KENAPA GUSI BERDARAH ? BAHAYAKAH ?

31 January 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Pernah tak di kalangan kita nie yang mengalami simptom gusi berdarah ? Tak kiralah sama ada secara tiba-tiba atau semasa memberus gigi . Tahukah anda kenapa gusi kita berdarah ? Yana kongsi artikel nie sebab dua / tiga hari nie , masa gosok gigi memang gusi Yana berdarah , banyak pula tu , cuak pon ada . Asal nak berus gigi saja mesti takut nanti berdarah lagi . Sebelum Yana mula membebel panjang lebar . Jom baca , kenapa gusi kita berdarah . 


(nie gambar paling tak menankutkan , Yana tak berani nak cari yang lain-lain)

PENYEBAB GUSI BERDARAH

  • Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.
    Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.
    Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.
    Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.
    Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.
    Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.
    Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.
    Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.
    Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.
    Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.

    Faktor Etiologi Sekunder Pula Terbahagi Kepada:

a. Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)
* Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.
* Karies gigi.
* Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.
* Kedudukan gigi yang tidak teratur.
* Kehadiran kalkulus atau karang gigi.
* Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.
b. Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)
* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.
* Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).
* Penyakit HIV.
* Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.
* Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
* Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).
* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
* Kekurangan vitamin C.
* Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.
* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.

TANDA-TANDA

*Perubahan pada gusi

Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.
Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.
Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.
Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.

* Pempoketan

Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.
Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.
Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.
Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.

RAWATAN

Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).
Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.
Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.
Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.
Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.
Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

*Pembedahan

Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.
Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.
Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.
Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.
Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.


P/S : Untuk entri nie Yana copy paste sahaja sebab Yana tak berani nak olah sendiri ayat                    
takut maknanya lari .


sumber daripada:
Read More

BIG BOB CAFE TERBAIK

30 January 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua orang . Di malam yang hening nie bertemankan alunan lagu di Youtube . Yana nak review mengenai satu cafe nie

BIG BOB CAFE ♥



Sebenarnya nie bukan pertama kali Yana mai BIG BOB CAFE nie . Beberapa kali sudah Yana mai , seperti biasa kalau Yana mai sini ,pilihan Yana satu ja tak chicken chop Yana pilih chicken grilled =) .

Antara menu yang terdapat di BIG BOB CAFE 


Maaf kalau gambar agak kabur . Hehe ^_^ Hasil Google nie .


Antara permandangan yang sempat diambil tadi . =) Sebenarnya BIG BOB CAFE nie tenang ja suasananya , anda akan ditemani dengan alunan lagu . Nasib Yana dan kawan-kawan agak tak baik tadi , sebab ada budak bawah umur yang pi cafe tu , suasananya agak bising . Tapi , tak lama , selepas budak-budak bawah umur tu balik semuanya kembali seperti sediakala .


Okay , nie set makan tengah hari Yana tadi , Gambar nampak kecik , sebenarnya besar nie . Yana tak dapat habiskan pon . Huhuhu . Nama set makan tengah hari Yana nie 
BIG BOB CHICKEN CHOP ♥

                    

                   

Nie pulak set makan tengah hari kawan Yana . Nama set makan tengah hari nie

NASI AYAM RENDANG

Sejujurnya , rendang ayam dia tak lah semantap rendang mak kita dok buat tu . Tapi , bolehlah kalau anda nak cuba . Yana syorkan cuba western food dia , memang berbaloi ^_^


Set makanan tengah hari yang dipilih hakak marodziah shamsudin agak tergeliat lidah nak menyebutnya hehehe ^_^
SPAGHETTI LAMB BALOGNESE
nama diberi , bagi penggemar daging kambing bolehlah cuba ya . Yana tak berapa nak gemar , jadi Yana pilih ayam hehehe ^_^ ♥ ♥ ♥


Okay , jangan salah ertikan tujuan Yana tunjuk resit nie . Sebenarnya Yana nak bagi tau harga makanan kat sini memang berpatutan . Nie untuk tiga orang makan ya . Lepas tu ada menu sampingan yang kaami tambah tadi , kek Yana tak sempat ambil gambar hehehe ^_^


Sebelum Yana lupa , nie menu sampingan yang Yana maksudkan tu . Nama dia 

MUSHROOM SOUP ♥

Orang kata nie trademark BIG BOB CAFE nie . Jadi apa lagi ?? Harus cuba yang nie jugak nah ^_^


Cuba teka , yang mana satu Yana punya ? Kalau yang teka air paling tinggi tu , ya anda betul . Yana memang akan pilih jus kalau makan dekat luar , kalau dekat rumah air kosong saja =)


Akhir kata daripada Yana , jangan lupa singgah nah dekat BIG BOB CAFE nie . Pada sesiapa yang duduk kawasan berdekatan Kepala Batas , BIG BOB CAFE ada dekat kiosk bertam tu . Selain Bertam , BIG BOB CAFE juga terdapat di Jalan Baru . Singgah nah jangan tak singgah . 

BIG BOB CAFE FACEBOOK

BIG BOB CAFE INSTAGRAM


1) Bigbob Café 1 Medan Perniagaan Pauh Jaya 31

2) @Kiosk Bertam Perdana, KB 

📞 019-4447533 / 04 383 9260 

🍴 Open from 11am till 11pm 

📛 Closed on MONDAY















Read More

HOW TO LEAD A HEALTHY LIFESTYLE

28 January 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥ .

Hi fellas , tonight I would like to share you , HOW TO LEAD A HEALTHY LIFESTYLE . But , 1st thing 1st let me tell you , what is a healthy lifestyle about . 


A healthy lifestyle is one which helps to keep and improve people's health and well-being. Many governments and non-governmental organizations have made big efforts in healthy lifestyle and health promotion "


" an apple a day , keeps the doctor away "


Almost all of  us think that healthy lifestyle comes from diet , yes it's true . For your information , healthy lifestyle is not all about diet only . Let's go to the next phrase . I'll tell you how . =)

a) EAT HEALTHILY

- terms of eat healthily is the amount of calories that you take for every breakfast / lunch / dinner .
  Don't skip any of that , diet doesn't means you skip any of breakfast / lunch / dinner . These 3 are       important . Eat less don't skip , let me share you some picture of healthy eating . 


Your food must consist of these 5 things , fruits , grains, protein vegetables and dairy .
Let me show you food pyramid in order to make you understand very well about the quantity that you should take for each section .


Before I forgot , you must drink at least 8 glass of plain water / day . If possible , please avoid any soft drinks . In the next entry , I'll tell  you how many sugar consist in a box of soft drink .

b) EXERCISE

- In order to stay healthy , you must do some exercise at least 3 times /week , What kind of exercises  that you   should do ? Depend on your body capability , for beginner don't do a  heavy exercise you may start it with , cycling , swimming , jogging so on and so forth .


c) ATTITUDE

- Attitude here means the way you think . Avoid stress . Avoid negative thinking .Think positively . Face everything calmly , and think smart to solve it . 


I think I've should call it a day . Enough for tonight , till we meet again in the next entry . Hopefully all these  tips can help you to lead a healthy lifestyle . Adios fellas ♥




Read More

TYPO

27 January 2016

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Okay di malam yang dingin ini Yana nak up satu entri bertajuk "TYPO" . Sejujurnya lah kan , sapa kat sini yang tak pernah langsung typo ?? Tipu lah kan kalo tak pernah , even orang yang cermat pon akan typo . Hehe . ^_^


Haha . " keep calm and love typo ! " Orang tua tua selalu kata , kita tak boleh benci sesuatu tu , sebab kita akann sayang dia nanti . So , Yana sangat  sukaaa dengan typo nie . (dengan harapan typo boleh pergi jauh jauh daripada hidup Yana)
Kita often said , typo adakah kita tahu apa itu typo ? Okay , kat sini Yana share the best definition of typo .

a ​small ​mistake in a ​text made when it was ​typed or ​printed "

Atau dalam bahasa melayu :

Typo adalah singkatan dari Typhographical Error. Istilah yang digunakan untuk menyatakan "kesalahan penulisan"

Haa . nie lah definisi typo .Kenapa tiba tiba Yana update pasai typo ? Huhu . Panjang cerita dia , nanti nanti lah Yana story mory ye . 

Typo nie selalu terjadi bila uols taip laju laju . Lepas taip uols tak check dah , main send ja . Jangan terkejut kalau Yana cakap , daripada typo yang kecil tu , boleh cause a big issue / problem . Kadang kadang kita tak tahu orang yang receive mesej kita tu , emosi dia time tu macam mana . Mana tahu , nasib tak baik time kita send mesej tu emosi dia tak stabil , kita plak ter typo . 

Okay , for example :-
i) Oii mat , Bab1 ang wat macam mana ?
Situasi dekat sini , dia nak tanya mat bab 1 (bab satu) ang buat macam mana ?
Nak dijadikan cerita , mat tu baca bab 1 (bab satu) as babi sorry if my word agak kasar , Yana just nak bagi crystal clear situation , and nak bagi senang nampak betapa typo tu memainkan peranan , even a single word kita silap , dia dah boleh bawak maksud lain .

CARA CARA MENGATASI TYPO

  • taip dengan kadar kelajuan yang sesuai
  • selepas taip disarankan anda semak dahulu sebelum hantar
  • kalau anda menggunakan keyboard yang ada auto suggestion tu , sila matikan sebab tu merupakan salah satu faktor menyumbangkan kepada berlakunya typo (tapi Yana dah matikan , typo still ada )
  • last but not least , sebaik baiknya , elakkan penggunaan shortform 
Okay , sekian sahaja perkongsian Yana mengenai typo malam nie .

Akhir kata daripada Yana




Read More

GANGGUAN SEKSUAL

ASSALAMMUALAIKUM ♥

At last Yana berjaya juga curi masa untuk update satu topik yang memang dah lama sangat Yana nak update nie "GANGGUAN SEKSUAL"

(gambar sekadar hiasan)

Gangguan Seksual atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Sexual Harassment bermaksud ,

"perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. diungut ataupun dipaksa melakukanya"

Terdapat beberapa jenis gangguan seksual , sebelum itu ingin Yana beritahu , gangguan seksual tidak semestinya terjadi kepada kaum hawa sahaja , akan tetapi kaum adam juga turut mengalami dalam nisbah yang kecil .

(gambar sekadar hiasan)

Sebelum Yana melalut lebih jauh , mari kita lihat jenis-jenis gangguan seksual :-

JENIS JENIS GANGGUAN SEKSUAL / SEXUAL HARASSMENT


  • SECARA LISAN

 Gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.


  • BAHASA ISYARAT

 Isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual. 

  • SECARA VISUAL

Gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahanbahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi. 

  • SECARA PSIKOLOGI

Gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. 

  • SECARA SENTUHAN FIZIKAL

Terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

SUMBER : http://core.ac.uk/download/files/392/11777690.pdf


CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL / SEXUAL HARASSMENT


1) Polisi Gangguan Seksual


Pekerja harus sedar dan faham apakah yang dikatakan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi. Polisi tersebut juga sepatutnya dapat menerangkan bahawa tindakan itu tidak akan diterima di syarikat tersebut, dan tidak akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah membuat aduan mengenai gangguan tersebut.

2) Memberikan Informasi


Syarikat haruslah berusaha dalam memberi informasi yang cukup kepada pekerja-pekerja di dalam syarikat seperti:



   • Mengadakan seminar-seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah, mendakwa telah diganggu secara seksual.
    Membuat satu mesyuarat untuk ,menerangkan polisi anti-gangguan seksual yang  wajib dihadiri semua kakitangan syarikat supaya semua orang dalam syarikat itu mampu untuk memahami polisi-polisi dan kesan akibat gangguan seksual.
   Penyelia latihan adalah sangat penting. Dalam banyak keadaan, individu-individu ini akan menjadi baris pertama perlindungan gangguan seksual. Mereka harus mahir dalam bagaimana untuk mengendalikan kes-kes gangguan seksual.

3) Sentiasa Peka Di Tempat Kerja


Syarikat khususnya bahagian sumber manusia harus peka dengan keadaan di tempat kerja. Sekiranya wujud sebarang kesangsian, tanya pekerja sama ada mereka mempunyai sebarang kebimbangan. Sekiranya ada apa-apa yang membuat perlakuan tersebut boleh ditafsirkan sebagai gangguan seksual sama ada dengan melihat atau mendengar maka syarikat harus segera mengambil tindakan sewajarnya jika gangguan seksual disyaki.

4) Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual


Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini. Siasatan perlu sentiasa dikendalikan secara profesional dan tiada aduan yang akan diketepikan. Majikan sebenarnya boleh didakwa kerana gagal untuk menyiasat kes gangguan seksual dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Pastikan pekerja boleh berasa selamat dan selesa apabila mereka bekerja. 

5) Bertindak dengan yakin



Setiap wanita ataupun lelaki di tempat kerja haruslah  mempunyai sifat ketegasan dan keberanian, Ini adalah kerana individu yang lemah sering disasarkan sebagai mangsa. Sekiranya mereka tersebut berdepan dengan gangguan seksual, perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan bertindak dan bercakap dalam cara yang kuat dan yakin, Setiap individu haruslah mengelakkan diri mereka daripada banyak keadaan di mana gangguan seks mungkin boleh  berlaku. Biar semua orang di dalam syarikat tahu bahawa gangguan seksual tidak akan diterima. Jika seseorang membuat komen lucah, minta mereka untuk tidak berbuat demikian. Pastikan kedudukan pekerja mengenai perkara ini jelas.



6) Berpakaian dan bertindak sederhana


Ia adalah penting untuk memahami bahawa sesetengah orang meletakkan diri mereka di dalam masalah tanpa disedari, dalam keadaan yang boleh dipersoalkan. Mereka boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan kepada gangguan seksual  dengan berpakaian atau bertindak secara tidak wajar. Contohnya,  berpakaian jarang dan mencolok mata ke tempat kerja sehingga mendedahkan tubuh badan adalah sangat tidak wajar. Sememangnya mangsa tetap tidak bersalah sekiranya gangguan seksual itu berlaku terhadap dirinya, tetapi ia adalah penting untuk menjauhkan diri pekerja sebanyak mungkin daripada situasi di mana tindakan tersebut boleh berlaku.

7) Bekerja dengan Syarikat Yang Sesuai


Pemilihan tempat kerja adalah sangat penting. Sekiranya pekerja terdedah dengan gangguan seksual dan pada masa yang sama pekerja mempunyai majikan yang tidak mengambil berat, sebaiknya pekerja meninggalkan syarikat itu. Ini adalah kerana sekiranya sesuatu berlaku, kemungkinan pekerja tidak akan mendapat sokongan  majikan adalah sangat tinggi. Selain itu, mereka digalakkan tidak mengekalkan hubungan dengan individu yang mereka berasa tidak selesa untuk bekerja bersama. Jauhkan diri daripada individu yang suka menggunakan perkataan dan tindakan yang bersifat seksual sebaliknya hanya berkawan dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai dan dihargai.


Okay , sekian saja perkongsian Yana mengenai Gangguan Seksual / Sexual Harassment . Sama-samalah kita mencegahi gejala ini dan jangan bbiarkan kita 1 of the victim . Sekiranya berlaku kejadian ini , sila laporkan kepada pihak berwajib . Jangan sesekali anda pilih untuk mendiamkan diri , kerana tidak mustahil untuk berlaku kes rogol sekiranya perkara ini diabil mudah . Sampai berjumpa di next entry yaa  ^_^


Read More

KENALI TIROID

23 January 2016

Hai , malam nie pon lari dari plan asal Yana , sebenarnnya , Yana nak kupaskan mengenai Gangguan Seksual / Sexual Harassment . Tetiba , lepas Yana berwhatsapp dengan kawan Yana , dia bagitau adik dia kena admitted , because of TIROID . Tiroid mungkin bukan satu nama asing bagi yang mengetahuinya . Tapi , tahukah kita apa itu Tiroid ? 

DEFINISI TIROID 

Tiroid merupakan sejenis penyakit yang mengakibatkan gangguan / masalah pada kelenjar tiroid . Kelenjar yg terletak di bawah jakun ini bertugas mengatur pelbagai sistem metabolisme dalam tubuh sehingga perananannya sangat penting bagi kita .

Kinerja kalenjar Tiroid dikendalikan oleh otak . Ketika tubuh mengalami kekurangan / kelebihan 
hormon tiroid  otak merangsang kalenjar tiroid untuk menyesuaikan kinerjanya agar kadar hormon tersebut kembali seimbang . Ini antara keterangan mengenai Tiroid yang Yana google , sumber daripada 

Rata-rata antara kita apabila ditanya apa punca Tiroid , mungkin ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat . Di sini , Yana kongsikan beberapa faktor penyebab Tiroid .



FAKTOR PENYAKIT TIROID

  • masalah pada kelenjar pituari di otak
  • kalenjar tiroid yang rosak
  • pengaruh ubat litium
  • kadar iodin yang berlebihan dalam tubuh badan

JENIS-JENIS PENYAKIT TIROID


HIPOTIROIDISME

* HIPOTIRODISME adalah satu keadaan terlalu sedikitnya hormon tiroksin yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid sehingga tubuh mengalami defisiensi . Keadaan ini lebih kerap dialami oleh wanita yang mempunyai tanda-tanda umum seperti konstipasi , kulit kering , keletihan , penambahan berat badan tanpa sebbab jelas , serta lebih sensitif terhadap hawa dingin.

HIPERTIROIDISME

* Jika kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan dalam tubuh . Pesakit akan mengalami kelenjar tiroid overaktif atau HIPERTIROIDISME . Penyakit ini umumnya dapat dilihat dengan detak jantung yang cepat atau tidak berperaturan , penurunan berat badan yang terjadi secara tiba-tiba walaupun nafsu makan meningkat , berpeluh , gugup serta cemas.

NODUL TIROID 

* NODUL TIROID , adalah benjolan padat atau berisi air yang timbul dalam kelenjar tiroid . Benjolan ini datang dalam bentuk seperti tumor jinak / kista . Nodul tiroid jarang menyebabkan gejala sehingga umumnya hanya dapat dikesan saat pesakitnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan . Namun jika nodul yang yang tumbuh cukup  besar keadaan ini akan menyebabkan kesukaran bernafas , kesukaran menelan dan rasa sakit pada kerongkong .

Tak lengkap sekiranya Yana tak sertakan cara untuk mengubati Tiroid .

Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang diterangkan di bawah ini:
PERTAMA: 
Terlebih dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut (pencahar) atau disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam dengan segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk, maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada keesokan paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang air besar hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan makan yang lembut-lembut dan tidak pedas.
KEDUA: 
Ambil sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar) dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh ketul garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil airnya, dan bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga kali), Surah al-Falak (sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu minum air tersebut. Amalkan dua kali sehari selama 21 hari.
Bagi ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat tersebut di atas.
Setelah itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian dalam perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut bertentangan dengan tiroid.
KETIGA: 
Semasa mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam sepertiga malam sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas itu lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada Rasulullah SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.
Setelah itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk hati/jantung anda yang berada di bawa susu kiri renggang/jarak dua jari daripada tengah-tengah dada, yakni tempat terbitnya mata "Bashirah". Setelah bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata hati/mata Bashirah tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan demikian anda bacakan surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara kedua di atas.
Setelah selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali. Lakukan amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan melihat hasilnya yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni "berwirid dan berzikir pada tiroid itu."
Cara perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya, melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah" dengan aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid yang berpandukan Kitab Usuluddin.
Perlu kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan bermanfaat kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia adalah kerana dosanya.
Ia juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan dan dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika hamba itu mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati penyakit tersebut.

Langkah pencegahan
Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:
1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara sederhana, yakni tidak sampai padat.
2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.
3. Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.
4. Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh, bersenam, berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan kira-kira 20 minit dalam sehari.
5. Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.
Wallahua'lam


* NAJIHA HANIM , Kak Yana taw you can go thru this Tiroid dear . Be strong . Keep yourself healthy . Tak banyak Kak Yana boleh bantu Anim , just boleh share some information about your disease Dear , last word from me , get well soon okay ? ♥




Read More

Magnum Pink Pomegranate Ice Cream

22 January 2016

Hai . Sebenarnnya tadi Yana nak update mengenai produk kecantikkan yang mengandungi merkuri , memandangkan banyak kerja2 meng google perlu dijalankan . So , Yana end up dengan nak buat satu review mengenai satu ais krim yang berjaya menarik perhatian yana sebab ?? Sebab dia warna pink ♥♥

Macam biasa , dan selalunya . Gambar hasil ihsan Encik Google ^_^

Okay , as per attached , itulah rupanya MAGNUM PINK POMEGRANATE ICE CREAM , ais krim MAGNUM kali nie agak special sebab nama dia panjang compared to previous 1 . Hahaha . For your info , ais krim nie tak muak sangat , sebab ada rasa masam Pomagranate tu yg cut rasa manis coklat . Secara ringkasnya , Yana rumuskan dekat sini , ais krim nie masam masam manis . Ala2 cerita Allahyarham Tan Sri P Ramlee gituu ^_^


Nak dijadikan cerita , lepas lunch tadi , akak nie , dengan sengajanya bawak Yana pi stesen minyak di mana terjual nya ais krim magnum pink nie . Dia tahu yang Yana gedik2 sangat nak kan ais krim nie . Once Yana bukak pintu orang jual barang such as food , beverage and etc , 1st thing 1st Yana tala pi kat peti ais krim tu , dengan harapan adanya magnum pink tuu ♥ (tala means terpa) Luckily , ais krim pink itu menghiasi segenap penjuru peti ais krim tu . Kalaulah mata Yana boleh ada simbol macam nie ♥.♥ memang nampak dah tadi . Hehehe . Lepas bayar , masuk kereta , dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ~ Yana buka dan menikmati ais krim tu . Wahhh . Dia punya 1st bite dah cukup buat Yana jatuh cinta dengan ais krim nie ^_^


Sebenarnya , Yana nie memang ice cream lover , tapi takda la Yana hadap benda nie hari2 . Kencing manis nanti . Especially magnum , Yana suka sangat . Ya , memang ais krim nie mahal lah sikit , tapi Yana sanggup spend duit untuk ais krim nie . Setiap kali lepas makan Yana akan rasa satisfied , and tak rugi Yana spend RM 4.50 for this ice cream , hampir semua magnum yang telah dikomersialkan Yana dah cuba , kecuali yang magnum GOLD , sebab apa ? Err .. takut muak , then tak habis , kan rugi . Hehehe . I wish 1 day Yana dapat pi kedai Magnum kat Keyel tu hehehe . 



Last but not least , nampak tak muka excited dapat makan ice cream magnum pink tu ? Hehe . So , awak2 yang kat sana tu , cepat2 lah pergi ke peti ais krim Walls berdekatan dengan anda , and grab this pinky ice cream quickly . Tak rugi , cuba yaa .. Papai .. See ya in the next entri =)



Ohhh MAGNUM , I love you so muchhhhhhh ♥ ♥ ♥ 




Read More

TIPS MEMILIH PASANGAN

20 January 2016

Hai semua . Malam nie Yana nak berkongsi TIPS MEMILIH PASANGAN . Entri kali nie bukanlah hasil penulisan Yana sepenuhnya , tetapi berdasarkan sumber rujukan ENCIK GOOGLE =)
" terikatnya jalinan cinta dua orang insan dalam sebuah pernikahan adalah perkara yang sangat diperhatikan dalam syariat Islam yang mulia ini "

Setiap wanita / lelaki pasti mengimpikan untuk menemui pasangan hidup yang sanggup bersama-sama melayari bahtera perkahwinan dari awal hingga akhir nyawa . Akan tetapi , tidak semua ikatan perkahwinan akan kekal hingga ke akhir hayat , ada juga yang putus di pertengahan jalan . Adalah penting untuk kita mengetahui TIPS MEMILIH PASANGAN =)

Rasullulah SAW , pernah bersabda :

" tiga hal yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan gurauannya dianggap serius adalah , nikah , cerai , & rujuk . "


Selain itu , Rasullulah SAW juga pernah bersabda :

" seorang wanita biasanya dinikahi kerana 4 hal , iaitu kerana hartanya , nasabnya ,(keturunanya) , kecantikkannya dan kerana agamanya "


EMPAT ASPEK PENTING DALAM PEMILIHAN TEMAN HIDUP

Taat kepada Allah dan Rasul-Nya .


- Ini adalah kriteria yang paling utama daripada kriteria lain . Maka dalam memilih calon pasangan hidup , seminimanya harus terdapat satu syarat ini .

Al Kafa'ah (sekufu)


- Yang dimaksudkan dengan sekufu adalah sebanding dalam hal kedudukan , agama , nasab , rumah dan lain-lain .

Menyenangkan Jika Dipandang


- Rasullulah SAW dalam hadis telah disebut , kita boleh menjadikan faktor fizikal sebagai salah satu kriteria memilih calon pasangan , kerana paras yang cantik / tampan adalah salah satu faktor utama keharmonian rumah tangga . Maka mempertimbangkan hal tersebut adalah salah satu tujuan dari pernikahan , iaitu menciptakan ketenteraman dalam hati .

Subur (mampu menghasilkan keturunan)


- Di antara hikmah daripada pernikahan adalah untuk meneruskan keturunan dan memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memperkuatkan izzah (kemuliaan) kaum muslimin . Kerana daripada pernikahan diharapkan lahirlah anak-anak kaum muslimin yang menjadi seorang yang soleh / solehah yang bakal menyampaikan dakwah Islam .

Empat aspek penting dalam pemilihan pasangan hidup telah Yana huraikan dengan seringkasnya dengan bantuan sumber rujukan daripada internet . Harap dapatlah kiita praktikkan keempat-empat aspek utama ini dalam pemilihan pasangan kita nanti . 

Sekian sahaja entri Yana mengenai Tips Pemilihan Pasangan Hidup . 

Sebelum itu , mari kita hayati setiap bait-bait lagu ini :


Kasih dengarlah hatiku berbicara ,
Kasih izinkan diriku bertanya ,
bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi 
Menjadi satu reliti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh 
Untuk ke singgahsana
Kerna takdir yang menentukan

IMPIAN KASIH ♥



Read More

CONTOH LAPORAN AKTIVITI

19 January 2016

Hai .. Okay entri Yana kali nie bertajuk "CONTOH LAPORAN AKTIVITI" .. 
Tadi sedang Yana berwhatsapp dengan my colleague dia ada mention mengenai report / laporan . Tiba2  Yana terfikir , why not entri malam nie Yana share macam mana cra nak buat report / laporan yang berkualiti . Entri kali nie Yana share Malay version punya . In shaa allah , entri akan datang versi  English pula ya =)

PENGENALAN .
Fungsi kajian adalah untuk mendapatkan penjelasan dan jawapan terhadap permasalahan serta memberikan alternatif bagi kemungkinan yang boleh diigunakan untuk penyelesaian masalah . Pengumpulan data merupakan langkah yang amat penting dalam teknik kajian . Oleh itu , pemilihan teknik dan alat pengumpulan  data perlu mendapat perhatian yang cermat . Alat / instrument pengumpulan data yang baik menghasilkan data yang berkualiti . Kualiti data menentukan kualiti kajian . Di dalam kegiatan pengumpulan data ada dua pengertian yang perlu diperhatikan , iaitu :-

i)  KAEDAH PENGUMPULAN DATA / KAEDAH PENYELIDIKAN
ii) ALAT PENGUMPULAN DATA / INSTRUMENT KAJIAN
adalah alat bantu yang digunakan dalam pengumpulan data . Laporan pernilaian merupakan satu persembahan atau penyampaian maklumat komunnikasi bertulis bagi menyampaikan sesuatu maklumat melaporkaan penemuan,keukan idea, & kadangkala membuat cadangan syor mengenai sesuatu perkara tertentu yang berkenaan.

KANDUNGAN KURSUS .
1. Teknik Pengumpulan Data
- teknik temu bual
- teknik pemerhatian 
- teknik soal selidik
- teknik pengambilan sampel
- teknik kumpulan fokus

3. TEKNIK PENGAMBILAN SAMPEL

- pensampelan mudah
- pesamplelan rawak ringkas
- pensampelan strata
- pensampelan sistematik

3. PENYEDIAN LAPORAN PENILAIAN


- pengenalan - isu kepentingan , pernyataan masalah
- kaedah dan hasil analisis
- perbincangan dan kesimpulan
-  cadangan penambahbaikan

PESERTA

Kursus ini direka bagi para sainitis , jurutera , kakitangan , pengurus & pentadbir .

METADOLOGI


Dalam kursus ini melibatkan penggunaan data sebenar untuk memperkenalkan kepada peserta penggunaan statistik secara praktikal dan untuk menggambarkan kaedah yang diperkenalkan .
Penekanan terhadap pendekatan moden dan komputerasi mengunakan pakej statistik akann ditekankan.

PENGAJAR


1
2
3
4
5







sumber daripada : http://unipeq.com.my/
Read More

What is PDCA ?

17 January 2016

Hi fellas . As  I've promised in my previous entry which is HORENSO , I'll tell you what is PDCA ?
First of all , let me tell you what is PDCA stand for .
P = Plan D= Do C=Check A=Act

Job Cycle (Your PDCA )


7 HABITS of EFFECTIVE PDCA .

  1. Think "How I Can Do" , not "Why I Can't Do."
  2. Set the dateline earlier than instructed .
  3. Always think about optional measures .
  4. Don't hesitate to get assistance .
  5. Imaging the outcome when planning .
  6. Don't thinnk "PERFECT" !! There should be better way .
  7. Set your own objective , except company goal .
Well , these are what PDCA about . Why do I share HORENSO & PDCA concept with all of you ?
Some of may work with private company , goverment or self-employee . No matter who you are . With who you are working , these concept may help you to be a better & wise staff in order to report , to overcome , to predict what  will happen in future if we didn't study about the problems . Besides that , to tackle the problem is quite important if you want to settle all the problems wisely and smoothly .

I've learnt HORENSO & PDCA concept while attend a course that has been asked by my boss . For your info , this course wasnt for me . My superrior , or my office officer should've attend this course . Maybe my boss was nominated my name wronngly . Haha . I'm so lucky because I am accidently has been choose to attend this course . If my boss didn't nominated my name wrongly , for sure I am not here to write this entry and share to you what is HORENSO , and how to practice PDCA in our daily work .





* errr . Mr Tadao Yuasa , if you accidently read this entry , I would like to appologise you because I took your handsome picture without your permission =P
Read More