JOM REBUT PELUANG BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN


JOM REBUT PELUANG BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN



ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Sepertimana  yang kita sedia maklum pada masa kini agak susah untuk mencari pekerjaan .. Apalagi yang mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang yang diambil semasa study dulu .. Terdapat banyak graduan-graduan di luar sana yang masih menganggur kerana kesukaran untuk mendapat pekerjaan sekarang .. 

Tahukah anda terdapat sebuah laman sesawang yang menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan sama ada daripada sektor kerajaan mahupun swasta .. Laman sesawang ini turut menyediakan jawatan kosong yang terkini dan mudah dan pantas untuk dimohon bagi semua negeri di Malaysia 


Di sini Yana nak memperkenalkan Government.my di mana di laman sesawang ini menyediakan jawatan kosong kerajaan daripada pelbagai profession yang anda idami .. Sepertimana yang kita sedia maklum , ramai  diantara kita yang mengimpikan untuk bekerja dalam sektor kerajaan di mana masa hadapan kita lebih terjamin .. Hal ini  demikian kerana , kita akan dibekalkan dengan pelbagai elaun sampailah kita sudah berhenti berkhidmat , elaun tersebut masih diberikan .. 


Government.My juga menyediakan jawatan kosong kerajaan dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Oh ya, kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Jika anda sedang mencari pekerjaan yang "selamat", cepat-cepatlah memohon jawatan kosong kerajaan.
Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon di laman sesawang Government.my adalah jawatan kosong maybankjawatan kosong kastamjawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas . Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya
Di sini Yana kongsikan beberapa kelebihan bekerja di sektor kerajaan :-

Kerja Kerajaan Ada Elaun Rumah

Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Elaun ini mengikut perjawatan dan gred di dalam kerja kerajaan. semakin tinggi gred, semakin tinggilah elaun rumah yang anda dapat. Namun begitu, jika anda menerima tawaran untuk tinggal di kuarters milik kerajaan, anda akan tidak dapat elaun ini.

Kerja Kerajaan Ada Elaun COLA

COLA ialah Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa yang mudah difahami ialah elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan. Jika mahu dapatkan elaun COLA yang tinggi, pilihlah untuk bekerja di tempat yang punyai kos sara hidup yang tinggi .. Jika bijak, anda boleh dapat elaun COLA tinggi meskipun bekerja kerajaan di kawasan pekan kecil!

Bonus Tetap Khidmat Awam

Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Jika anda kerja swasta, tiada elaun ini meskipun anda juga berkerja untuk masyarakat.

Kerja Kerajaan Ada Kenaikan Gaji Berkala

Kenaikan gaji di dalam sektor awam memang pasti dan wajib. Ia berlaku setiap tahun, dan setiap kali gred perjawatan anda berubah, atau dengan kata lain, anda mendapat kenaikan pangkat. Sektor awam atau kerja kerajaan ada skim kenaikan gaji yang bagus. Rugi tak minta kerja kerajaan.

Kerja Kerajaan Ada Kemudahan Pinjaman

Satu kelebihan kerjaya kerajaan ialah anda boleh dapatkan pinjaman yang berbaloi untuk kenderaan dan perumahan. Tak macam pinjaman bank, pinjaman kerajaan ini lebih menguntungkan peminjam. Pinjaman untuk beli kenderaan, beli rumah malah untuk beli komputer dipermudahkan.


Marilah kita sama-sama hapuskan pengangguran. Bantu share artikel ini supaya semua orang yang masih belum ada sebarang pekerjaan boleh mengisi kekosongan jawatan yang disediakan di laman web ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia (keyword dan backlink) haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.




5 Comments

  1. hehe... keje kerajaan dpt bonus 500...

    ReplyDelete
  2. otw cari kja len..hurm..
    tpi syg pulak kja ni..huhu..acaner tu..

    ReplyDelete
  3. Bagus ada info mengenai jawatan kosong. Zaman sekarang kena cepat....kalau terlepas info terlepas satu peluang.

    Apa pun terus mencuba jangan putus asa

    ReplyDelete
  4. sy byk kali dah pegi interview SPA tapi satu pun tak dapat. kecewaaaaa.

    ReplyDelete
  5. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^