

Untuk pengetahuan semua , Yana tak akan sarankan sekiranya Yana sendiri tak pernah mencuba atau tidak berpuas hati dengan restoran tu .. D'fiesha Corner merupakan restoran steamboat pilihan Yana sekiranya Yana nak makan steamboat .. Yela , semua tahu yang Seoul Garden is the best steamboat ever kan ?? Tapi , mahal lahhh .. Tak semua mampu nak pergi ke situ .. Dekat d'fiesha .. Nahh , harganya sangat-sangat berpatutan ,, Boleh dikatakan apa yang anda semua nak makan ada tersedia .. 

Apaaa ?? Tak percaya kerr ?? Meh sini Yana nak buktikan .. 



Kepada penggemar daging , nahh di D'fiesha Corner ada semua tu .. Daripada daging lembu sampailah ke daging kambing .. Aa kalau daging rusa ke unta Yana tak sure lah pulak .. Terdapat pelbagai jenis perapan tau , antaranya , daging resepi asli , daging satay , daging perapan bersos , daging kamibing sempoi , ayam black pepper , ayam satay dan banyak lagi .. Apa kata anda semua datang dan cuba sendiri haaa .. Yana dah pernah cuba sebab tu Yana berani suggest kan restoran steamboat kepada anda semua .. 


Haaa ,, kepada penggemar siput .. Dekat D'fiesha Corner ada pelbagai jenis siput tau .. Okay macam biasa antaranyaaaaa .. Siput buluh , kepah , siput lala panjang dan mungkin ada lagi yang lain-lain .. Ehh , jangan mestilah seafood pun ada jugak .. Jadi kepada penggemar seafood no worries okay ?? Hehehe ,,



Jom tengok sayur-sayuran dan buah-buahan yang disediakan pulakkk ..



Okay , kat bawah nie jenis-jenis pasta yang ada dan jugak mee , koey teow , bihun dan banyak lagiiiii ..


Hmmm , dekat mana lokasinya Yana ?? Haa , bab lokasi Yana memang failed nak explain .. But , not to worries .. Secara ringkasnya Yana nak bagitau .. D'fiesha Corner terletak di Bertam Putra berdekatan lah dengan pasaraya Mydin .. Senang cerita tengoklah alamat dekat bawah entri Yana akan sediakan .. Sebenarnya , tak susah pun nak cari .. Dari jalan raya dah boleh nampak D'fiesha Corner nie .. 

Address : 
  • No.6,7&8, Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam
  • 13200 Kepala Batas, Malaysia


Phone No . : 
010-404 1779
019-992 1779
010-403 1779
Read More